Friday, 3 January 2014

PANDUAN KE SINGAPURA... (KL-SINGAPORE)...

Hai semua... bertemu lagi kita nampaknya... Alhamdulillah... masih diberi kesempatan untuk bernafas di muka bumi dan kembali berceloteh bersama kalian semua.

Ingat lagi tak pada entry ku yang terdahulu, tentang cerita ku renew passport di UTC Pudu Sentral? Yeah..ini lah sebabnya... sebab nak holiday di Singapura.... USS semestinya destinasi pilihan...

Sebelum aku bercerita tentang ke-havoc-an percutian kami ke Singapura di entry seterusnya, izinkanlah aku story mory dulu panduan ke Singapora. Let me brief you guys, okey.. mudah-mudahan boleh jadi panduan buat semua...

Oh ya, percutian kali ini disertai aku, Zira dan suaminya Faizal. Mh cinta hati tak dapat join sebab tak dapat cuti... so den keseorangan la nampaknya... kejam tul boss awak tu... huhuhu... tiket semua da beli tau... but it's okay. Next time kita repeat lagi...

Kami bertolak ke Singapura dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta. Perjalanan mengambil masa 3 jam untuk tiba di Johor Bahru. Kami tiba di Bangunan Sultan Iskandar kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu checkpoint agak sesak dengan kenderaan keluar masuk Singapura.


So are u ready guys??

Sebenarnya senang je prosedurnya.. Di checkpoint Bangunan Sultan Iskandar, kita just hand over our passport untuk di cop oleh kerani bertugas. Lepas tu, teruskan perjalanan sampai ke Bangunan Checkpoint Woodlands. Korang just drive kereta and follow the instructions.. kalau x de barang untuk di declare, follow lane hijau... jika ini pertama kali masuk Singapore dan tiada kad putih, jangan risau. Kerani di Woodlands akan memberi kita masa untuk isi white card tersebut dan cop passport kita. 

Untuk pengetahuan semua, kita perlu membeli kad auto pass ya... kad ini digunakan untuk kita membayar to (sekiranya ada melalui) dan bayaran parking di Singapura. So jika korang lum ada auto pass, kena beli ya selepas cop passport di Woodlands. Kerani bertugas akan memberitahu lokasinya, gak jauh mana, still dalam bangunan tersebut. Park kereta di sana, dan di sana ada beberapa wanita berpakaian ungu, beritahu mereka yang korang mahu beli auto pass, and minta mereka verify kereta kita. Maksudnya, mereka akan datang ke kereta kita dan mencatitkan details seperti plat kereta kita untuk diberi kepada pihak pentadbiran. Kemudian, kita isi form dan bayar SGD 10 untuk kad tersebut, di dalam kad tersebut ada SGD 4. Korang kena top up ya, boleh top up di mana-mana rangkaian 7 Eleven yang ada. Senang kan?

Finally...kami sudah berada di Singapura. Yeayyyy! Di sini, kami tinggal di Hotel 81 Dickson di kawasan Little India. Hotel ini ada provide free parking, so kami da berjimat di situ...

Pada yang mahu ke Universal Studio Singapore, korang boleh naik MRT untuk ke sana. Seperti apa yang kami lakukan, memandangkan kami tinggal di kawasan Little India, MRT terdekat adalah Bugis Station. Kami menaiki MRT ke HarbourFront, tetapi perlu tukar train di Outram Park ya teelebih dahulu.


Inilah dia tiket MRT. Apa yang menariknya, tiket ini boleh digunakan hanya dengan menambah nilai dalam kad ini.

Setibanya kami di Stesen HarbourFront, kami terus naik ke tingkat atas sekali. HarbourFront ini bersambung dengan kompleks membeli belah yang diberi nama Vivo City. Terus ke tingkat 3 dan di sana ada stesen monorel untuk kita ke USS yabg terletak di Pulau Sentosa.


Hanya dengan bayaran SGD4, korang boleh gunakan tiket ini untuk ke USS, Sentosa Beach, dan sebagainya untuk 1 hari. Jimat kan? As for us, kami ke USS dahulu dan selepas itu ke Sentosa Beach pula... 

So, let's have fun yeahh!

Diharapkan entri ini dapat membantu korang yang mahu ke Singapura dan mahu tahu lebih lanjut tentang cara-cara untuk ke sana dan favourite spots di sana... insyaallah..


No comments:

Post a Comment