Sunday, 5 May 2013

Day 2 - Jalan-Jalan Kuala Terengganu...

Heyy yaaa! Nampaknya aku ada masa untuk berstory-mory tentang pengembaraan kami berjalan-jalan di Kuala Terengganu pada hari kedua kami di sini sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

So kita mulakan pagi Ahad yang indah dengan mencari sarapan di sekitar Kemaman sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.


Mulakan pagi anda dengan senaman senyum-senyum Gwiyomi... Haha...


Ni breakfast aku... Roti kukus.. memang sedap dan lembut gebu roti nya..Budak-budak lain ada yang sarapan nasi campur dan sebagainya. 

Gaya budak-budak PPOC...


Ini ketika kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu. Perjalanan mengambil masa kira-kira 2 jam lebih juga, hurmm memandangkan ketika kami bertandang ke Terengganu adalah ketika musim kempen pilihanraya, maka terteralah bendera-bendera parti politik di sepnjang jalan raya. Maaf saya bukan penyokong parti PAS hahaha.. Opps jangan marah yea... Oh ya... destinasi pertama kami di Kuala Terengganu adalah bertandang ke rumah salah seorang rakan PPOC Central kami yang berasal dari Kuala terengganu. Yoo Mubun nama diberi, thank you beb sebab sudi jemput kami ke rumah anda dan menjamu kami dengan masakan ibumu yang sememangnya enak sekali!


Kat depan rumah orang pun korang nak posing kan... Haha.. Ni ketika kami tiba di rumah Yoo Mubin.


Lauk-pauk yang dihidangkan oleh ibu Yoo Mubin bagi menyambut kedatangan kami... Kelass! memang sedap! Thank You friend!





Lepas pekena nasi, jom kita minum air kelapa, dan makan isi kelapa muda... Nyummm! Sungguh menyegarkan, lebih-lebih lagi cuaca yang maha panas ketika itu...


Last but not least, terima kasih diucapkan pada family Yoo Mubin yang sudi melayan kami semua yang pelbagai karenah ini...

Ok jom teruskan lagi... Next destination.. Masjid Terapung.



















Koleksi gambar berposing di Masjid Terapung... Macam-macam gaya dorang nie.. pelik nape tak jadi model korang nie semua... kalau tak mesti model berjaya lagi ternama kan...


Next destination.... jom shopping keropok lekor.. Lokasi Bukit Tok Beng... Haaa kelas kau kat sini.. siap kena amik nombor, dah macam kat bank pulak... Tapi servis memang slow glerrr... eiiii menyirap je darah aku... Tak tau la slow sebab customer borong terlampau banyak atau servis mereka yang bertugas tu sendiri.... Ermmm... In the end, kami beli keropok lekor yang da siap di vakum (entah aku pun tak berapa faham), cuma apa yang aku faham ialah ia sudah disiap bungkus, tak la se-fresh seperti yang kita kena queue tunggu nombor tu.... 

Tapi apa-apapun, keropok lekor di sini memang terbaik. AKu dah siap goreng dah.. Malah sos dia pun sedap...


Just nak share dengan korang semua... Ini Cheezy Lekor namanya... Rasanya? Ermm x berapa sedap... oppss jangan aku kena saman pas ni dah lah.. Tapi aku jujur nie, memang biasa2 jerr, cheese nyerr pun sikit lah sangat....







Destinasi kedua akhir kami ialah di Pantai Tok Jembal (maaf kalau silap, aku lupa oopppsss apa punya blogger lah aku nie kan)... Kat sini, kami makan udang, sotong dan ikan yang digoreng celup tepung... Ermmm sedappppp.... Puas rasanya dapat makan sotong celup tepung, haaa bercakap tentang sotong celup tepung, ini memang feveret food aku dan setiap kali aku request this food kat KL, asyik habis.. habis... habis.. kesian kan? Rupa-rupanya aku hanya akan dapat menuai keinginan aku di Terengganu.. jauh bebenor lah haiiii...

Apapun, thanks buat PPOC Eastern Crew yang sudi lepak bersama, malah difahamkan, makanan kami untuk petang itu ditaja sepenuhnya oleh mereka.. Whoahahaha! Terbaekkk... Thank You, Geng...














Dan.. ini last destination kami malam itu sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur... MASJID KRISTAL!

Actually, this is one of my dream destination.. Alhamdulillah... tercapai sudah... Masjid Kristal memang cantik bila di malam hari. Da ala-ala Zoe Zen pun ada, penuh dengan lampu lip lap lip lap.... Cantik...

Apapun... perjalanan ke Terengganu memang best walau bikin mahu patah pinggang wooo! Kami bergerak pulang kira-kira jam 11 malam dan selamat tiba di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 pagi... Argghhh penattt tapi cukup memuaskan dan menggembirakan...

P/S : Jom plan trip lagi... Yeehaaa!







1 comment: