Thursday, 5 December 2013

Time To Play! It's Gym Time @ Celebrity Fitness Midvalley Megamall

Yuhuuu.. hello bloggers!

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku yang baru berjinak-jinak bersenam di gym ni... kat mana lagi... kalau bukan di Celebrity Fitness, yang betempat di Midvalley Megmall.

Kenapa tiba2 aku nak bergymnasium bagai ni? Larat ke? Tak penat ke? Okey, semua ini atas kesedaran diri sendiri. Lately ni aku perasan yang aku cepat letih.. setakat jalan bukit pun dah termengah2... nampak sangat lah lemak berkoyan-koyan dah bertimbun dalam badan nie, dah la jarang bersenam, maka memang lemah la badan nie... kadang2 rindu rasanya dengan zaman sekolah dulu, bersukan bagai, masuk lumba lari, lompat tinggi, camping, kem bina semangat, tapi tak letih-letih.... haishhh... kalo sekarang ni, naik bukit sket dah mcm putus nafas... ohhh ini tak boleh jadi.... kita kena buat sesuatu...

Dan reason paling kukuh sekali, aku nak kahwin... opsss! Haha, nak kahwin kena la cantik kan, selim melim, baru cun bila pakai baju pengantin.... jeng... jeng... jeng... bila? Nanti aku wat press conference k.... (bajet ko retiss ke???)...

Lantas atas sebab musabab ini lah, aku register gym... aku mulakan dengan berjogging setiap petang sejauh 2 km selama 5 hari berturut-turut. And guess what? I loss 2 kilos. Wah ni yang buat semangat semakin kuat untuk menurunkan berat badan dan meningkatkan stamina. Chaiyok!

Maka bermula lah aktiviti aku minggu ini.. so far so good... nanti bil aku free, aku akan update persekitaran dan suasana di dalam Celebrity Fitness ini. 

Meh nak belanja gambar... I am now a celebrator... eceh... bangga k!


Kalo korang nak tahu, di Celebrity Fitness ini juga ada perkhidmatan mandi sauna dan mandi stim... inilah kelebihan kami selaku ahli Celebrity Fitness... lepas bersenam beraerobik bagai, boleh lah segarkan badan yang letih-letih tu dengan mandia sauna yang menyegarkan.... So far da 2 hari aku menggunakan fasiliti ini dan alhamdulillah, badan yang banyak angin ni dah kembali sihat dan cergas, tak de lah rasa penat dan sengal-sengal badan lagi... bagus kan? Dan pastinya aku akan terus mandi sauna untuk kesihatan diriku... betulkan badan ni, one of my preparation juga ke hari bahagia.... awww weee weee! So pada semua yang nak kuruskan badan atau tingkatkan stamina dan bermacam2 sebab musabab lagi, why don't you guys join me at Celebrity Fitness? Sambil kurus, sambil cantik, dan juga sihat... think of it ya!

Till we meet again yea... dokan moga aku berjaya turun berat badan around another 3 kilos sekurang-kurangnya. Mudah-mudahan semuanya dipermudahkan hendaknya.

No comments:

Post a Comment