Tuesday, 3 December 2013

GO-KART ENDURO INTER CAR CLUBS CHALLENGE BY X-1R...

Hey... it's go-kart time!

Kali ini, PPOC telah mendapat jemputan untuk menyertai pertandingan go-kart anjuran X-1R. Pertandingan ini turut disertai kelab-kelab kereta lain.

Sebenarnya ini kali pertama PPOC menyertai pertandingan ini. Senang cakap, memang last minute lah setup team go-kart nie... para drivers adalah Deddy Man (my hero lerr), Fitree dan Adam... berlatih pun sekali je kat litar Cyberjaya.. hehehe.. memang kami tak mengharapkan kemenangan pun, juat nak mendpat pengalaman baru sebelum team Go-Kart PPOC menyengat kembali di litar... cewah ayat... hahahaha...

Jomlah kita layan gelagat masing-masing di Sepang Go-Kart Circuit.


Kalau dah namanya gila bergambar, apa cara pun boleh kan....






Tu dia.. pic encik hero hati tengah berjuang... Go sayang go! Hahaha.. excitee jugak aku masa ni sebab first time encik hero hati masuk race.. selalu race kat jalan raya je... opssss jangan tiru perbuatan ini kerna ia membahaykan kesihatan hahaha... Credit untuk Bob dan Lokman yang snap pic ini.... Thumbs up buat korang ya... 

Oklah, sambil dorang ber-racing2, kita posing2 pulak.. yang dapat amik pic dengan Lina Johor pun untung la sangat2 yeaa... haha...


Sakan lah bebudak ni bahagia sungguh dapat bergambar dengan si cantik jelita, Lina Johor. Ni la yang bestnya join PPOC... selalu dapat jumpa retisss... kata gile glemer kan..... hahaha...


Begitulah al kisahnya PPOC bertanding go-kart buat julung kalinya di Sepang Go-Kart Circuit. Walaupun kami kalah kali ini, apa yang penting, sekurang-kurangnya kami berani mencuba sesuatu yang baru. Insyaallah PPOC akan komited dengan aktiviti baru ini, dan diharapkan mampu beroleh kemenangan selepas ini. 

So lepas ni, boleh lah training go-kart pula.... 

Majulah sukan permotoran untuk PPOC... hihihi... peace yawww...!

2 comments:

  1. singgah sini dear :)
    mahal tak costing main go-kart?
    mcm teringin je

    ReplyDelete
  2. Hye liza Licha... thanks dtg baca hihi...

    Kalau main kt Sepang ni, i dgr rm60 for 10 minutes.... kalau u nak murah sket, u leh g kat kelab komuniti taman tasik cyberjaya, kat sana u boleh main selama 30 minit rm50.... kalo dtg dalam grup and nak main utk 1 jam, rm80 satu kepala.... try la dear....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...