Kali ni aku nak bercerita tentang perjalanan aku dan encik hero hati, bersiar-siar di Melaka Bandaraya Bersejarah pada cuti Krismas yang lalu. Memang boring bila dah duduk KL ni, sampai tak tahu nak ke mana time cuti-cuti, so we decided to go to Melaka. Nak jalan jauh, cik abang tak dapat cuti, aku je yang cuti panjang sensorang, haisshh bosan tul.... Susah tul si dia ni nak dapat cuti panjang... kadang-kadang bosan juga, sebab aku pun nak holiday panjamg and jalan jauh cam orang lain... ermmm...
Tapi tak pe lah... satu hari pun jadi lah... janji berdua dengan dia... nampak tak ayat pasrahhh habisss hahaha....
Maka setibanya kami di Melaka, destinasi pertama adalah Zoo Melaka. Saja nak tengok hidupan liar yang masih ada di Malaysia ini. Zoo Melaka ni agak besar ya, so memang letih dan berpeluh-peluh lah jawabnya...
Layan lah koleksi pic haiwan-haiwan di sini ya... Nothing much to say about them...
Ni pula anak gajah.. agak cute la juga... my sayang suka sangat... tak tau la apa yang di sukakannya sangat...
Buaya Tembaga... ermmm memang besar buaya nya... btw, kat darat pun banyak buaya di luar sana kan.... hohoho...
Yang ni unik... LOVE BIRD.. first time aku lihat sendiri depan mata.. nampak tak kejakunan aku di situ hahaha... burung-burung ni berkepit dengan pasangan masing-masing sahaja, siap peluk bagai... so sweet... ♡♥♡...
Maka, tamatlah perjalanan kami di Zoo Melaka. Bersambung di bahagian kedua, cerita kami menaiki boat pusing-pusing Kota Melaka. Best tau!
No comments:
Post a Comment