Thursday 27 February 2014

WEDDING 2014 (PART 1 - BUKIT BERUNTUNG) : PPOC HAZRUL AMIN ♥ EVANA SYIREEN

Next entry... kali ini tentang majlis perkahwinan salah seorang anggota Proton Persona Owners Club iaitu Hazrul Amin dan pasangannya Evana Syireen. Majlis yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Bukit Beruntung dengan tema warna electric blue telah berlangsung dengan jayanya pada hari tersebut. Alhamdulillah.

Cam biasa, PPOC pastinya akan berkonvoi untuk ke rumah pengantin...

Jom kita konvoi... makan nasi kenduri...  nyum..nyum...



Macam biasa, marshal akan bertugas bagi memastikan kelancaran perjalanan krew-krew PPOC ke lokasi kejadian.

Konvoi PPOC membawa bersama rombongan keluarga pengantin lelaki iaitu keluarga Hazrul Amin. Pic ini menunjukkan ketibaan rombingan pengantin lelaki dan disambut oleh pengantin perempuan dan mereka berjalan bersama ke pelamin untuk bersanding.


Ini pula gelagat kami yang hadir pada hari tersebut. Sambil makan pun still boleh beri pose terbaik okey... sedap-sedap belaka lauk kenduri Hazrul Amin dan Evana Syireen... nak tapau boleh tak? Hahaha... gelojoh, sungguh tak senonoh perangai kan kan kan....


Kebiasaanya, lebih-lebih lagi di musim perkahwinan masa kini, mesti akan ada photo booth kan? Benda ini dah tak asing lagi di kalangan pengantin masa kini, kalau tak de photo booth tu cam kekurangan sesuatu je kan... begitu juga untuk majlis mereka berdua kali ini... mesti lah ada photo booth. A very cute and simple photobooth sebenarnya... satu section yang simple, yang memuatkan koleksi foto mereka berdua sepanjang bercinta hingga ke jinjang pelamin. Turut disertakan, props untuk tetamu bergambar dan guest book untuk tetamu meninggalkan ucapan tahniah buat mereka... Macam biasa lah, kami geng-geng PPOc pastinya akan buat havoc ala-ala majlis sendiri kat photobooth tu haha...



Sebahagian gelagat kami yang sempat dirakamkan dan dikompilasikan... nampak tak yang kitaorang memang selamba sesangat.... selamba je belasah semua props yang ada dan posing puas-puas... peduli apa orang nak kata, janji kita enjoy, yang penting kita semua berkongsi kegembiraan dengan kebahagiaan rakan... betul tak?



2 pasangan nie memang dah tak sabar naik pelamin sebenarnya ahahahaa... daring kan? Selamba je terus terang... gambar pertama tu aku dan si dia la, gambar kedua is Adam dan Sue... yeah, sape tak nak kahwin kan? Erm, tu oun ada orang tak puas hati lagi dengan aku, sibuk skodeng life aku... huh.. eh apa aku merapu nie? Fokus Nadia, fokus.. cerita sal itu, nanti kita cerita kat entry lain, hokey... 

Apapun doa-doakan kami ya... yang berniat buruk, just keep your mouth shut.


Ini acara kemuncak pada majlis persandingan tersebut. Upacara pemotongan kek. Cantik kan warna kek mereka? Blue colour gituhhh...

Apapun, doa kami warga PPOC, semoga kalian berdua kekal berbahagia hingga ke akhir nyawa... keep loving each other.... semoga dikurniakan cahaya mata yang comel-comel dan kehidupan korang bahagia bersama dunia akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tunggu kami datang lagi di majlis sebelah keluarga Hazrul Amin di Kuala Kangsar yang akan berlangsung awal Mac 2014 ini....

See ya!

1 comment:

  1. haha minah evana ni famous siot.kejap jantan itu kejap jantan ini

    ReplyDelete