Tuesday, 31 December 2013

Melaka : Part 3 - Kampung Morten & Asam Pedas Restoran Pokok Besar

Bersambung di episod seterusnya... 



Seperti yang dijanjikan, aku akan bercerita tentang Kampung Morten, sebuah perkampungan tradisional yang wujud sejak zaman Portugis menjajah Melaka lagi. Perkampungan yang terletak di persisiran Sungai Melaka ini dikekalkan konsepnya dan dibiayai oleh kerajaan negeri bagi mengekalkan kesan sejarah untuk tatapan para pelancong. Senang cerita, ia dijadikan kawasan tarikan pelancong.

Terdapat beberapa buah rumah yang dibuka untuk kedatangan para pelancong. Salah satu darinya ialah Villa Sentosa. Menggunakan konsep live museum kerana rumah ini masih didiami oleh pemiliknya, rumah ini sememangnya penuh dengan pelbagai barangan antik.


Kita posing-posing dulu... Penerangan terperinci akan diberikan oleh pemilik rumah ini, iaitu Encik Ibrahim. A very friendly amd soft spoken man... Terima kasih diucapkan kerana sudi menerima kunjungan kami walaupun kami tiba agak lewat.


Antara koleksi barangan lama dan antik peninggalan sejak dahulu lagi. Ada gong yang berusia 200 tahun, pemukul bahulu, pelamin lama, seterika lama dan sebagainya.


Ini antara dua barang antik yang menjadi perhatian aku.. gong berusia 200 tahun dan pemukul kuih bahulu.... bukan semua orang masih simpan barang-barang seperti ini...

Di sini juga ada beberapa rumah yang dijadikan homestay buat para pengunjung yang ingin bermalam dan merasai suasana perkampungan di tepi sungai ini... menarik, bukan? So to my gengs, jom kita stay di sini.. malam-malam boleh bakar BBQ sambil menikmati udara dan pemandangan tepi sungai.... jom plan....

Last but not least... jom posing2 di Hard Rock Cafe... aku pun nak jugak... ahahaha....


Dan sebelum kita pulang ke KL, jom nikmati asam pedas terbaik di Restoran Asam Pedas Pokok Besar, Melaka. Aku bukan penggemar asam pedas, tetapi serius cakap, asam pedas di sini memang terbaik. Lain dari lain.. cukup rasa.... mabeles... wah, da macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pula.... korang try la ya... ini bukan asam pedas biasa yg cair kuahnya dan just ada daun kesum... this is different... pekat, wangi, cukup segala rasa....


Tu dia.. nasi putih, asam pedas daging tetel, asam pedas kepala ikan jenahak, telur masin dan telur dadar... ohsem! 5 bintang terus... jahanam diet ku... nasib baik tak naik 1 kilo hehehe...

Itulah dia rentetan perjalanan aku, our short holiday di Melaka. Yang penting, kualiti masa yang dihabiskan bersama. Alhamdulillah, kami selamat sampai KL and we are happy...

No comments:

Post a Comment