Monday, 6 May 2013

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 + My Opinion...

Seperti yang umum ketahui, semalam telah berlangsungnya pilihanraya umum ke-13 dan keputusannya juga telah diketahui dimana Barisan Nasional menang dan kekal membentuk kerajaan Malaysia. Tahniah pada semua yang memenangi pilihanraya semalam tanpa mengira dari parti mana sekalipun.



Untuk keputusan terkini, korang semua boleh lah klik link ini.... 


Keputusan pilihanraya semalam, walaupun menyaksikan BN menang majoriti, namun ia suatu petanda yang agak merunsingkan apabila kaum Cina bersatu-padu kali ini. Ermm, aku bukanlah seorang yang taksub politik, dan kalau boleh aku tidak mahu komen lebih berkenaan hal ini. Namun, apa pun, Perdana Menteri kita perlu melakukan sesuatu bagi memastikan sokongan padu untuk pilihanraya yang bakal menjelang 5 tahun lagi. Bukan soal racist atau apa, tetapi dewasa ini, kaum Melayu berpecah sesama kita, malah ada yang menjadi tali barut dan alat permainan pihak lain.. Sedih kan? 

Diharapkan selepas pilihanraya kali ini, kita akan lebih teguh bersatu dan lebih bijak menilai apa yang terbaik buat bangsa dan negara kita. Jangan sampai kita kehilangan tempat berteduh di negara kita sendiri. Percanggahan pendapat dan emosi hanya merugikan kita semua sahaja, justeru, bangkitlah semua, mari kita sama-sama kembali teguh memajukan bangsa dan negara kita, belajar dari kesilapan lalu, kutip pengalaman dan pelajaran yang telah dihidangkan buat kita hari ini.. Satu pengajaran yang amat berharga sebenarnya.... Aku sendiri terkejut malah hurmmm hati berdetik... we have to do something.. Ini bukan soal racist, sebab aku tahu pasti ada yang berkata, jangan up story yang seolah-olah kita bersifat perkauman, tunjukkan tauladan yang baik buat kaum lain, kita kan 1 Malaysia... Yea cik kak, kita 1 Malaysia, kita berkongsi segalanya di bawah 1 bumbung yang sama, tetapi kita tetap perlu belajar erti perpaduan dan maksud tersirat di sebalik pepatah "Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh". 

Apa sekalipun, aku sayangkan Malaysia, tanah tumpahnya darahku ini. Aku sendiri tak faham dengan segelintir mereka terutama yang berbangsa Melayu yang menentang dan menghancurkan kaum sendiri juga. Apa yang kalian mahu pertahankan dan perjuangkan sebenarnya? Jangan jadi MACAI je bro... Phrase ini memang aku tujukan khas buat semua yang telah berjaya mencipta perpecahan sesama kita. 

Kalau di lihat di news feed Facebook, amboi kemain lagi.. Ada yang dah siap letak DP berwarna hitam.. Kenapa bro? Masa depan yang gelap adalah di tangan kita, kita yang merencanakannya. Berhentilah merapu bersama fakta yang tidak jitu, anda hanya membikin geli hati dan membuat bangsa lain tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala.. Ini MAKANnya... Kata mereka lah... 

So renung-renungkan dan selamat berfikir dengan waras. Kalau boleh, aku nak cerita panjang lagi,  tapi looks as masa tak mengizinkan pulak, so apa-apa pun, fikirkanlah, take it as a lesson. Untuk para pemimpin kita, semoga Malaysia akan terus menerima arus permodenan dan kemajuan dan terus gah di mata dunia. We support you... #BetterNation.

MAAF KALAU PENULISAN KALI INI MENYINGGUNG MANA-MANA PIHAK. INI PENDAPAT SAYA, SAYA BEBAS BERKATA-KATA DI SINI. KALAU ADA YANG TAK PUAS HATI TU, MAAF LAH.. DOA SAYA SEMOGA SATU HARI NANTI DIBUKAKAN PINTU HATI ANDA UNTUK MEMAHAMI SEMUA INI. APAPUN, YANG BURUK PASTINYA DARI SAYA, YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH...







No comments:

Post a Comment