Wednesday 19 December 2018

Contest Kapal Api White Coffee (#BFFDalamCawan)

Hai semua. ..

Just short and sweet, sistur nak ajak korang view banyak2 kali kat video yg sis upload kt IG sis..

Nah link.. Tekan SINI

Ada contest dari kopi Kapal Api White Coffeetu haa you olls.. yang mana korang boleh lah abadikan memori korang bersama sahabat tersayang korang, mana tau kalau ada rezeki, korang bakal menang percutian ke Seoul, Korea bersama BFF korang. .so sistur tak nak lah terlepas peluang, so guyss do support me okay. ..

Wednesday 18 July 2018

FLAVETTES GLOWING STAR SEARCH!!!

Assalamualaikum sayang-sayang semua... Saja i olls singgah sebentar menulis di blog ni...

Korang yang still follow blog bersawang i olls ni, kalau ternampak post ni, jemput lah likr pic i olls kat IG i olls tau... Actually i olls ada lah masuk contest #FlavettesGlowingStar gituhh, so dengan rendah dirinya i olls memohon jasa korang utk like pic i olls tu haaa... Account IG x private, so alang2 dah like tu, kasi tekan button follow lah sekali, in shaa allah i olls akan follow back, and kita boleh jadi kawan dah. . simple right?

Ok gaiss..nah ni link utk korang klik and bagi likes banyak2 kat i olls k...

https://www.instagram.com/p/BlVnNQvj_Eo/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=bxommcrfg5d9

Ataupun just pergi ke ig @official_nnadia, the latest post ya!

Thank you in advance korang, kalau menang, i olls belanja, eh menang ke? Ahahahaha..! In shaa allah.. See ya guys! 

Monday 12 March 2018

Support @gallerybysicantik

ASSALAMUALAIKUM...

After for so long, I am back for good gaiss.. maklum lah nowadays kemunculan pelbagai media sosial seperti Facebook dan Instagram membuatkan aktiviti berblogging agak dipandang sepi. But as for today, saya nak perkenalkan pada koramg, my new baby, iaitu my business la sayang-sayang semua.. Koramg boleh follow yea IG business saya, iaitu @gallerybysicantik ... haa gituh.. khas untuk korang gadis-gadis cantik yang suka kan kecantikan, ada macam-macam barang yang cantik-cantik tau... so gaiss... just view my business IG to shop your personal things, and if nak tengok aktiviti saya, boleh lawat IG personal iaitu @official_nnadia ya?

Bye! Till we meet again!

Wednesday 29 July 2015

FOLLOW ME @miss_nadia_azman


Assalamualaikum semua.... Almost 1 year tak berblogging... so busy with life actually... no news means good news right? Ahaa... Just nak share dengan u olls, walau dah lama tak share dekat blog, actually I olls ada jerr tauuu... Aktif di Instagram dan Facebook.. So kalau nak story one by one punya cerita, rasanya tak cukup masa kan.. jenuh lak korang nak baca dalam satu nafas...hahaha... So i just share few photos kat my instagram, and in same time, do follow me ya... Klik HERE for my instagram link.... Follow tau... Nanti i olls sure follow balik and like2 piccas korang.... 

Untuk yang malas nak klik kat wordings HERE tu, i olls letak gak linknya di sini yea.... heeee....

https://instagram.com/miss_nadia_azman/

ATAU (kalau korang memang ada INSTAGRAM tu),

SEARCH je miss_nadia_azman okey.... Account tak private pun... :-)












Till we meet again... Hope ada lah kesempatan lagi untuk duduk sehari suntuk berblogging... 

Last but not least, diucapkan juga SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR BATIN buat semua bloggers, followers, stalkers dan pembaca sekalian...

Bye korang......

Tuesday 8 April 2014

Cerita di Sepang International Circuit : Formula One Qualifying 2014

Salam semuaanya... time to update my blog....

Ini cerita 2 minggu lepas... actually ia nya tak dirancang pun... tiba-tiba kawan call and ajak ke Formula One... pe lagi.. dapat tiket grandstand lagi...ibarat pucuk dicita ulam mendatang..twrus kami setuju...ye lah..sape tak nak pergi tengok F1and duduk kat grandstand gituhh.. tahun lepas kami duduk kat Hillstand je..ini tahun ada upgrade sikit.ll ke grandstand kita..oyeahhh.... 

Aku, encik hero hati, Khalis dan Adam bertolak seawal jam 9 pagi ke Sepang International Circuit... semangat hokeyy.... so cam biasa, pada yang biasa pergi, pastinya tahu akan ada banyak booth2 disediakan... nak bergambar dengan gadis litar ke... itu pasti lah kan kan kan...


Nah.. 5 gadis litar I bagi kat U sayang... sporting kan? Ahahaha pe de hal...



Budak berdua ni pun nak jugak hahaha...


Kita amik pic dengan kereta je lah... sebab tak de lelaki litar ahahaha...

Sambil cuci mata tengok gadis litar dan produk-produk setiap barangan kereta kita selfie2 lah sebelum masuk ke Grandstand Seat.



Sebenarnya kalau korang nak tahu, ada banyak race sepanjang qualifying day nie... bukan setakat qualifying untuk Formula One semata.. ada race Malaysia Super Series dan Peugeot Car Race... kira berbaloi lah dan puas lah dengar bunyi derumn enjin mengaum..cewahhh... hanya mereka yang berjiwa kelajuan yang faham semua nie heheheh..

Sementara tunggu rce bermula..kita selfie jap..bukti tau nie..duduk grandstand...ahahaha..




Pastinya momen terindah di grandstand ini akan kami abadikan selamanya...thanks Khalis yang offer dan bawa kami ke sini...
Best kan?

Untuk pengetahuan korang, makan n minum kat sini mahal sket..biasalah... air mineral pun rm3 to rm5.. makanan macam fast food pun lebih mahal dari biasa... satay 5 cucuk rm20 kalau tak silap... so siapa-siapa yang ke F1 dan sebagainya, memang dinasihatkan lah korang bawa duit lebih ya... lagipun outside food are strictly not allowed....


Makan sandwich ye bang? Ammmmm..... sedapppp....

Sepanjang hari tu, kami disajikan dengan race dari kereta Peugeot dan ada juga sesi latihan kereta-kereta F1.. and the best part is, hujan turun dengan lebat pada sebelah petang sehingga memaksa sesi kelayakan terpksa ditangguh seketika... 

Finally hujan berhenti... and tahukah korang, memang ohsem sesangat bila kereta dipandu laju sambil bunyi enjin mengaum ditemani desiran air yang merecik di litar... awww best lah..... layannnn.....



Phewwwww!!!

Begitulah cerita sepanjang F1 Qualifying... memang best and ohsem!

Harap2 next year dapat pergi lagi... Looking forward untuk tahun nie nak pergi Moto GP dan few races lain.... ngeeee!

Thursday 27 March 2014

REVIEW SHAKLEE.. The Best Ever Supplements

Assalamualaikum semuanya...

Lama kita tak jumpa kan kat arena penulisan blog nie... yeahh.. I am busy with my life.... kerja.. lots of activities... macam-macam lagi... dan dalam tempoh ini jugak, banyak yang telah berlaku.... 

First of all, sebelum aku mulakan entry aku kali nie, pastinya ketika ini negara kita digemparkan dengan kejadian MH370, semuanya masih dalam siasatan dan usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan, rasanya tidak perlulah aku komen tentang semua itu kerana aku bukan pakar dalam bidang ini, namun sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama mendoakan yang terbaiik buat mereka semua... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... #PrayForMH370...

Ok.. back to our story for today... kali nie aku nak bercerita tentang kebaikan supplemen Shaklee nie.. aku baru cuba ambil suipplement ni sejak sebulan lalu, and alhamdulillah, so far dah ada kesan-kesan positif.


Sebenarnya, kalo korang nak tahu, Shaklee nie ada pelbagai jenis vitamin dan makanan tambahan ya... Dan ramai orang punya assumption, Shaklee nie mahal..dulu aku pun ada tanggapan sebegitu.. sebenarnya tidak tau u ollsss.. harganya sangat affordable, and tak semahal yang dijangka.. ada lah few of the products yang mahal sikit, tapi kalau berbaloi untuk kesihatan, apa salahnya.. plus pil Shaklee nie tahan untuk sebulan dua... so... nampak kan penjimatan disitu....

Aku mulalah nak makan vitamin nie sejak-sejak.. ermmm sejak-sejak dah ada ura-ura nak mendirikan masjid lerr... ahaha... alhamdulillah u olls.. bila tarikhnya, insyaallah akan diumumkan nanti, amboi bajet ko artis ke.. sampai nak announce2..ahahah.... ye lah... mesti lah nak badan nie sihat, kulit cantik dan sebagainya kan... memandangkan sahabat baik sendiri ada jual Shaklee, so dia la yang jadi my penasihat plus perunding kesihatan dan kecantikan gituhhh.. kelas ko kak Lieza.... hehehe....

okey... ni la set yang i olls ambil ya.... B complex, Vita-Lea dan Vita C-Plus. Nak tahu apa khasiat-khasiat nya? Jom baca jap...

Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?

  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif,
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Diambil sebiji setiap hari.... senang kan demi nilai kesihatan itu...

Kedua.... Vita-Lea... 

Apa itu Vita-Lea?

Merupakan multivitamin terbaik yang terkemuka & lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin & mineral kritikal dalam jumlah yg seimbang utk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata & sistem imun dalam jangka masa panjang.
~ 2 kali lebih antioksidan utk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada 
radikal bebas.
~ 2 kali lebih kalsium utk pembinaan tulang.
~ 2 kali lebih magnesium utk mengekalkan rentak jantung, otot & fungsi saraf.
~ 2 kali lebih Beta karotena utk membentuk vitamin A yg lebih biopotent.
~ 3 kali lebih selenium utk melindungi paru-paru, kolon & prostat.
~ 3 kali lebih vitamin K utk menyokong proses pembinaan tulang.

~ 6 kali lebih boron utk menyokong kesihatan tulang.
~ 10 kali lebih Biotin yg menyokong proses pengeluaran tenaga.

Yang ni kita makan 2 biji setiap hari....

Dan..yang akhir sekali...aku ambil Vita C-Plus... haa... mana-mana yang cantik tu.. nak awet muda.. nak kulit gebas gebus... nak sihat taknak memanjang demam, meh rawat dalaman kita dengan Vita C-Plus nie...

Khasiat Vita C-Plus :

  • - Merangsang pembentukan collagen yang merupakan sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka, dan tulang rawan
  • - Memperbaiki simptom pendarahan seperti gusi berdarah, lebam dikulit, ruam, etc.
  • -Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik
  • -membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman
  •  membantu meningkatkan sistem imun
  •  membantu mengurangkan symptom flu dan selsema
  •  merangsang pengeluaran T-cells yang membantu melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita
  •  membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, menyekat pembentukan pigmen
  •  membantu memperbaiki masalah insomnia, stress
  •  membantu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah

APA KESANNYA PADA DIRIKU?

Yea..mesti korang nak tahu apa kesannya pada aku kan... and dalam tempoh menghampiri sebulan pengambilan supplemen Shaklee ini secara berterusan, tak kan lah dah gebas-gebus dan macam-macam lagi kan... tapi so far alhamdulillah... rasa lebih sihat, lebih kuat, dan kulit muka pun da terasa licin... (aku memang tak de masalah kulit yang kronik), but now jerawat susah nak tumbuh, kulit dah jarang mengelupas... even few days before period pun, jerawat tetap tak tumbuh...kalau sebelum nie, mesti jerawat tumbuh juga sebiji dua sebelum period... so nampak kan? Sedikit demi sedikit perubahan sudah melanda diriku... ohhh gembiranya rasa... 

Seperkara lagi... proses pembuangan atau perkumuhan juga lancar sejak adanya Shaklee nie... dan masa datang bulan hari tu, walau aku kena sakit kepala yang maha dahsyat, tapi darah keluar dengan lebih banyak, mula-mula takut jugak coz my period always normal, tapi kali ni lebih banyak dari biasa, but its ok lah kan, nampak tak yang badan aku nie ibarat lubuk penyakit, mujur cepat sedar, now rasa lebih segar dan sihat, alhamdulillah...

Terima kasih diucapkan buat my Kak Lieza yang syorkan produk ini.. memang terbaik... korang yang ingin mencuba, boleh lah hubungi beliau sendiri atau mana-mana agen berdaftar Shaklee... ceh aku nie dah cam buat iklan lak... btw, iklan ini tidak berbayar ya...

Korang boleh lah add dia kat Facebook ya.. nie Facebook dia... Add jangan tak add... add untuk kebaikan, pe salahnya kan...




Again and again... I am convincing u olls... try lah produk ini, okey...

Seriously.. berbaloi-baloi... aku pun akan tambah lagi dos pengambilan Shaklee lepas nie.. namapun nak gebas-gebus u ollss.....

P/S : To haters, awak teruskan je baca ceritera cantik saya nie ya.... awak tak nak cantik, sudah..tapi jangan busy body hal saya... saya tak nak jadi cam awak tau... saya nak jaga luar dalam, bior mantop.... huhu... 

K kawan-kawan semua, till we meet again...

 Jom Cantik Dan Sihat Sama-Sama.....



Tuesday 4 March 2014

REVIEW WANGSA GRILL BY CHEF ZUBIR - #NaDiAzmaN 3 YEARS ♥

My latest entry.... kisah yang baru sahaja berlaku malam tadi... ngeh..ngeh..ngeh...

Okey, sebelum ni aku pernah update tentang genapnya tiga tahun aku dan si dia bersama right? And I do promise u guys, untuk cerita kat mana kami celebrate our special day... yeah, semalam baru kami berkesempatan nak sambut bersama-sama... jadi lah, kan.... mesti ada haters yang mencebik baca entry aku ni kan? Tak kisah la nak kata apapun, yang penting kami tahu apa kami buat dan apa yang kami rancangkan.... 

Actually, my cinta hati dah lama plan nak bawa aku ke Restoran Wangsa Grill milik Chef Zubir ini... woww... excited nya la haii nak makan dekat restoran milik salah seorang ahli panel juri dalam rancangan Masterchef tu.... ye lah, mesti sedap kan...

Kami tiba di sana sekitar jam 8.50 malam. Agak lewat sedikit sebab hari hujan dan jalan jem teruk.


Jemput tengok yea u ollsss....

Okey, meh aku introduce satu persatu menu yang kami pilih kali ini, dan aku juga akan review rasanya ya... senang korang nak buat pilihan menu if korang ke sini nanti...


Ini starter yang kami pilih.. Nachos... pembuka selera... memang membuka selera pun. Seriously, sangat-sangat sedap.... ada rasa masam masin yang sangat sekata.... secukup rasa... sampaikan kitaorang rasa macam tak cukup je nachos satu piring nie... next time order asing-asing lah.... haha tamak haloba.... 

Rating 9/10. Yummy.....


Ini main course sayerrr... yes, this is mine... untuk main course, aku pilih Chicken Chop... lain dari yang lain kan chicken chop dia.. interesting... and nice presentation.... ada peha ayam yang sangat crispy bersama sos yg pedas manis, one scoop mixed vegetables, minced chicken (ayam kisar) dilimpahi sos blackpepper dan potato cheese cake... memang ohsem sesangat... peha ayam tu sememangnya lembut dan bahagian luar nya sgt crispy... sayur tu pun sedap tapi aku makan mushroom je hehe... ngelat kan.... minced chicken tu pun sedap, dan yang paling aku suka potato cheese cake tu... dia ala-ala tart gitu... tepung nya crispy and end up melting in your mouth.... oh mennnn!

Rating 9/10. Aku bagi 9 sebab ia unik... 


Ini pula main course pilihan encik hero hati... tenderloin (220 gm) medium cooked. Macam sedap je.. mcm best je kn kan kan... memang pun... sebab aku pun rasa sekali... Tenderloin medium cooked dihidangkan sekali besama sayur salad dan baked potato.... yang ni pun sedap... enik hero hati memang suka sangat.... berbaloi katanya datang ke sini... siap nak repeat lagi... nampak tak betapa sedapnya makan di sini.. cuma sediakan ongkos nya sahaja lah ya.... oh ya, aku nak share... salad dia tu pun sedap... rasa juicy sangat.. aku bukan pemakan sayur, sejak diet atkins aritu barulah aku belajar telan sayur tu pun makan coleslaw je hahaha.... but salad di Wangsa Grill ni sedap lah.... juicy and fresh... sedap nyerrrr... kalau nak ajar anak makan sayur, boleh la try salad di sini.. haha.. macam-macam lah ko ya nad.... baked potato tu aku tak rasa, so aku tak dapat komen ya...

Rating kami 8.5/10. Ikut suka aku nak tulis angka apa lah ya.... haha....

Lupa nak snap pic air... nampak sangat excited kan tengok food dia... but just for sharing... aku minum Californian Strawberry, dan encik hero hati minum air Coke... kesian minum air Coke je sebab asalnya dia nak minum Oreo Milkshake tapi waiter tu cakap, hari ni tak de milkshake pulak... nasib baik tak kempunan tau my hero tu..... takpe next time ok....

My rating? Air Californian Strawberry tu bisa-biasa je, tapi cukup la manis and masam dia, tak de la sampai rasa sakit tekak sebab manis sangat and etc.. Rating 6/10... air coke tu tak yah la suruh aku bagi komen atau rating ya hahaha....


Finally.... last but not least.... masa untuk makan dessert... kali ini kami pilih Caramelized Apple - Bread Butter Pudding. Apa rasa dia? Sekali lagi kami akan jawab, suka sesangat! Best... puding roti siap ada ice cream and jem strawberry... aku pernah baca review bloggers lain, ramai yang suka dessert nie, tak kurang juga yang komen rasahya terlebih cengkih, but for me, just nice... sedap... cukup rasa... ohsem.... lepas nie, tak nak share-share dah starter dengan dessert.... hohoho... nampak tak aku punya tamak haloba tu....  

Rating 9/10 lagi... 

Susasana di restoran ini juga agak selesa dan menenangkan. Hiasan dalaman berlatarbelakangkan sejarah tentang Chef Zubir dalam arena masakan ini. Menggunakan konsep fine dining, maka tempat ini agak selesa dan sesuai untuk candle light dinner, makan malam keluarga dan rakan perniagaan. Simple but nice.

Harga makanan di sini... standard lah... kami makan berdua pun around RM150 juga lah... sekali sekala apa salahnya especailly on our special day... plus aku rasa lagi berbaloi makan di sini sambil support orang kita sendiri....



Begitulah cerita tentang our 3 rd year annivessary celebrtion... simple kan... makan-makan, rileks-rileks je... To my encik hero hati... tenkiu belanja saya... lain kali belanja lagi hehehe... i am happy with you... to haters... (eh ada jugak ucapan untuk haters ekkk)... Sila tengok post nie dan sila berfikir menggunakan otak yang Allah dah berikan pada anda, sebelum sibuk nak buat crita dan tambah cerita sana sini sdangkan awak tak tahu apa-apa pun, kenal kami pun tidak... okey.... nak stalk pun stalk lah tapi guna akal, kesian la letak otak kat lutut, tu bukan tempat dia tau.... okey... peace!

Apapun, kami pasti akan repeat lagi ke sini.. banyak lagi menu nak kena try tu ahahaha.... k kawan-kawan smua.... jom support Chef Malaysia.....