2 stories in 1 entry!
Nampak sangat aku dah penat nak mengupload gambar, dan merapu merepek meraban kat blog njie.. Haha! Sorry lah kawan-kawan semua, I am rushing indeed, tapi dalam masa sama tetap nak melepaskan rindu mengomel kat blog kesayangan nie...
Ini tentang event MerdekaRaya yang dianjurkan PPOC Northern. Haa.. nampak tak, best kan join kelab PPOC nie, sebab kita boleh ke serata Malaysia, saling sokong menyokong event yang dianjurkan oleh setiap region. So u olls yang membaca blog nie, kalau ada kereta Persona atau ada kengkawan yang ada Persona, mari lah join kelab kami nie, just jot down your comments di ruangan komen, kalau boleh tinggalkan lah nama dan email untuk dihubungi ke kan, sebabb mostly yang bertanya sebelum ini, tak letak maklumat yang boleh dihubungi semula, so susah la kan.. Ngeee.. promosi kelab sendiri jap...
Ok, sambung cerita...
Memandangkan sambutan Aidilfitri dijalankan ketika negara kita menyambut kemerdekaannya, maka atas sebab itulah ia diberi nama MerdekaRaya 2013. Memandangkan kami yang dari Central nie semuanya bercuti, maka kami pun berkonvoi ke Pulau Pinang. Sambil beraya, sambil kita berjalan sekitar Penang... Jom!
Ni gambar ketika kami sedang siap-siap mahu berkonvoi ke Pualau Pinang... Oh excited bangat!
Kami bertolak kira-kira jam 11 malam dan tiba pada pukul 4 pagi. Pada asalnya ada 2 kumpulan konvoi. Kumpulan pertama bergerak lebih awal, dan kami dalam konvoi kedua. Namun akhirnya, kami yang dari konvoi kedua bertemu dengan konvoi pertama, so apalagi, kasi jalan sama lorrr....
Ini pic kami bertiga... tiga sekawan lah katakan... Berposing dengan kereta masing-masing... Amacam, ada gaya retis tak? Hihihi...
Few pics from Cik Zilla, team media PPOC merangkap S/U Admin PPOC.. Hehe, pic aku ada dalam note, malas giler nak sambung dengan kabel... haa ni lah dia blogger paling malas kuasa 4... hihi...
Apapun, kami semua enjoy sekali dengan jamuan raya MedekaRaya anjuran PPOC Northern ini. Sebenarnya, ada 2 event pada hari yang sama, kebanyakan antara kami terus bergegas ke autoshow bagi memberi sokongan pada rakan-rakan yang bertanding, namun kami agak keletihan di samping kami perlu menyelesaikan masalah berkenaan kediaman.
Pada sebelah malamnya, kami lepak-lepak makan di Padang Kota. Pasembur satu! Yummy!
Itu cerita yang pertama... Cerita kedua... Jom berjimba-jimba di Bukit Bendera.... Nampaknya, ini kali kedua aku kesini dalam tempoh setahun.... Yee haaa....
Mula-mula kita posing dulu.... Gegurls with gegurls.. Boboy dgn boboy...
Jom kita gerak ke Bukit Bendera... Sambil jalan pun nak posing... no comment ahhh....
Dah sampai! Posing berdua dulu...
Muka-muka excited dah dapat tiket nak naik cable car... Posing tetap posing.... pantang jumpa camera....
Perhatikan pakcik dalam pic nie.. Hehe pakcik pun nak enter frame yea...
Ini masa dalam cable car... Siap sedia semua... Cable car nak berangkat nie.... Peace, say cheese...kita snap pic dulu hihihi... apapun, memang terbaik lah pengalaman jejalan kali nie, memang riuh dibuatnya denga gelak tawa dan ragam masing-masing.. Haha.. geng sempoi kan?
Sebahagian aksi masing-masing ketika di puncak Bukit Bendera... Best nya... tak pernah rasa jemu untuk ke sini. Rasa nak pergi lagi dan lagiiiiii..... Next plan yea.. Again! Haha!
Ini masa dah turun... Hujan mula membasahi bumi Pulau Pinang ketika ini, seakan-akan bersedih kerana kami semua akan kembali pulang ke KL dan Ipoh.. Haha perasan lah kau! Asalnya kami bercadang untuk jalan-jalan sekitar Batu Feringhi, tetapi memandangkan hujan turun dengan lebatnya, maka kami terus ke Georgetown untuk menjamu selera di Gurney Drive, dan terus pulang ke Ipoh dan KL.
Apa pun, trip kali ini leh lah di kategorikan antara yang sangat menyeronokkan sekali. Ditambah dengan geng -geng sekepala semuanya, memang havoc la kan!
Kawan-kawan semua, let's plan for next trip! Ngeee.....
No comments:
Post a Comment