Thursday, 12 September 2013

Morning Drive @ Jay Bee

Ini sambungan entry aku tentang jelajah Sahur PPOC Southern bersama anak-anak yatim dari Rumah Barkat, Johor Bahru.

Tetapi sambungan kali ini tidak ada kena-mengena dengan event yang berlangsung itu. Macam biasalah, stelah tamatnya majlis, kami bercadang untuk pusing-pusing sekitar Johor Bahru sebelum masing-masing meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.

Perancangan awal ku, mahu jalan-jalan sekitar Johor Bahru terlebih dahulu. Nak singgah rumah kakak angkatku, kemudian berjalan-jalan shopping di Johor Premium Outlet dan berbuka pula di Restoran ZZ. Orang Johor pastinya tahu lokasi yang aku sebutkan tadi. Tetapi memandangkan ramai crew yang keletihan, so kami bercadang untuk pusing-pusing sekitar Johor Bahru, dan kemudian pulang ke Kuala Lumpur. Kalau orang lain jogging, kami pulak sekadar melakukan morning drive.. bukan morning jog tau... erkkk sungguh tak sihat lah aktiviti kami hahaha!

Meh la kita layan koleksi gambar kami berposing-posing di few hot spots di sekitar JB nie. Aku pun dah terikut sekali ala-ala pelancong yang tak pernah jejak Johor Bahru.. padahal...... Hey I am Johorean okey!


Mula-mula kami bergambar di sini.... Buat korang yang tak pernah sampai sini lagi, dari sini kita boleh melihat Singapura... Hoyeahhh.. alahai, dekat tul dengan tempat kerja aku satu masa dahulu....







Selepas itu, kami terus sahaja ke Danga Bay.. Posing-posing kat sini dengan kereta pula... Layankan je lah yea haha....


Last but not least, kita singgah legoland dulu, tapi dapat amik gambar kat luar je lah, tu pun jauh glerrrr, x nampak wordings Legoland tuhh.. Masing-masing dah lemau nak masuk parking, so tepi jalan pun jadi lah... Aku orang Johor, so da biasa dah... Hehe...

Pape pun, memang seronok bersama kalian semua.. Next time kita plan betul2 trip ke Johor Bahru yea.... Banyak tempat aku boleh bawak korang....

See ya!

No comments:

Post a Comment