Assalamualaikum semuanya...
Kali nie rajin dan laju je aku update, sebab majlis kali ini melibatkan penyatuan dua hati antara 2 rakan karib aku di dalam team PPOC. Lily dan Khalis. So harus lah lajuaku meng-update segala cerita tentang majlis perkahwinan mereka kali ini.
Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan pada 31 Mei 2013, iaitu bersamaan pada Jumaat lalu, namun aku tidak menghadiri majlis pernikahan mereka. Maka dalam entri kali ini, aku akan update serba sedikit story tentang majlis persandingan mereka yang berlangsung di kediaman keluarga pihak perempuan iaitu Lily yang bertempat di Hulu Langat.
Kami, warga PPOC memulakan perjalanan secara berkonvoi kira-kira jam 1.30 petang. Semangat berkobar-kobar nak tengok member rapat sendiri bersanding nie...
Kami tiba di kediaman pengantin perempuan kira-kira jam 2 petang.Okey,jom layan gambar-gambaryang sempat aku snap untuk tatapan semua.
Ni muka poyo aku sibuk nak snap pic sendiri.. Bukan niat nak perasan lawa macam sesetengah orang okey... Just is my passion... suka bergambar... huhu...
Rombongan Cik Kiah ke kenduri kahwin Lily dan Khalis dah sampai....
Sebelum tu, meh lah tulis ucapan buat pasangan pengantin. Semoga jodoh berpanjangan hingga ke akhir nafas. Amin.
Sekitar sesi pengantin bergambar bersama keluarga dan teman-teman sekalian.
Jemput makan ya.. Makanan yang disediakan pihak katering memang sedap sangat-sangat. Thumbs up... Air pun sedap dan menyegarkan, sesuai lah dengan cuaca yang agak panas ketika itu. Cendol pun ada... And yang paling aku suka ialah kek gulung dan kuih seri muka... Sedapnya...
Ini gelagat kami semua,team PPOC. Macam-macam gaya... Yang bercinta dengan aksi manja masing-masing. Yang berkaraoke, yang melatah, semua ada. Bermacam rupa, pelbagai gaya... Hehe...
Last but not least, ini koleksi kami berfotografi dengan pasangan mempelai yang sama cantik dan sama padan itu.. Cam biasa, kami sentiasa meriah dan havoc gituhh.. Geng selamba dan sempoi yang bikin huru-hara kat pelamin hehe, biasalah semuanya excited gituhh... Tapi aku tahu, cameraman suka kami semua hahahaha...
Tak sabar nak tunggu pic-pic from cameraman pulak. Ceh bajet lak konon-konon muka kami semua masuk sekali.. Hehe..
Okey, till we meet again.. Next round... Minggu hadapan, di Perak pula. Kali ini kenduri bagi pihak lelaki pula iaitu Khalis. Klik! Klik! Klik! Tak sabar nak snap pic lagi....
Wait for my update yeah.. See ya!
No comments:
Post a Comment