Baca tajuk entry kali ini... our 3rd year annivessary...
Yes.. pejam celik pejam celik rupanya dah 3 tahun aku dan si dia berkenalan. 3 tahun lalu, masa nie lah kami bertemu di Port Dickson. 3 tahun yang lalu, si dia masih bertongkat kerana baru pulih dari kemalangan jalan raya yang menimpa beliau. 3 tahun dahulu, aku tak pernah menyangka bahawa dia yang aku temui ketika itu akn berubah menjadi orang terpenting dalam hidup aku. 3 tahun yang lalu juga, rupa-rupanya hadirnya aku di satu majlis pertemuan rakan-rakan siber akan menemukan aku dengan dia yang tak pernah aku kenali dan siapa sangka, dia lah orang yang akhirnya mengajar aku tentang erti kehidupan, dia jugalah yang membuka mata dan persepsi bahawa aku masih layak untuk mengecapi kebahagiaan di bumi Allah ini.
Alhamdulillah... syukur yang tidak terhingga ke hadratNya atas anugerah ini. Aku lebih kenal erti kehidupan, aku belajar tentang manusia, tentang ilmu Allah dan aku lebih tenang dan gembira menjalani kehidupan baru ku.
Dan hari ini.. tanggal 27 Februari 2014... genaplah 3 tahun kami berkenalan, melalui liku-liku hidup bersama. 3 tahun juga dia setia bersama aku... membimbing aku saat aku hilang pedoman, memapah aku saat aku jatuh, memujuk aku saat aku berduka, menjaga segala sakit peningku, mendengar setiap keluh kesahku tanpa rasa jemu, malah dia lah juga yang pertama sekali tersenyum dan tertawa gembira apabila aku mengecap kejayaan dan kesenangan dalam hidup aku. Dia lah orangnya.. selama 3 tahun ini.
Nothing much to say... Sayang, I love you.. I Just Love You..
Terima Kasih kerana menjadi sepasang telinga yang kebal mendengar segala keluh kesah, bebelan dari aku. Terima Kasih juga untuk tempoh 3 tahun ini kerana menjadi tangan yang tak pernah jemu untuk menyambut aku andai aku jatuh.. Terima Kasih kerana memberi ruang untuk aku berlindung dalam hatimu, dekat sekali disisimu untuk membuat aku sentiasa rasa dilindungi.
Buat kau yang ku sayang,
Semoga kebahagiaan kita berkekalan, semoga kita disatukan kelak seperti apa yang telah dirancang. Doaku buatmu, moga sentiasa teguh cintamu buat aku dan semoga kuat hatimu melalui dugaan hidup... Aku akan sentiasa bersamamu, saat susahmu, saat senangmu, saat suka menjengah, juga saat duka merapati. Sentiasa denganmu.. asalkan denganmu...
Okey..cukup dah aku menjiwang... pergghh lama da x menjiwang... nie lah hasil spontan yang berjaya dikeluarkan malam ini... hahahaha poyos gilerrr....
Okey... ini pula gambar hasil nukilan encik hero hati. Macam tak sangka je kan dia boleh lak tu kumpulkan pic masa darinawal perkenalan sampai ke hari ini, tapi just choose 9 best photos la sebab photo grid ni pun kedekut, kasi 9 gambar je maksimu untuk buat collage.. Mohon tukang buat applikasi ini agar menambah koleksi gambar yang boleh dipilih untuk membuat collage ke tahap maksimum, baru lah banyak sket kenangan boleh diabadikan kan kan....
Anyway, thanks sayang for this lovely piccas... appreciate it.. and ayat2 awak yang sempoi tapi power tu... nak baca ayat dia? Sape fren, boleh la tengok kat Facebook ya...
#Apapun, I am happy today.. tak sangka sangat..kami mamou melangkah sejauh ini.. walau hakikatnya perjalanan ini masih jauh lagi dan pastinya penuh onak duri... apapun, doakan yang terbaik buat kami ya...
Thanks semua....
P.S : Esok nak pergi celebrate makan-makan... nak tahu kat mana? Tunggu sok aku update... tak janji tapi insyaallah.... weeee.... x sabar....
P.S : Esok nak pergi celebrate makan-makan... nak tahu kat mana? Tunggu sok aku update... tak janji tapi insyaallah.... weeee.... x sabar....