Monday, 3 March 2014

WEDDING 2014 (PART 2) - KUALA KANGSAR : PPOC HAZRUL AMIN ♥ EVANA SYIREEN

Hai semua..

Sebelum ini, aku ada update tentang majlis perkahwinan anggota PPOC Hazrul Amin yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Beruntung, Rawang. Kali ini aku akan update tentang majlis mereka yang berlangsung di kediaman keluarga pihak pengantin lelaki pula iaitu di Kuala Kangsar.

Memandangkan kami kenalan rapat, so ka i semestinya hadir ke kedua-dua belah majlis.

Kami memulakan perjalanan dari awal pagi lagi. Singgah Ipoh dahulu sebab masing-masing teringin sangat nak breakfast roti telur goyang yang sememangnya terkenal di Ipoh, Perak. Sanggup tuhh!

Selepas itu, kami pun meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Kami berkonvoi ke Kuala Kangsar bersama-sama krew PPOC Thundercats sekali. 



The convoi's!

Kami tiba di Kuala Kangsar sekitar tengah hari dan skemudiannya mengiringi pengantin perempuan ke kediaman pengantin lelaki.


Posing2 dengan pengantin sebelum pengantin berarak untuk bersanding...




Belanja gambar sket.. gelagat pengantin dan juga warga PPOC yang hadir memeriahkan majlis mereka... Tahniah diucapkan dan semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya.


Ni pula hadiah dari kami untuk pengantin baru... hehehe....  and tulisan kat kad tu hand made tau... sila terharu.... hahahaha.... sebab terlupa beli kad, so aku buat lah kad sendiri and tulis sendiri, dah lama tak buat tulisan cam tu, gigil jugak tangan masa awal-awal buat. 

Tamatnya majlis, kami PPOC Central terus shoot ke Penang, Makan angin namanya.... hajat hati kami nak lalu Jambatan kedua Pulau Pinang. Berjayakah kami mencapai hasrat ini? Nantikan update dalam episod seterusnya... cewah... ayat aku dah macam dalam rancangan Fear Factor pulak... hahaha.. 

Till we meet again.... will update later.... tungguuuuu...... 

1 comment: