Monday, 10 February 2014

REVIEW / TESTIMONIAL COLLAGEN PLUS VITAMIN E : MY OWN EXPERIENCE ...

Hye semuanya...

Kali ini aku ingin berkongsi kisah dengan kalian semua.. tentang produk kecantikan yang sedang meletup di pasaran... Iaitu Set Collagen Plus Vitamin E.

Sebenarnya dah lama produk ini meletup-letup di pasaran, cuma aku nie je yang ketinggalan zaman sket ahahaha... nampak sangat tak up to date tau... berpunca dari masalah kulit aku yang mudah mengelupas especially di bahagian hidung (aku ni penghidap resdung, so korang faham je lah bila dah bersin tu, dengan kulit sekali effect), selain masalah kulit kusam. Pada pandangan orang sekeliling especially kawan-kawan, eh kulit ko ok je x de pimples bagai... yes betul u olls, memang kulit aku xde masalah pimples, tak seteruk orang lain, tapi kulit aku kusam sedikit, mudah mengelupas teruk di bahagian hidung dan ada sedikit ketuat... ketuat tu ibarat cam pimples but ia susah untuk dihilangkan, even pakai ubat jerawat pun tak kan hilang. Memang lah bintil-bintil ketuat ni setakat sebiji dua kan, tetapi aku tetap mahu hilangkannya.

Aku beli set ini dari rakan ku. So untuk pengetahuan korang, set ini terdiri daripada 3 barang, iaitu sabun muka, krim siang dan krim malam.


Pastikan korang beli yang original ya....

Ok jom kita berkenalan dengan setiap produk dan khasiat nya.. lepas tu baru aku ceritakan pengalaman aku ya...

Collagen Plus Whitening Beauty Soap:


  • Membersih,melembap dan melicinkan kulit tanpa menyebabkan kekeringan

Collagen Plus Day & Night Cream:-
  • Collagen Plus diformulasikan dengan Vit C,AHA,Moisturizer dan Vitamin E. 

Collagen Plus Day Cream (Krim Siang : Warna Kuning)


  • Collagen Plus diformulasikan dengan Vitamin C,AHA,Moisturizer dan Vitamin E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari. Dipakai siang hari dengan cara menyapu rata secara nipis di serata wajah.

Collagen Plus Night Cream (Krim Malam: Warna Putih)


  • Collagen Plus diformulasikan dengan Vitamin C,AHA,Moisturzer dan Vitamin E. Mengurangkan masalah kulit kusam dan melembapkan serta membuatkan kulit terasa gebu dan segar sepanjang hari. Untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan cara menyapu secara nipis ke serata kulit wajah. Wajah akan kelihatan bersih dan putih dalam masa 1 minggu mengikut keadaan kulit korang ya.. 


Cara Pemakaian:-

Sabun (pink) Collagen Plus Vit E:-
  • Sabun tu korang boleh potong kecil-kecil. Tahan lama mengikut kata rakanku. So far aku pakai da 3 minggu, baru 1/4 digunakan. 

Krim Siang (kuning) Collagen Plus Vit E:-
  • Untuk dipakai siang hari selepas membasuh kulit dengan sabun Collagen Plus Vit E . Pemakaiannya,calit dan sapukan dimuka dan leher sehingga rata.

Krim Malam (putih) Collagen Plus Vit E:-
  • Untuk dipakai waktu malam selepas membasuh kulit dengan sabun Collagen Plus Vit E. Pemakaiannya perlu di calit dalam kuantiti yg sedikit kerana teksturnya yang pekat ;)

So apa KESAN dan TESTIMONI dari aku sendiri?

Sepanjang aku menggunakan set ini, kulit aku mengelupas but its a soft peeling. Bererti ia mengelupas dengan cara halus, so tak lah muka korang cacat atau cabuk bila mengenakan mekap dan sebagainya. Kalau nak hilangkan pengelupasan tu, korang just sapukan olive oil kat muka selepas korang basuh muka dengan sabun dan sebelum menyapukan krim siang. Selesai masalah korang... percayalah...

Sebenarnya, lepas korang pakai krim siang tu, kulit dah kelihatan glowing dan tak perlu bermekap atau tepek apa-apa bedak. Jimat duit, jimat masa. Aku akui sendiri berkenaan ini. Memang sekarang aku dah tak pakai apa-apa bedak lagi. And krim ini tahan lama kat muka korang.

Oh ya, sekadar pesanan di sini, bila korang dah mula pakai night cream tu, based on my experience, memang kulit akan rasa pedih sikit. Tapi aku tetap teruskan sebab aku dah google pelbagai pengalaman customer lain yang share tentang ini, ia nya normal ya... mengikut keadaan kulit masing-masing. After a week menggunakan produk ini, aku dah tak rasa pedih lagi pada kulit aku apabile mengenakan Krim Malam. Alhamdulillah.

And guess what? Jeng jeng jeng...

Kulit wajah aku semakin sekata dan semakin cerah. Segala bintil2 ketuat semua dah hilang. Hooray! Kulit di bahagian hidung dan pipi yang sering mengelupasnpun dah semakin pulih dan berseri. Alhamdulillah kan?

Meh nak share pic, 3 minggu lepas dan baru-baru ini...


Pastinya aku akan setia dengan produk ini. Belum pernah lagi aku ketemui produk yang betul-betul berkesan seperti ini. Harap-harap kulit aku bertambah elok la hendaknya ya... so kawan-kawan, cuba lah ya...

Apapun ingin dinasihatkan, setiap produk yang ada di pasaran tidak semestinya sesuai dengan kulit kita. Sekiranaya bermasalah, hentikan penggunaan ya... alhamdulillah, produk ini sesuai buat saya...

Last but not least, meh nak belanja pic dengan Achey dari Kumpulan Bocey sekeping... ni gambar latest ku, kelmarin bersamaan dengan Sabtu, 8 Februari 2014 .... ahahahaha!


Nampak kan kecerahan dan kulit sudah bebas cela dan masalah... no edit, no filter, fresh from the camera.... yeayyy! Nampaknya kini aku lebih yakin.. new year, new hair do, new fresh look... semoga aku lebih yakin untuk menghadapi hidup yang mendatang... bila dah cantik, mesti lah lebih yakin... harap-harap lepas ni bertambah slim plak... one of my target... oh ya, cakap sal kuruskan badan, i have something to share too... 

Nantikan di entri seterusnya... 

♡♥♡ 

5 comments:

  1. kindly please inform me about the concentration of collagen and vitamin E in these items of yours
    best regards
    dr hassan agabna

    ReplyDelete
  2. aku ada preloved barang ini, gapernah dipakai karna aku sudah ada sjincare sejenis itu, yang mau bisa chat aku diline chelliresgia

    ReplyDelete
  3. hi pls visit my fb page at Aicollagen701 selling all this all are imported thanks for this review

    ReplyDelete
  4. korang i nak tanya tekstur serum collagen memang cair ke ?

    ReplyDelete
  5. Hi I want to be a distributor this collagen soap thank you

    ReplyDelete