Tuesday, 31 December 2013

Melaka : Part 3 - Kampung Morten & Asam Pedas Restoran Pokok Besar

Bersambung di episod seterusnya... 



Seperti yang dijanjikan, aku akan bercerita tentang Kampung Morten, sebuah perkampungan tradisional yang wujud sejak zaman Portugis menjajah Melaka lagi. Perkampungan yang terletak di persisiran Sungai Melaka ini dikekalkan konsepnya dan dibiayai oleh kerajaan negeri bagi mengekalkan kesan sejarah untuk tatapan para pelancong. Senang cerita, ia dijadikan kawasan tarikan pelancong.

Terdapat beberapa buah rumah yang dibuka untuk kedatangan para pelancong. Salah satu darinya ialah Villa Sentosa. Menggunakan konsep live museum kerana rumah ini masih didiami oleh pemiliknya, rumah ini sememangnya penuh dengan pelbagai barangan antik.


Kita posing-posing dulu... Penerangan terperinci akan diberikan oleh pemilik rumah ini, iaitu Encik Ibrahim. A very friendly amd soft spoken man... Terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun kami tiba agak lewat.


Antara koleksi barangan lama dan antik peninggalan sejak dahulu lagi. Ada gong yang berusia 200 tahun, pemukul bahulu, pelamin lama, seterika lama dan sebagainya.


Ini antara dua barang antik yang menjadi perhatian aku.. gong berusia 200 tahun dan pemukul kuih bahulu.... bukan semua orang masih simpan barang-barang seperti ini...

Di sini juga ada beberapa rumah yang dijadikan homestay buat para pengunjung yang ingin bermalam dan merasai suasana perkampungan di tepi sungai ini... menarik, bukan? So to my gengs, jom kita stay di sini.. malam-malam boleh bakar BBQ sambil menikmati udara dan pemandangan tepi sungai.... jom plan....

Last but not least... jom posing2 di Hard Rock Cafe... aku pun nak jugak... ahahaha....


Dan sebelum kita pulang ke KL, jom nikmati asam pedas terbaik di Restoran Asam Pedas Pokok Besar, Melaka. Aku bukan penggemar asam pedas, tetapi serius cakap, asam pedas di sini memang terbaik. Lain dari lain.. cukup rasa.... mabeles... wah, da macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pula.... korang try la ya... ini bukan asam pedas biasa yg cair kuahnya dan just ada daun kesum... this is different... pekat, wangi, cukup segala rasa....


Tu dia.. nasi putih, asam pedas daging tetel, asam pedas kepala ikan jenahak, telur masin dan telur dadar... ohsem! 5 bintang terus... jahanam diet ku... nasib baik tak naik 1 kilo hehehe...

Itulah dia rentetan perjalanan aku, our short holiday di Melaka. Yang penting, kualiti masa yang dihabiskan bersama. Alhamdulillah, kami selamat sampai KL and we are happy...

Monday, 30 December 2013

Melaka : Part 2 - Kelebang Coconut Shake + Boat Riding @ Melaka River Cruise

Bertemu kembali di bahagian kedua, corat-coret aku tentang pengembaraan satu hari kami di Melaka tempoh hari.

Selepas berjalan-jalan di Zoo Melaka, kami ke Kelebang untuk menikmati kesegaran dan keenakan Coconut Shake di sana. Kebetulan beberapa rakan PPOC yang menetap di Melaka juga mahu turut serta, so tanpa membuang masa, kami terus shoot ke sana...


Ni lah dia Coconut Shake yang dimaksudkan... memang terbaik. Kalau korang nak tahu, kalau korang just nak tapaw, kwna beratur di bahagian hadapan kedai, dan pada yang mahu minum dan makan di kedai ini, tempatnya di belakang sikit, turut disediakan kawasan parking kereta untuk para pengunjung. Selain menjual coconut shake yang sememangnya ohsem, terdapat juga nasi lemak yang memang sedap giler dan pelbagai jenis kuih muih. Kalau korang nak tahu, my dear siap makan 3 bungkus nasi lemaknya.. nampak tak betapa ohsemnya nasi lemak dia.. memang terbaik... perghhh sampai aku pulak tertelan air liur ni mengenangkan keenakan coconut shake dan nasi lemaknya... Nyummm... rasa cam nak pergi lagi je.....  so pada yang berminat untuk mencuba Kelebang Coconut Shake, cubalah ya.. anda pasti mahu lagi dan lagi... haha.. tolong promote nie....

Setelah puas menjamu selera di Kelebang Coconut Shake, aku dan si dia terus ke Bandar Hilir. Disana kami menaik boat sambil melihat kota Melaka. Saja je cuba naik boat sambil melihat kesan sejarah dan keindahan Bandaraya Melaka. 


Pada yang berminat menaiki boat, bolehlah ke Melaka River Cruise yang terletak di Bandar Hilir ini. Harga tilet hanya RM10 seorang. 

Korang akan dibawa menjelajahi dan melihat sendiri kesan peninggalan sejarah. Bangunan yang di cat cantik serta dilukis dengan lukisan tangan turut dapat dinikmati sepanjang perjalanan di dalam boat ini. So macam biasa, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan mengabadikan kenangan sepanjang melalui sungai ini. Agak unik juga pengalaman kali ini sebenarnya...

Yang paling best, siap ada Santa Klaus yang turut membaling coklat dan gula-gula ke arah kami... Ho Ho Ho Merry Christmas ya...

Kalau korang nak tahu, kebanyakan bangunan di tepi sungai telah dijadikan motel atau rumah tumpangan... agak menarik juga konsep ini kerana para pelancong boleh menyewa di sana dan menikmati pemandangan serta udara di tepj sungai di waktu santai mereka... cool rite?

Satu penemuan yang menarik juga, yang selama ini tidak pernah aku ketahui.. rupa-rupanya ada perkampungan Portugis yang dikekalkan konsepnya dan dibuka untuk kedatangan para pelancong. KAMPUNG MORTEN nama diberi... aku akan menceritakan dengan lebih khusus lagi tentang Kampung Morten ini di slot seterusnya... tunggu ya kawan-kawan... It's very interesting and I am planning something too.. heeee...

Apapun, semoga review aku kali ini tentang Kelebang Coconut Shake dan Melaka River Cruise mampu memberi sedikit idea dan mencetuskan rasa minat untuk ke sana hendaknya.. cuba lah ya... Melaka sememangnya antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara kita.

...TO BE CONTINUED...

Melaka : Part 1 - Zoo Melaka

Assalamualaikum pembaca sekalian...

Kali ni aku nak bercerita tentang perjalanan aku dan encik hero hati, bersiar-siar di Melaka Bandaraya Bersejarah pada cuti Krismas yang lalu. Memang boring bila dah duduk KL ni, sampai tak tahu nak ke mana time cuti-cuti, so we decided to go to Melaka. Nak jalan jauh, cik abang tak dapat cuti, aku je yang cuti panjang sensorang, haisshh bosan tul.... Susah tul si dia ni nak dapat cuti panjang... kadang-kadang bosan juga, sebab aku pun nak holiday panjamg and jalan jauh cam orang lain... ermmm...

Tapi tak pe lah... satu hari pun jadi lah... janji berdua dengan dia... nampak tak ayat pasrahhh habisss hahaha....

Maka setibanya kami di Melaka, destinasi pertama adalah Zoo Melaka. Saja nak tengok hidupan liar yang masih ada di Malaysia ini. Zoo Melaka ni agak besar ya, so memang letih dan berpeluh-peluh lah jawabnya... 


Layan lah koleksi pic haiwan-haiwan di sini ya... Nothing much to say about them...


Ni pula anak gajah.. agak cute la juga... my sayang suka sangat... tak tau la apa yang di sukakannya sangat... 


Buaya Tembaga... ermmm memang besar buaya nya... btw, kat darat pun banyak buaya di luar sana kan.... hohoho...



Yang ni unik... LOVE BIRD.. first time aku lihat sendiri depan mata.. nampak tak kejakunan aku di situ hahaha... burung-burung ni berkepit dengan pasangan masing-masing sahaja, siap peluk bagai... so sweet... ♡♥♡...

Maka, tamatlah perjalanan kami di Zoo Melaka. Bersambung di bahagian kedua, cerita kami menaiki boat pusing-pusing Kota Melaka. Best tau! 


Friday, 20 December 2013

Pengalaman Renew Passport Di UTC Pudu Sentral


Renew passport? Woooweee... mana mau pegi tu?

Hehe... jawapannya, biarlah rahsia... tiba saat dn ketikanya, korang baca lah kat blog nie... ngeeee....

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman pertama kali aku renew passport sendirian di UTC KL nie. Apa itu UTC? UTC juga dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar dimana ia menempatkan hampir semua jabatan kerajaan dan semi kerajaan di sini untuk kemudahan semua. Ya lah, mudah kan, tak payah lah kita ke sana sini, semuanya ada di bawah satu bumbung.


Aku tiba di UTC Pudu Sentral kira-kira jam 11.30 pagi. Pada yang nak renew passport, boleh lah trus ke Tingkat 2 ya... banyak jabatan ada di sini selain dari Jabatan Imigresen...

Lihat gambar yang aku paparkan itu.. Nombor giliran 1193. Sempat lah untuk ambil gambar di kedai hujung sekali... kena ambil gambar ya u ollss... kali ni background putih pula... RM12 bayaran yang dikenakan. 

Servis agak pantas juga, selepas pemprosesan, kita kena menunggu nombor dipanggil sekali lagi di Kaunter 9 untuk pembayaran. Everything went smoothly sehingga lah di kaunter pengutipan passport. Aku pun tidak pasti kenapa, apabila hampir 30 minit juga tiada kakitangan bertugas di kaunter tersebut, membuatkan kita perlu menunggu lebih lama dan keadaan semakin sesak dengan orang ramai yang semkin bertambah menunggu giliran untuk mengambil passport masing-masing. Harap dapat diperbaiki hendaknya... especially di saat-saat waktu puncak, sepatutnya ada 2 orang yang menjaga kaunter, bukan seorang sahaja.

Kesimpulannya, sekurang-kurangnya 4 jam diperlukan untuk perbaharui passport di UTC Pudu Sentral. Hurmm... memenatkan juga... Dan pendapat aku, kakitangan Jabatan Imigresen banyak membuang masa ketika sesi penyerahan passport. Mungkin tidak cukup staff barangkali.

So pada korang semua yang nak renew passport atau ada sebarang urusan lain, boleh juga ke UTC sebagai alternatif. Tapi kalau dah namanya korang buat kat KL nie, kat mana-mana pun memang sesak dan dinasihatkan agar apply leave lah ya...

Itu sahaja buat masa ini... Jumpa lagi ya kawan-kawan....

Bukit Fraser : FINALLY... YEYYY!

Yeahhh... I am back for good..

Kali ni, aku nak berkongsi tentang my sweet and short and simple holiday a.k.a Cuti-Cuti Malaysia edition... kali ini kita menjejakkan kaki ke Bukit Fraser pula.... oyeyyyy yippie.. kalo korang nak tahu, ini kali pertama aku sampai ke Bukit Fraser nie... haha kesian kan, jakun tul... anyway, thanks a lot to my dear, sebab dah merealisasikan impianku untuk menjejakkan kaki ke Bukit Fraser... yesss.. makin bertambah nampaknya tempat-tmpt menarik yang telah aku lewati... Alhamdulillah....

Kali ni kami pergi berdua je.. ye lah, tak kan la memanjang nak ke sana sini dengan budak-budak kelab kereta je kan... we need our privacy too... and our own sweet time together...♡♥♡

Oklah, jom layan gambar.. biar koleksi foto ini bercerita....


Bergambar di jam yang melambangkan kemegahan Bukit Fraser... ini sememangnya antara favourite spot buat semua pengunjung Bukit Fraser untuk bergambar di sini... Moh la kit posing dengan pelbagai gaya...

Untuk pengetahuan korang semua, pada persepsi aku, Bukit Fraser ini sesuai buat mereka yang mahu bercuti dan menenangkan fikiran. Kedaan cuacanya yang sejuk selain pemandangan indah serta beberapa aktiviti seperti boating, archery, berkuda pastinya memberi ketenangan fikiran buat si pengunjung. Pada yang berminat untuk jungle trekking, anda juga boleh explore nya di sini.


Mula-mula, kami menaiki boat dulu... di Alan's Water... best oo.. kena kayuh sendiri... bajet cam sweet2 gituh... sambol mengayuh boat, korang leh la bagi ikan dalam tasik ni makan... memang banyak ikan dalam nie.. Makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM1 sepaket. Oh ya, sebelum aku terlupa, bayaran menaiki boat adalah RM6 untuk 2 orang, per boat, selama 15 minit.


Ni pula aktiviti memanah atau archery.. best juga sekali sekala layan memanah ni... Bayaran sewa RM8.00 untuk 10 anak panah... bayangkan lah wajah-wajah orang yang menyakitkan hati korang ke, confirm panahan mengena mengalahkan Robin Hood hahahaha.... Jom layan gelagat encik hero hati memanah... gaya mesti ada.... 




Tu dia... gaya memanah encik hero hati....

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti di sini. Mulanya kami plan nak naik kuda, tetapi memandangkan terlalu ramai yang beratur untuk menunggang kuda, kami batalkan perancangan tersebut. Next time, maybe!

Sebelum pulang, jom kita beli souvenir... magnet fridge sudah semestinya.... makin penuh lah fridge kat rumah tu... ah banyak juga tempat yang telah aku lawati.... 





Pilih jangan tak pilih ya....

Kesimpulannya, review aku tentang Bukit Fraser ini, seperti apa yang aku nyatakan sebentar tadi, ia amat sesuai untuk mereka yang merancang percutian yang mendmaikan minda. Cuaca yang sejuk, diiringi beberapa aktiviti ringan, pastinya memberi ketenangan dan kegembiraan buat kalian yang ingin berkunjung ke sini. So, jangan ketinggalan untuk ke Bukut Fraser ya kawan-kawan!





Tuesday, 17 December 2013

Marshal Proton Persona Owners Club Escorting Preve Club & THR Gegar FM Crew - Bantuan Mangsa Banjir Di Pahang...

Assalamualaikum para pembaca sekalian...

Hari ini kita akan bercerita tentang konvoi Kelab Kereta Preve bersama THR Gegar FM dalam ekspedisi menghantar bantuan buat mangsa banjir di Pahang. So, apa kaitannya dengan PPOC kali ini?

Untuk pengetahuan semua, PPOC telah diberi penghormatan dimana Preve Club sendiri menjemput para marshal PPOC untuk membantu menjadi marshal dalam konvoi kali ini... kelas kan marshal PPOC? Siap dapat jemputan dari kelab kereta lain untuk eskort perjalanan mereka.... Thumbs up untuk marshal PPOC. PPOC juga tidak ketinggalan menghantar sumbangan dari ahli-ahli PPOC lain buat mangsa banjir di Pahang.

Perjalanan crew-crew PPOC bermula seawal jam 5 pagi dari Kuala Lumpur. Kami tiba di UTC Kuantan, meetpoint yang dijanjikan untuk kami mnjemput wakil-wakil dari Preve Club kira-kira jam 8 pagi.


Ini marshal den yang punyo.... hahaha!



Siap sedia sementara menanti kedatangan crew THR Gegar.. ada DJ Nasa yang turut serta sekali....


Actually, lokasi kawasan yang menempatkan mangsa banjir adalah di Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Ce tengok gambar di atas... banjir oiiii.... banjir ooo banjir, rumah kita naik air ooo.......


Begini lah suasana ketika kami tiba di pusat pemindahan mangsa banjir di Paloh Hinai. Selain dari menghantar barang sumbangan dari PPOC, Preve Club dan THR Gegar, terdapat juga aktiviti yang dikelolakan oleh pihak THR Gegar untuk para mangsa banjir.


Antara aktiviti yang mendapat perhatian ramai, apabila DJ Nasa dari THR Gegar didenda menggiling cili...


Antara marshal dari PPOC Central yang gigih bertugas tapi pantang nampak camera.... erkkkk....


Deretan Persona dan Preve. Semoga kerjasama kali ini dapat diteruskan lagi di lain masa. Insyaallah.




Sebelum masing-masing bersurai, macam biasalah, rasanya tak lengkap kalau tak bergambar bersama-sama kan... so apa lagi.... it's posing time! Hahaha....

Apapun, terima kasih diucapkan buat Preve Club yang sudi menjemput para marshal PPOC sekalian untuk membantu dalam konvoi kali ini. Tahniah juga buat marshal sekalian yang berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Semoga prestasi cemerlag kalian akan berterusan hendaknya.... Thumbs up to all!

Till we meet again.... tata titi tutu......   

Thursday, 5 December 2013

Time To Play! It's Gym Time @ Celebrity Fitness Midvalley Megamall

Yuhuuu.. hello bloggers!

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku yang baru berjinak-jinak bersenam di gym ni... kat mana lagi... kalau bukan di Celebrity Fitness, yang betempat di Midvalley Megmall.

Kenapa tiba2 aku nak bergymnasium bagai ni? Larat ke? Tak penat ke? Okey, semua ini atas kesedaran diri sendiri. Lately ni aku perasan yang aku cepat letih.. setakat jalan bukit pun dah termengah2... nampak sangat lah lemak berkoyan-koyan dah bertimbun dalam badan nie, dah la jarang bersenam, maka memang lemah la badan nie... kadang2 rindu rasanya dengan zaman sekolah dulu, bersukan bagai, masuk lumba lari, lompat tinggi, camping, kem bina semangat, tapi tak letih-letih.... haishhh... kalo sekarang ni, naik bukit sket dah mcm putus nafas... ohhh ini tak boleh jadi.... kita kena buat sesuatu...

Dan reason paling kukuh sekali, aku nak kahwin... opsss! Haha, nak kahwin kena la cantik kan, selim melim, baru cun bila pakai baju pengantin.... jeng... jeng... jeng... bila? Nanti aku wat press conference k.... (bajet ko retiss ke???)...

Lantas atas sebab musabab ini lah, aku register gym... aku mulakan dengan berjogging setiap petang sejauh 2 km selama 5 hari berturut-turut. And guess what? I loss 2 kilos. Wah ni yang buat semangat semakin kuat untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina. Chaiyok!

Maka bermula lah aktiviti aku minggu ini.. so far so good... nanti bil aku free, aku akan update persekitaran dan suasana di dalam Celebrity Fitness ini. 

Meh nak belanja gambar... I am now a celebrator... eceh... bangga k!


Kalo korang nak tahu, di Celebrity Fitness ini juga ada perkhidmatan mandi sauna dan mandi stim... inilah kelebihan kami selaku ahli Celebrity Fitness... lepas bersenam beraerobik bagai, boleh lah segarkan badan yang letih-letih tu dengan mandia sauna yang menyegarkan.... So far da 2 hari aku menggunakan fasiliti ini dan alhamdulillah, badan yang banyak angin ni dah kembali sihat dan cergas, tak de lah rasa penat dan sengal-sengal badan lagi... bagus kan? Dan pastinya aku akan terus mandi sauna untuk kesihatan diriku... betulkan badan ni, one of my preparation juga ke hari bahagia.... awww weee weee! So pada semua yang nak kuruskan badan atau tingkatkan stamina dan bermacam2 sebab musabab lagi, why don't you guys join me at Celebrity Fitness? Sambil kurus, sambil cantik, dan juga sihat... think of it ya!

Till we meet again yea... dokan moga aku berjaya turun berat badan around another 3 kilos sekurang-kurangnya. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan hendaknya.

Tuesday, 3 December 2013

GO-KART ENDURO INTER CAR CLUBS CHALLENGE BY X-1R...

Hey... it's go-kart time!

Kali ini, PPOC telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan go-kart anjuran X-1R. Pertandingan ini turut disertai kelab-kelab kereta lain.

Sebenarnya ini kali pertama PPOC menyertai pertandingan ini. Senang cakap, memang last minute lah setup team go-kart nie... para drivers adalah Deddy Man (my hero lerr), Fitree dan Adam... berlatih pun sekali je kat litar Cyberjaya.. hehehe.. memang kami tak mengharapkan kemenangan pun, juat nak mendpat pengalaman baru sebelum team Go-Kart PPOC menyengat kembali di litar... cewah ayat... hahahaha...

Jomlah kita layan gelagat masing-masing di Sepang Go-Kart Circuit.


Kalau dah namanya gila bergambar, apa cara pun boleh kan....






Tu dia.. pic encik hero hati tengah berjuang... Go sayang go! Hahaha.. excitee jugak aku masa ni sebab first time encik hero hati masuk race.. selalu race kat jalan raya je... opssss jangan tiru perbuatan ini kerna ia membahaykan kesihatan hahaha... Credit untuk Bob dan Lokman yang snap pic ini.... Thumbs up buat korang ya... 

Oklah, sambil dorang ber-racing2, kita posing2 pulak.. yang dapat amik pic dengan Lina Johor pun untung la sangat2 yeaa... haha...


Sakan lah bebudak ni bahagia sungguh dapat bergambar dengan si cantik jelita, Lina Johor. Ni la yang bestnya join PPOC... selalu dapat jumpa retisss... kata gile glemer kan..... hahaha...


Begitulah al kisahnya PPOC bertanding go-kart buat julung kalinya di Sepang Go-Kart Circuit. Walaupun kami kalah kali ini, apa yang penting, sekurang-kurangnya kami berani mencuba sesuatu yang baru. Insyaallah PPOC akan komited dengan aktiviti baru ini, dan diharapkan mampu beroleh kemenangan selepas ini. 

So lepas ni, boleh lah training go-kart pula.... 

Majulah sukan permotoran untuk PPOC... hihihi... peace yawww...!

JALAN2 CUTI SEKOLAH WIF BUDDIES - IKEA, THE CURVE

AKU.. DEDDY... ZILLA.. YOO.. ROSE.. WANA.. AMIN.. INA & FRIEND.. 

Itulah watak utama dalam cerita kali ini... We are buddies... dan kami percaya, kita buddies tak kan terpisah. Walau jarang bertemu, but once kami berjumpa, kami akan spend time bersama-sama dengan penuh riang ria nya... ala2 kanak2 ribena gitu... pedulikan kata2 dan pandangan orng lain... Like we care, huh? Nak kata kami gedik? Poyo? Bajet? Teruskn berkata-kata kerana tak luak pun buat kami... malah diucapkan ribuan terima kasih kerana memberi pahala buat kami... Haha!

A few weeks ago, sempena kedatangan Rose ke KL, so kami pun take this chance untuk lepak bersama-sama. Apa lagi... destinasi ny pastinya makan2 meatball di Ikea Food Court, and lepas tu, jom posing2 around Damansara... haha!



Till we meet again.. happy ada korang semua in my life... sempoi.. santai.. dan havoc sentiasa... 

Harap kita semua kekal berkawan sehingga ke hari tua kita... agak2 da tua and bercucu nanti, korang nak buat gila lagi tak cam nie? Hahaha....

MEGA TT PPOC 2013

Yeah.. kali ini aku akan update tentang Mega TT PPOC 2013... setelah sekian lama merancang, akhirnya ia berlangsung di Pantai Balok, Kuantan. Mega TT PPOC ini menghimpunkan semua warga Proton Persona Owners Club (PPOC) dari seluruh Malaysia untuk sama-sama mengenali dengan lebih rapat lagi di samping bertukar-tukar pandangan sesama kami semua... best kan?

Di sinilah kita dapat berkenalan dengan anggota PPOC dari negeri lain. Kalau sebelum ini hanya bwrbicara via Facebook, kali ini dapatlah kiranya bersua muka dan menjadi lebih mesra lagi... Wakil media dari Harian Metro turut hadir dn mengambil gambar kami dan kereta kami semua... Bangga seyh!

Meh layan beberapa foto yang telah aku kompilasikan atau himpunkan menggunakan applikasi Photogrid.


Tu dia... semua warga PPOC yang berkesempatan untuk menyertai Mega TT 2013 ini berbangga dengan banner PPOC dri region masing-masing... semoga ikatan kekeluargaan sebegini terus kuat dan menebal dalam jiwa masing-masing. Proud to be part of them!

Pada sebelah malamnya, diadakan tahlil buat para sahabat yang telah pergi, diikuti dengan aktiviti BBQ selepas Isyak.

Hari kedua dan terakhir... kami melibatkan diri dlam aktiviti sukaneka. Best juga sekali sekala dapat keluarkan peluh dan bergembira bersama para sahabat sekalian... 


Ada pelbagai aktiviti dalam sukaneka ini... merangkak seperti lipan, dan sebagainya... tengok tu... pic aku ditanam dalam pasir... hehe best juga bila da join sukan cam nie... bdan yang sekian lama memberat dengan lemak berkoyan-koyan nie kembali ringan.... hoyeyhhh! Dan ini juga sebenarnya titik tolak aku untuk berubah ke arah lebih baik.. perubahan apa tu? Wait for my next next next entry haha!

Begitulah rentetan kisah kami ketika Mega TT PPOC 2013. Para pembaca budiman sekalian, jika anda ada Proton Persona, why not join us... boleh search kami di Facebook atau komen entry saya ini, but kalau boleh bila komen tu, tinggalkan sekali your email address or contact number, senang say nak refer kamu pada abam2 besar PPOC..

Yang pastinya, jiwa suka berjalan tu memang tak dapat dipisahkan dari ku. Selepas berakhirnya upacara Mega TT ini, kami berjalan-jalan dahulu di Pantai Teluk Cempedak sebelum bertolak ke Kuala Lumpur.


Sehingga kita ketemu lagi ya... Assalamualaikum semua...

Outdoor Activities Wif PPOC @ Kalumpang Resort Training Centre.

Aku masih dalam mood demam dan mata yang membengkak ketika event ini berlangsung... namun ku gagahkan juga untuk ke sana. Serius cakap, memang aku tak dapt enjoy all the activities here kerana kedan kesihatan yang tidak menentu... hope dapat repeat lagi hendaknya.... even lepas event ini berlangsung, bila keluar gambar, cam biasa lah, muka aku lah yang paling tak comel... macam biasa juga, punya la ramai dok mesej aku dan bertanya... apapun pada yang betul-betul concermn, thanks for the thought. Pada yang saje2 nak busybody, just nak beritahu, I have my ups and downs in life... harap maklum ya....

Oklah, tak nak la merapu membebel yang bukan-bukan... kan kit nk berstory tentang aktiviti kami di Kalumpang Resort Training Centre.

Pada asalnya, event ala2 kem bina semangat ini khas untuk para event crew PPOC namun disebabkan ramai yang tidak dapat memberi komitmen, maka penyertaan dibuka untuk admin dan marshal PPOC.

2 hari di sini, banyak aktiviti dapat dijalankan. Selain bermandi manda air terjun yang sungguh lah sejuk airnya, ada juga aktiviti flying fox disini... aku yang dalam keadaan kurang sihat dan gayat tidak menyertai aktiviti flying fox ini. Tengok kawan2 terbang cam beat je, but I am not in a fit to do that activity... haishhh... rugi rugi.... tak pe... nanti kita datang lagi....


Sebahagian aksi kami semua ketika di sana... best kan?ad yang nak buat team building atau sekadar bercuti untuk menikmati keindahan alam, boleh lah datang ke sini ya...

Dan pada malam itu... kami buat Bbq, karaoke dan birthday celebration lagi... kali ni encik hero hati jadi mangsa lagi disamping manyambut hari lahir Yoo Mubin, our event organizer for PPOC.

Haaa pe lagi... mandi tepung la kami semua....



Wajah2 redha kena tepung... hahaha.. apapun, happy birthday but Yoo Mubin, semoga berjaya dunia akhirat dan cepat bertemu jodoh....

Kami pastinya rindukan Kalumpang Training Centre dan hopefully, kami kan sampai ke sini lagi.. bersama semangat baru... oyeayyhhh! See you soon yeah....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...