Yesss kita bersambung lagi....
Kalau korang baca entry sebelum ini, aku telah menceritakan tentang majlis perkahwinan sahabat PPOC kami di Kuala Kangsar.
Selesai segala urusan majlis perkahwinan tersebht, kami terus shoot ke Pulau Pinang pada petang itu. Dengarnya Jambatan Kedua Pulau Pinang bakal dirasmikan pada malam hari nanti.... kami sememangnya sudah merancang untuk melalui jambatan tersebut, cuma tak pastilah bila, samada malam Sabtu itu atau keesokan harinya.
Tiba di Penang sekitar jam 5 petang, kami terus check in di SE Hotel. Masing-masing kepenatan yang amat sangat, so kami plan untuk berehat dahulu dan keluar bersiar-siar semula pada sebelah malam sahaja.
Pada malam itu, kami jalan-jalan di Persiaran Gurney. Kita pekena pasembur... makan malam bersama-sama. Macam-macam la kitaorang makan, ada yang makan pasembur, ada yang makan nasi lemak, kue tiaw goreng, laksa Cina dan sebagainya...
Tu dia... makan malam kami tempoh hari.. memang sedap.. seperti biasa, pasembur Penang memang terbaik... Nasi lemak ayam goreng pilihanku tu pun sedap... rangup ayam dia...sebab tu lah aku tak pernah puas kalau pergi Penang nie... Penang memang best sebenarnya....
Selepas itu, kami terus ke Batu Feringghi... Jalan-jalan di Night Market Batu Feringghi. Kat sini pun happening. Walaupun dah pernahergi sebelum nie, aku tetap mahu pergi lagi. Coz pada aku, ia adalah salah satu pasar malam yang happening di Malaysia nie.. banyak mat saleh, ada perkhidmatan beca dan sebagainya. Kami tak beli apa-apa pun, but just posing-posing je... jom posing jap kat Restoran The Ships yang designnya sebiji kapal.. unik kan?
Taraaa.... abaikan kualiti gambar yang gelap sket tu....
Selepas itu, kami terus pusing-pusing jalan-jalan di sekitar Padang Kota Lama. Kami tak turun dari kereta pun, just lalu je, sambil menikmati angin malam. Selepas itu, kami terus pulang ke hotel, few of them ada yang sambung lepak lagi bersama krew PPOC Taiping yang datang ke Bagan Serai, tapi aku dan Mieza tak join sebab dah letih sangat...
The Next Day ....
Masing-masing dah segar badan, so jom jalan-jalan lagi.... Kita sarap dulu dan next destination ... Bukit Bendera!
Gelagat kami berenam di Bukit Bendera.... Baby Qaira rileks je naik keretaapi di Bukit Bendera.... hehe.. best ye dikk... tak gayat eh.... caya lah.... walaupun aku dah naik Bukit Bendera ni sebanyak 3 kali (eleh 3 kali je pun, tu pun nak berlagak kikikiki), tapi aku tetap enjoy the ride... best.... kalau aku duduk Penang, mahu setiap minggu aku pergi naik kalau boring kan kan kan....
Setibanya di puncak Bukit Bendera, kami posing-posing dulu macam biasa dan kemudian lepak minum sebelum turun ke bawah.
Next location ... bawak dorang ke ChowRasta Market, beli jeruk. Aku tak beli pun coz jeruk bukan lah feveret aku.
Last destination... Jambatan Kedua Pulau Pinang. Gigih gak kitaorang dok cari sambil guna Waze dan siap tanya orang... haha.. nampak tak semangat sangat nak lalu Jambatan Kedus tu....
Finally, sampai jugak... masing-masing teruja...
Jangan jeles... saya da sampai... anda bila lagi? Hehehe...
Posing2 dan ambil gambar di sekitar Jambatan Kedua Pulau Pinang. Trafik bergerak perlahan namun masih dalam keadaan lancar. Actually jambatan ni sama cam Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada, tapi biasalah, nama pun jalan baru kan... so semua orang excited lah nak cuba jalan baru....
Lepas nie, kalau pergi Penang, nak lalu jambatan nie lagi... oh ya... dalam tempoh sebulan nie, laluan melalui jambatan ini adalah percuma ya....
Ok... masing-masing dah puas hati eventhough its a short holiday... so jom balik KL.... Penang... till we meet again ya! Sayonara!
No comments:
Post a Comment