Assalamualaikum para pembaca sekalian...
Hari ini kita akan bercerita tentang konvoi Kelab Kereta Preve bersama THR Gegar FM dalam ekspedisi menghantar bantuan buat mangsa banjir di Pahang. So, apa kaitannya dengan PPOC kali ini?
Untuk pengetahuan semua, PPOC telah diberi penghormatan dimana Preve Club sendiri menjemput para marshal PPOC untuk membantu menjadi marshal dalam konvoi kali ini... kelas kan marshal PPOC? Siap dapat jemputan dari kelab kereta lain untuk eskort perjalanan mereka.... Thumbs up untuk marshal PPOC. PPOC juga tidak ketinggalan menghantar sumbangan dari ahli-ahli PPOC lain buat mangsa banjir di Pahang.
Perjalanan crew-crew PPOC bermula seawal jam 5 pagi dari Kuala Lumpur. Kami tiba di UTC Kuantan, meetpoint yang dijanjikan untuk kami mnjemput wakil-wakil dari Preve Club kira-kira jam 8 pagi.
Ini marshal den yang punyo.... hahaha!
Siap sedia sementara menanti kedatangan crew THR Gegar.. ada DJ Nasa yang turut serta sekali....
Actually, lokasi kawasan yang menempatkan mangsa banjir adalah di Paloh Hinai, Pekan, Pahang. Ce tengok gambar di atas... banjir oiiii.... banjir ooo banjir, rumah kita naik air ooo.......
Begini lah suasana ketika kami tiba di pusat pemindahan mangsa banjir di Paloh Hinai. Selain dari menghantar barang sumbangan dari PPOC, Preve Club dan THR Gegar, terdapat juga aktiviti yang dikelolakan oleh pihak THR Gegar untuk para mangsa banjir.
Antara aktiviti yang mendapat perhatian ramai, apabila DJ Nasa dari THR Gegar didenda menggiling cili...
Antara marshal dari PPOC Central yang gigih bertugas tapi pantang nampak camera.... erkkkk....
Deretan Persona dan Preve. Semoga kerjasama kali ini dapat diteruskan lagi di lain masa. Insyaallah.
Sebelum masing-masing bersurai, macam biasalah, rasanya tak lengkap kalau tak bergambar bersama-sama kan... so apa lagi.... it's posing time! Hahaha....
Apapun, terima kasih diucapkan buat Preve Club yang sudi menjemput para marshal PPOC sekalian untuk membantu dalam konvoi kali ini. Tahniah juga buat marshal sekalian yang berjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Semoga prestasi cemerlag kalian akan berterusan hendaknya.... Thumbs up to all!
Till we meet again.... tata titi tutu......
No comments:
Post a Comment