Thursday 27 February 2014

MEGA PUTRAJAYA AUTOSHOW & CONVOI GATHERING 2014

Mega Putrajaya Autoshow & Convoi Gathering 2014 yang berlangsung di Putrajaya juga merupakan antara program yang disertai kami, warga Proton Persona Owners Club (PPOC). Event ini berlangsung pada pertengahan Februari yang lalu.

Actually, ia selerti event sebelum ini, dimana setiap kelab kereta berkumpul di meetpoint yang ditetapkan kelab masing-masing dan selepas itu berkonvoi ke lokasi kejadian di Putrajaya. Terdapat lebih kurang 73 kelab kereta yang terlibat dalam perhimpunan secara besar-besaran kali ini. Korang bayangkan, 73 kelab kereta bergabung bersama dan memenuhi kawasan Putrajaya. Hebat kan? Disini juga dapat dilihat betapa komited setiap ahli kelab kereta untuk berhimpun beramai-ramai.


Ini antara marshal PPOC yang bertugas dengan bertungkus-lumus sekali. Haha sape lagi, encik hero hati aku lah... haaa ni lah dia.. da berpuluh kali aku up gambar encik hero hati ni, tu pun ada yang tak percaya kat aku lagi.. okey stop melalut... that will be in your next entry, okey....

Punya lah kelakar, ketika encik hero hati sedang menjadi marker untuk konvoi PPOC, ada beberapa kereta orang awam yang beranggapan bahawa beliau ialah polis trafik, hingga mereka menarik seatbelt, takut kena saman... ahahaha lawak betul lah... korang, pakai lah seatbelt untuk keselamatan ya, bukan sebab takot kena saman... (Nasihat orang kemain pandai, cam lah aku nie pakai seatbelt.. erkk mohon jangan tiru perbuatan aku nie ya)..




Siap sedia untuk berkonvoi...



Konvoi bermula untuk ke lokasi yang telah ditetapkan untuk Proton Persona Owners Club (PPOC).


Lautan kereta krew-krew kami, warga Proton Persona Owners club (PPOC). Dengan kehadiran dalam 130 buah kereta telah melayakkan kami dianugerahkan tempat ketiga selaku Best Car Club Gathering. Alhamdulillah, dapat nombor tiga dan pada yang mengikuti blog ini, pastinya korang tahu yang kelab kereta kami sentiasa mendapat tempat sekiranya ada kategori Best Car Club Gathering. Semua ini adalah disebabkan komitmen para ahli PPOC. Thumbs up buat semuanya.

Selain dari perhimpunan kelab kereta, ada banyak lagi aktiviti yang berlangsung di sini. Ada persembahan artis, festival kucing, jualan pelbagai jenis barang dan sebagainya. 

Antara aktiviti yang paling cute bila kawan kami dapat peluang berduet dengan artis ISMA AKADEMI FANTASIA. Caya lah Fifi...


Hihi... happy lah tu...

Apapun, aku gembira kerana event kali ini menemukan kembali aku dan Lily dengan seorang lagi rakan baik kitaorang yang dah lama menghilang dek kesibukan dirinya dengan karier.. sape lagi kalau bukan Cik Tee (Bukan Nama Sebenar...).. so, layan lah kitaorang lepaskan rindu sama-sama... Selfie lah, apa lagi.. acara wajib bila dah berjumpa hokey....



Ok.. itu jelah yang aku nak ceritakan dalam entry aku kali ini. Nampak tak yang PPOC nie memang bagus, ia mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita selain beriadah secara sihat selaras dengan minat masing-masing dalam arena permotoran. PPoC memang best kan?

Till we meet again... see ya!

No comments:

Post a Comment