Wednesday, 27 February 2013

My SPECIAL Dedication To HIM : 2 Years Being Together...



Tanggal 27/02/2011, 2 tahun yang lalu merupakan tarikh prkenalan kami.. aku dan si dia.. Pastinya kenangan itu tak kan pernah luput dalam ingatan masing-masing, and guess what. tarikh ini jugalah si dia jatuh cinta pandang pertama kat aku.. Haha... dia je tau.. bukan aku... Hahaha....


Walau apapun, aku tetap akan abadikan tarikh ini dalam lipatan memori aku. Kerana tarikh pertemuan inilah yang telah membuka ruang dan sinar kebahagiaan baru buat diri aku. Rasanya tak perlulah aku ceritakan tentang kisah lampau percintaan aku di masa lalu, namun aku sememangnya bersyukur dengan apa yang aku miliki harini. Terima Kasih pada tarikh 27/02/2011 ini, kini sudah 2 tahun ia berlalu dan hidup aku dikelilingi kebahagiaan dan kegembiraan bersama si dia. 

Alhamdulillah, syukur yang amat sekali di atas kurniaan kebahagiaan ini. Memanglah adakala kami bertikam lidah, bertegang urat dan sebagainya, namun itu semua adalah adat resam dalam setiap perhubungan. Malah aku percaya, semakin dalam rasa sayang kita pada seseorang itu, maka akan semakin kuat dugaan yang akan melanda hubungan itu. Terpulang pada kita untuk terus kuat menghadapinya.

Ermm.. berbicara tentang tarikh ini, ermm rasanya tak de apa-apa celebration kot tuk hari ini. Lagipun si dia busy dengan tugasnya, aku pun sibuk juga, maybe esok lusa or weekend nanti, but I hope janganlah ada gangguan bila kami mahu bersama berdua nanti yea. 

Tapi... dah nama pun sayang kan.. tak kan lah tak de apa-apa langsung untuk si dia kan... Ok lah... aku sempat dedikasikan video ini buat si dia.. Siap upload kat Youtube lagi... Hope si dia suka hendaknya... Nie je yang mampu aku siapkan buat masa ini. Tu pun last minute beb, aku compile gambar-gambar lama sejak kami mula berdating sehinggalah our latest photo, dan aku abadikannya dalam sebuah video. Last minute jerr  nie, tapi nie lah aku.. aku memang jenis hanya akan dapat idea on the spot... spontan.. so ini lah hasilnya.... Taraaaa... 






Inilah videonya.... Aku harap lepas nie aku akan lebih improve dalam pembikinan video seperti ini.. This is my first time doing it indeed... Rasanya macam berminat nak terus buat video pula lepas nie... Banyak lagi perlu dipelajari, and I am loving it!

Itulah kisah video aku sempena ulang tahun percintaan kami yang ke-2.. Diharapkan perancangan kami berdua pada tahun ini menjadi hendaknya.... Perancangan apa yea? Hehe.. Rasa-rasa korang boleh faham kan... Tungguuuuuu.....

Okey... Bye semua... Till we meet again yeahhh...

Autoshow + Konsert Ekspresi Harian Metro #PPOC#BEST CAR CLUB GATHERING#

Hai semua....

Baru hari ini aku berkesempatan untuk update apa yang berlaku 2 minggu lepas. Ada autoshow di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan autoshow ini juga bersempena dengan Konsert Ekspresi Harian Metro. Konsert berlangsung pada sebelah malam, manakala di sebelah siangnya, ada banyak pertunjukan pancaragam sekolah, autoshow dan sebagainya. Juga ada personaliti HOT FM yang memeriahkan suasana.

Macam biasa, PPOC berkonvoi ke dataran Merdeka... And untuk pengetahuan semua, jumlah kereta yang hadir berkonvoi mencecah 73 buah jentera Persona, kalau campur dengan mereka yang datang lewat petang, mahu saja mencecah 80 lebih jentera Persona. Tapi officiallynya, jumlah yang dikira ialah sebanyak 73 buah Persona. Hebat kan PPOC?

Pada asalnya kami dijanjikan parking di dalam kawasan Dataran Merdeka tersebut. Namun di saat-saat akhir penganjur membatalkannya dan hanya 10 biji Persona yang dapat masuk ke dalam Dataran. Baki selebihnya? Terpaksalah kami berderet parking di sepanjang Kompleks Dayabumi.

Jom lah layan gambar pulak..










 Ini gambar2 sekitar konvoi dan suasana di Dataran Merdeka.


Wakil PPOC yang masuk autoshow... Kereta Encik Afifi Cobra.














Sekitar autoshow dan pertunjukan lain ketika hari kejadian....


Dan akhirnya... Proton Persona Owners Club (PPOC) menang Best Car Club Gathering Award. Tahniah semuanya.. Memang harus lah menang kan?


TAHNIAH SEMUA... Jom teruskan kekuatan ukhuwah antara kita semua dan terusan menjadi kelab kereta yang disegani. Insyaallah...

Tuesday, 26 February 2013

Ceritera Bulan Februari : Picnic @ Jeram Toi

Assalamualaikum semua, bagi salam dulu sebagai pembuka bicara.. Lama rasanya aku tak berceloteh kat blog aku nie... Yeahh menghampiri sebulan juga yea... Wallaweii.. Bukan menyepi, cuma terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti ditambah pula dengan kondisi kesihatan yang agak merosot, membuatkan aku tidak menjengah blog ku.. Sorry kawan-kawan semua, juga buat pengunjung-pengunjung setia blogku yang tidak jemu meninggalkan jejaknya sepanjang ketiadaanku. Thanks korang...

Yet.. I AM BACK FOR GOOD!!!

Jom bercerita! Kali nie aku nak bercerita tentang aktviti berkelah antara aku dan geng-geng PPOC semasa cuti Tahun Baru Cina yang lepas. Aktiviti perkelahan kali ini disertai oleh mereka-mereka yang tidak pulang ke kampung ketika cuti panjang tersebut... So, let's picnic.. Cam biasa, mari lah aku jamu korang dengan koleksi gamba ketika kami di sana!


Siap-siapkan bahan untuk dimasak... BBQ...


 Sekitar pemandangan di Jeram Toi, Jelebu, Negeri Sembilan.


Tengah siap-siapkan makanan...










































Begitulah aktiviti kami berpiknik di Jeram Toi.. Memang best dan terbaekkkkk... Korang yang suka mandi-manda dan sukakan kehijauan alam, boleh berkelah dan berkhemah disini...

#Apapun aktiviti bersama geng PPOC memang BEST-BEST belaka.... 



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...