Monday 10 February 2014

Cuti-Cuti Di Cameron Highlands

Hye semua...

Yuhuuu.. nampaknya da sebulan aku menyepi... habis bersawang blog aku nie... nak kata tak de story nak update, sebenarnya banyak sangat aku nak kongsikan dengan korang semua... tapi kesibukan diri serta masa yang tidak mengizinkan, maka bersawang lah blog aku kali nie.... 

Ok lah, since I am back today, meh la aku kongsikan tentang percutian aku ke Cameron Highlands pada awal permulaan tahun 2014 yang lalu... kiranya masa kejadian ini berlaku, ia di sekitar awal Januari 2014 gituhh... percutian dan destinasi pelancongan pertama kitaorang pada tahun ini.... cewah.... namapun cuti-Cjti Malaysia kan....

So... jom tengok apa yang ada di Cameron Highlands...





Sampai je Cameron, kita posing2 jap kat area kawasan ladang teh... jap lagi baru pegi ladang teh nie... ni posing dulu sebab nak beraksi poyo ala-ala nak bagitahu, hey finally i am here wahahahaha....


Destinasi pertama kami... CACTUS POINT... di sini ada bermacam-macam jenis cactus.. memang menarik.. encik hero hati suka sangat dengan cactus-cactus nie. Tengok lah gaya dia berposing dengan cactus.. kemain lagi.... cactus di sini ada pelbagai rupa, pelbagai saiz, dan pelbagai warna... jangan ingat cactus hanya berwarna hijau yea kawan-kawan sekalian... ada pelbagai warna sebenarnya... merah, kuning, oren.... harga yang ditawarkan juga agak murah, so pada pencinta cactus, boleh lah beli di sini. Malah para penjual turut memberi khidmat percuma tentang cara penjagaan cactus ini. Korang boleh lah beli baja nya sekali... cara nak membaja pun senang sangat. Sebulan sekali sahaja, 5 butir baja pada satu tanaman... haaa... senang kan....




Lokasi seterusnya ialah EQ STRAWBERRY FARM. sebenarnya ada banyak strawberry farm di Cameron Highland nie.. korang pilih je la mana-mana kebun pun, semuanya menawarkan peluang untuk korang petik sendiri strawberry seberapa banyak korang nak, and pas tu jangan lupa bayar pulak ya ahahaha! Kami tak petik strawberry pun, just posing2 je di sini... sebab aku bukan suka sangat nak makan strawberry nie... lain la kalo da buat strawberry shake ke, kek ke... hoho...



Okey... LAVENDER GARDEN... ini sememangnya lokasi yang aku nak sangat pergi. Di sini ada pelbagai jenis bunga-bungaan... cantik sesangat.. pada pencinta bunga cam aku nie, of coz la I suka sangat untuk ke sini.... dapat tengok bunga-bungaan yang colorful ni pun dah cukup menenangkan minda dan membuatkan hati melonjak kegembiraan... hahaha ayat poyo gilersss.. tapi serius, memang aku sukakan suasana di sini... tenang, dingin dan cantik... meh nak belanja korang pic bunga yang sempat aku snap menggunakan Note 10.1 aku ni... Klik!Klik!Klik!





Nice right?

Kalau korang nak tahu, kat LAVENDER GARDEN ni pun ada jugak tempat memetik strawberry. Di bahagian atas. Dan turut ada kafe yang menyediakan minuman strawberry serta pelbagai aneka makanan berasaskan strawberry. So jom lepak-lepak jap, hilangkan dahaga..


Emmmm sedap nyerrr strawberry shake ini.. cuba lah ya kawan-kawan semua... sila percaya pada ekspresi muka aku tu... penat posing ala2 model air strawberry hahaha...


Ni second last destination... ladang teh... Masa kami sampai sini, baharu lepas hujan... ce korang bayangkan betapa sejuknya.... Dan jalan agak licin, so kena berhati-hati ketika berjalan-jalan di sekitar ladang teh... so jom posing2... amik feel ala2 Bollywood dengan shawl di leher, duduk tengah ladang teh.... 



Selepas posing-posing, kami terus ke Souvenir Shop.. jom shopping plak... encik hero hati nak sangat beli teh perisa strawberry... jatuh cinta dengan teh strawberry katanya... ok jom shopping...fridge magnet antara item yang di cari...


Beli... jangan tak beli....


Inilah tempatnya.... CAMERON VALLEY... BHARAT GROUP... 

Okey.. siap-siap mahu balik.. sebelum itu, kita ke pasar malam dahulu dan dinner...  

Jom pekena strawberry cicah coklat.... bajet Siti Nurhaliza sangat ahahaha!


Yummy! Masam campur manis rasanya..

So... what can I say about this short holiday? Ermm memang teramat best and mostly reccomended buat semua yang mahu membebaskan diri seketika dari hiruk pikuk kota.... 

No comments:

Post a Comment