Friday, 20 December 2013

Bukit Fraser : FINALLY... YEYYY!

Yeahhh... I am back for good..

Kali ni, aku nak berkongsi tentang my sweet and short and simple holiday a.k.a Cuti-Cuti Malaysia edition... kali ini kita menjejakkan kaki ke Bukit Fraser pula.... oyeyyyy yippie.. kalo korang nak tahu, ini kali pertama aku sampai ke Bukit Fraser nie... haha kesian kan, jakun tul... anyway, thanks a lot to my dear, sebab dah merealisasikan impianku untuk menjejakkan kaki ke Bukit Fraser... yesss.. makin bertambah nampaknya tempat-tmpt menarik yang telah aku lewati... Alhamdulillah....

Kali ni kami pergi berdua je.. ye lah, tak kan la memanjang nak ke sana sini dengan budak-budak kelab kereta je kan... we need our privacy too... and our own sweet time together...♡♥♡

Oklah, jom layan gambar.. biar koleksi foto ini bercerita....


Bergambar di jam yang melambangkan kemegahan Bukit Fraser... ini sememangnya antara favourite spot buat semua pengunjung Bukit Fraser untuk bergambar di sini... Moh la kit posing dengan pelbagai gaya...

Untuk pengetahuan korang semua, pada persepsi aku, Bukit Fraser ini sesuai buat mereka yang mahu bercuti dan menenangkan fikiran. Kedaan cuacanya yang sejuk selain pemandangan indah serta beberapa aktiviti seperti boating, archery, berkuda pastinya memberi ketenangan fikiran buat si pengunjung. Pada yang berminat untuk jungle trekking, anda juga boleh explore nya di sini.


Mula-mula, kami menaiki boat dulu... di Alan's Water... best oo.. kena kayuh sendiri... bajet cam sweet2 gituh... sambol mengayuh boat, korang leh la bagi ikan dalam tasik ni makan... memang banyak ikan dalam nie.. Makanan ikan boleh dibeli dengan harga RM1 sepaket. Oh ya, sebelum aku terlupa, bayaran menaiki boat adalah RM6 untuk 2 orang, per boat, selama 15 minit.


Ni pula aktiviti memanah atau archery.. best juga sekali sekala layan memanah ni... Bayaran sewa RM8.00 untuk 10 anak panah... bayangkan lah wajah-wajah orang yang menyakitkan hati korang ke, confirm panahan mengena mengalahkan Robin Hood hahahaha.... Jom layan gelagat encik hero hati memanah... gaya mesti ada.... 




Tu dia... gaya memanah encik hero hati....

Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti di sini. Mulanya kami plan nak naik kuda, tetapi memandangkan terlalu ramai yang beratur untuk menunggang kuda, kami batalkan perancangan tersebut. Next time, maybe!

Sebelum pulang, jom kita beli souvenir... magnet fridge sudah semestinya.... makin penuh lah fridge kat rumah tu... ah banyak juga tempat yang telah aku lawati.... 





Pilih jangan tak pilih ya....

Kesimpulannya, review aku tentang Bukit Fraser ini, seperti apa yang aku nyatakan sebentar tadi, ia amat sesuai untuk mereka yang merancang percutian yang mendmaikan minda. Cuaca yang sejuk, diiringi beberapa aktiviti ringan, pastinya memberi ketenangan dan kegembiraan buat kalian yang ingin berkunjung ke sini. So, jangan ketinggalan untuk ke Bukut Fraser ya kawan-kawan!





No comments:

Post a Comment