Monday, 30 December 2013

Melaka : Part 2 - Kelebang Coconut Shake + Boat Riding @ Melaka River Cruise

Bertemu kembali di bahagian kedua, corat-coret aku tentang pengembaraan satu hari kami di Melaka tempoh hari.

Selepas berjalan-jalan di Zoo Melaka, kami ke Kelebang untuk menikmati kesegaran dan keenakan Coconut Shake di sana. Kebetulan beberapa rakan PPOC yang menetap di Melaka juga mahu turut serta, so tanpa membuang masa, kami terus shoot ke sana...


Ni lah dia Coconut Shake yang dimaksudkan... memang terbaik. Kalau korang nak tahu, kalau korang just nak tapaw, kwna beratur di bahagian hadapan kedai, dan pada yang mahu minum dan makan di kedai ini, tempatnya di belakang sikit, turut disediakan kawasan parking kereta untuk para pengunjung. Selain menjual coconut shake yang sememangnya ohsem, terdapat juga nasi lemak yang memang sedap giler dan pelbagai jenis kuih muih. Kalau korang nak tahu, my dear siap makan 3 bungkus nasi lemaknya.. nampak tak betapa ohsemnya nasi lemak dia.. memang terbaik... perghhh sampai aku pulak tertelan air liur ni mengenangkan keenakan coconut shake dan nasi lemaknya... Nyummm... rasa cam nak pergi lagi je.....  so pada yang berminat untuk mencuba Kelebang Coconut Shake, cubalah ya.. anda pasti mahu lagi dan lagi... haha.. tolong promote nie....

Setelah puas menjamu selera di Kelebang Coconut Shake, aku dan si dia terus ke Bandar Hilir. Disana kami menaik boat sambil melihat kota Melaka. Saja je cuba naik boat sambil melihat kesan sejarah dan keindahan Bandaraya Melaka. 


Pada yang berminat menaiki boat, bolehlah ke Melaka River Cruise yang terletak di Bandar Hilir ini. Harga tilet hanya RM10 seorang. 

Korang akan dibawa menjelajahi dan melihat sendiri kesan peninggalan sejarah. Bangunan yang di cat cantik serta dilukis dengan lukisan tangan turut dapat dinikmati sepanjang perjalanan di dalam boat ini. So macam biasa, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar dan mengabadikan kenangan sepanjang melalui sungai ini. Agak unik juga pengalaman kali ini sebenarnya...

Yang paling best, siap ada Santa Klaus yang turut membaling coklat dan gula-gula ke arah kami... Ho Ho Ho Merry Christmas ya...

Kalau korang nak tahu, kebanyakan bangunan di tepi sungai telah dijadikan motel atau rumah tumpangan... agak menarik juga konsep ini kerana para pelancong boleh menyewa di sana dan menikmati pemandangan serta udara di tepj sungai di waktu santai mereka... cool rite?

Satu penemuan yang menarik juga, yang selama ini tidak pernah aku ketahui.. rupa-rupanya ada perkampungan Portugis yang dikekalkan konsepnya dan dibuka untuk kedatangan para pelancong. KAMPUNG MORTEN nama diberi... aku akan menceritakan dengan lebih khusus lagi tentang Kampung Morten ini di slot seterusnya... tunggu ya kawan-kawan... It's very interesting and I am planning something too.. heeee...

Apapun, semoga review aku kali ini tentang Kelebang Coconut Shake dan Melaka River Cruise mampu memberi sedikit idea dan mencetuskan rasa minat untuk ke sana hendaknya.. cuba lah ya... Melaka sememangnya antara destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di negara kita.

...TO BE CONTINUED...

No comments:

Post a Comment