Hye semua...
Seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ini, tibalah masanya untuk aku update tentang majlis perkahwinan teman rapat aku iaitu Lily dan Khalis. Kali ini majlis bagi pihak lelaki pula yang berlangsung di Ipoh pada 8 Jun 2013 yang lepas.
Aku dan si dia gerak ke Ipoh pada hari Jumaat. Crew-crew PPOC Central yang lain pula bertolak dari Kuala Lumpur ke Ipoh pada pagi Sabtu, 8 Jun 2013.
Kami berkonvoi dari hotel ke Meetpoint pertama di sekitar kawasan Ipoh sebelum kami ke rumah pengantin lelaki untuk berkonvoi beramai-ramai ke dewan berlangsungnya majlis persandingan tersebut.
Semangat giler aku beli baju kaftan siap buat rambut curly tuk majlis kali ini.. Hehe sekali sekala melaram ala-alamak datin atau artis, apa salahnya kan!
Ini ketika kami berkonvoi di sekitar bandar Ipoh, menuju ke meetpoint pertama.
Posing puas-puas dulu dengan pengantin sebelum kami siap-siap berkonvoi ke dewan berlangsungnya majlis persandingan mereka. Oh ya, konvoi kali ini turut dikawal oleh pihak polis trafik yang bertugas.
Kereta pengantin yang ikhlas dan gigih berkhidmat untuk warga PPOC yang berkahwin. Tuan empunya kereta bila pula ya?
Berkonvoi ke Dewan Banquet, dimana berlangsungnya majlis persandingan tersebut.
Pasangan pengantin yang sama cantik sama padan, korang sangat-sangat comel and sweet... Tema kali ini hijau putih, I like!
Doorgift dari pengantin buat semua tetamu.. Thanks, marble cake sangat sedap. Terbaik!
Ini aksi-aksi team PPOC yang hadir memeriahkan majlis. Posing dan bergambar memang hobi kami semua... Hehe..
Last but not least, aku sajikan pada korang semua koleksi pic kami bergambar beramai-ramai bersama kedua mempelai. Well, inilah kami... This is Proton Persona Owners Club Team, yeahhh!
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur sejurus selepas masing-masing menjamu selera dan selesai beramah mesra bersama kedua pengantin. Suppose plan asalnya memang mahu stay di Ipoh hingga keesokan harinya, tetapi kami terpaksa membatalkan perancangan tersebut kerana majoriti yang hadir di Ipoh ini terlibat dengan jemputan show off oleh pihak Speed City KL. Satu lagi penghormatan buat kami, team PPOC.
Nak tengok ceritera kami di Speed City pada sebelah malamnya? NANTIKANNYA YA....
waaaaah!!
ReplyDeletemeriah giler blog awk :) ad snow pink ...
nasihat cinta dr sy :)
http://melangkaugarisan.blogspot.com/2013/06/nasihat1-bf-panas-baran.html
mana2 xreport lagi fan group tu report ea. makin belambak plak gambar prempuan dlm tu yg xsenonoh diorg curi =.=