Hye semuanya...
Hurmm.. bersawang nampaknya blog aku nie.. Dekat lebih sebulan aku tak update apa-apa... maknanya sejak bermulanya Ramdhan hinggalah berakhirnya Syawal yang mulia di tahun ini, langsung tiada apa-apa update dari aku.. Sorry u olls semua, since rumah kena pecah dan laptop dicuri, memang tiada kesempatan langsung nak update blog macam dulu-dulu.. Hurmmm.. sigh.. bila lah nak ada laptop semula nie.... Hurmm.. kena masuk dalam kategori wishlist...
My first entry setelah sekian lamanya tidak update apa-apa.... oklah, aku just review tentang sambutan Aidilfitri aku kali ini. Cam biasa, aku menyambutnya bersama keluarga, kekasih dan keluarga si dia.. Nothing much to say, nak ucap Salam Aidilfitri pun dah terlambat, hoho... so, meh lah layan beberapa koleksi gambarku. Aidilfitri kali ini juga, banyak open house rakan-rakan yang kami lewati... Thanks semua, sebab sudi jemput k\aku dan si dia ke open house korang... Tunggu open house kami next year, k... Insyaallah....
Ni pic mse otw nak ke open house rumah Zira.. kemain kan aku melaram, set rambut bagai... haha..
Open house rumah Zira dan Pejal... Thanks korang..
Next destination... Beraya di rumah Cak dan Kak Aja...
Ni antara open house paling meriah sekali... Rumah Cik Zilla.. Our S/U Admin PPOC... Mau tak meriah.. Khabarnya sampai awal subuh pun masih ada yang bertandang... kelassss kauuuu!!!
My Best Friend's Open House... Pasangan pengantin baru yang pernah aku kongsikan cerita perkahwinannya dalam blog aku ini... Semestinya antara open house yang menjadi pilihan ramai, kerana sang suami adalah chef di Hilton Kl... Memang sedap lah masakannya... Yummy.. I love the macaroni soooooo muchhhh....
Seterusnya, open house rumah Kaduk Lukman, one of our good friend juga.. Unik sebab hidangan kali ini adalah yong tau fuu.. Terbaik bro!
Open house Dauz Marcello dan isteri, Zana.. Dauz, salah seorang photographer untuk PPOC yang tidak asing lagi.. Hehe.. nanti nak book dia for my special ocassion juga, insyaallah.
Itulah dia, ceritera Aidilfitri 2013 aku... Warna -warni Aidilfitri ku. Alhamdulillah, Syawal kali ini aku bahagia... Terima Kasih Semuanya.... Semoga berkekalan selamanya....
No comments:
Post a Comment