Tuesday 2 July 2013

Final Episod Teduhan Kasih @ RASTA TTDI

Yuhuuuu... baca tajuk blog kali nie.. Amacam gempaq tak??? Mesti korang nak tahu apa ceritanya kan...

Yes, seperti yang semua sedia maklum, hari ini merupakan tayangan episod terakhir untuk drama di Slot Akasia iaitu Teduhan Kasih. Pastinya ramai yang layan drama nie kan, mesti ramai suka dengan gelagat manja Iffa dan Ehsan (lakonan Sherry Ibrahim dan Adi Putra). Malah lakonan Ayu (Nabila Huda) dan Kak Long (Zarina Zainoordin) turut mengundang rasa benci dan marah di hati kita semua. Setuju?

Atas faktor drama ini yang mendapat sambutan amat hebat di kalangan para penonton, maka TV3 mengadakan tayangan episod terakhir buat peminat drama ini di RASTA Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. malah drama ini ditayangkan sejam awal dari waktu tayangan sebenar di TV3, khas buat peminat drama ini. Best kan? Di saat-saat korang baru nak start tengok, kami di sini dah tahu endingnya.. hehe.. Jeng.. Jeng.. Jeng....

Sebelum tayangan episod akhir ini, turut memeriahkan suasana adalah para pelakon yang berlakon dalam drama ini. Adi Putra, Sherry Ibrahim, Nabila Huda, Liza Abdullah, Julia Ziegler merupakan antara artis yang hadir memeriahkan majlis ini. Jom layan gambar-gambar dari kami yang menceritakan suasana di sana dan pose khas dari para artis.


Gigih tul dorang beratur nak dapatkan seat VIP. Pada asalnya kitaorang tak nak beratur pun, just nak snap pic je.. Tapi bila tengok seolah-olah ada peluang lagi nak masuk, so we just join the crowd. yeyy dapat meja VIP...


Dapat poskad khas Teduhan Kasih. Sila jangan jeles..


Ini adalah bukti bahawa kekasih aku ni peminat setia drama Teduhan Kasih. Siap dapat jawap soalan dengan betul lagi.. Nampak sangat layan drama kan... Siapa kata orang lelaki tak layan drama Melayu? Haha..




Kak Long aka Zarina Zainoordin in the house. Dia memang cantik and dalam masa sama, kelakar!


Ini pelakon Liza Abdullah, yang berlakon sebagai mak Rizal.









Layan lah pic Ehsan dan Iffa yea... (Adi Putra & Sherry Ibrahim in da house)... Rupanya Adi Putra kurus je.. kalau dalam drama nampak cam tough plak. But Sherry Ibrahim memang cantik sekali. Manis wajahnya...




Kemuncaknya, selepas berakirnya tayangan episod akhir Teduhan Kasih, telah diadakan sesi menandatangani autograf khas buat mereka yang mendapat novel percuma. So, harus lah gigih my cik abang beratur... Cayalah...


Finally.. Tu dia... tandatangan dari para pelakon handalan drama Teduhan Kasih. Memang terbaik... Satu kenangan manis buat aku dan rakan-rakanku. Ditambah pula dengan episod akhir Teduhan Kasih yang pastinya korang semua dah tahu saat ini kan? MEMANG BEST DAN PUAS HATI SANGAT-SANGAT.

Itulah dia.. ceritera perjalanan kami menerjah pelakon Teduhan Kasih. Terbaik! Ermm kawan-kawan, lepas ni nak kejar artis mana pula ya? Ho ho!

Till we meet again... Chiaoo!

2 comments:

  1. yup yup citer ni mmg sgt sgt terbaek!!! huhu xdpt join smlm jmp pelakon2 hebat tuh...klu g sure sweet moment cam u juge..arghhhhhhhhhh jeles awk jmp ABG IHSAN sy!!!!!! ;'( grrr haha

    ReplyDelete
  2. Hehe Sizzling Suzai... abg Ihsan awak yea.... alololo.... next time boleh jumpa dia hehe.... anyway thanks sudi singgah n komen....:-)

    ReplyDelete