Friday 20 December 2013

Pengalaman Renew Passport Di UTC Pudu Sentral


Renew passport? Woooweee... mana mau pegi tu?

Hehe... jawapannya, biarlah rahsia... tiba saat dn ketikanya, korang baca lah kat blog nie... ngeeee....

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman pertama kali aku renew passport sendirian di UTC KL nie. Apa itu UTC? UTC juga dikenali sebagai Pusat Transformasi Bandar dimana ia menempatkan hampir semua jabatan kerajaan dan semi kerajaan di sini untuk kemudahan semua. Ya lah, mudah kan, tak payah lah kita ke sana sini, semuanya ada di bawah satu bumbung.


Aku tiba di UTC Pudu Sentral kira-kira jam 11.30 pagi. Pada yang nak renew passport, boleh lah trus ke Tingkat 2 ya... banyak jabatan ada di sini selain dari Jabatan Imigresen...

Lihat gambar yang aku paparkan itu.. Nombor giliran 1193. Sempat lah untuk ambil gambar di kedai hujung sekali... kena ambil gambar ya u ollss... kali ni background putih pula... RM12 bayaran yang dikenakan. 

Servis agak pantas juga, selepas pemprosesan, kita kena menunggu nombor dipanggil sekali lagi di Kaunter 9 untuk pembayaran. Everything went smoothly sehingga lah di kaunter pengutipan passport. Aku pun tidak pasti kenapa, apabila hampir 30 minit juga tiada kakitangan bertugas di kaunter tersebut, membuatkan kita perlu menunggu lebih lama dan keadaan semakin sesak dengan orang ramai yang semkin bertambah menunggu giliran untuk mengambil passport masing-masing. Harap dapat diperbaiki hendaknya... especially di saat-saat waktu puncak, sepatutnya ada 2 orang yang menjaga kaunter, bukan seorang sahaja.

Kesimpulannya, sekurang-kurangnya 4 jam diperlukan untuk perbaharui passport di UTC Pudu Sentral. Hurmm... memenatkan juga... Dan pendapat aku, kakitangan Jabatan Imigresen banyak membuang masa ketika sesi penyerahan passport. Mungkin tidak cukup staff barangkali.

So pada korang semua yang nak renew passport atau ada sebarang urusan lain, boleh juga ke UTC sebagai alternatif. Tapi kalau dah namanya korang buat kat KL nie, kat mana-mana pun memang sesak dan dinasihatkan agar apply leave lah ya...

Itu sahaja buat masa ini... Jumpa lagi ya kawan-kawan....

2 comments:

  1. hm.. bgus la tu kn kalau servis cepat. hihi

    ReplyDelete
  2. Bulan puasa tutup awal pada pukul 5 pun tak diumumkan di internet...buta buta saya datang semalam. Hari ni saya sampe pukul dua n cuma selesai pukul 4.18...hati hati ya...kerana ada yg sampai pukul 3 tak dapat buat kerana nombor giliran sudah capai maksimum katanya...wow..macamna klu last minit bak guna passport. ..di kl ni tak sempat tahu nak ke tempat lain utk buat...

    ReplyDelete