Thursday, 2 May 2013

Day 1 - Autoshow + Jalan2 @ Kemaman, Terengganu

Hye... salam semua... kali ini aku nak cerita tentang perjalanan aku ke Terengganu... Na na na na na.. Ganu kiterrrrr...

See... best kan join PPOC nie, selain menambah ramai kenalan dari serata Malaysia, kita juga dapat melancong, melencong, bersiar-siar dan semua yang seangkatan dengannya... Peace yoo!

Kali ini, kami ke Terengganu kerana memeriahkan jemputan autoshow event dari KW Motorsport. So apa lagi, meh aku belanja gambar la ya....


Kami memulakan perjalanan pada awal Sabtu pagi kira-kira jam 3pagi. perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kemaman mengambil masa 5 jam (campur tolak waktu berhenti rehat dan sebagainya). Kami tiba di Kemaman dan di sambut oleh crew dari Kemaman kira-kira jam 8 pagi dan terus bersiap-siap serta bersarapan di sana.







Ni masa kitaorang dah siap... And sedang menanti crew Kemaman untuk iringi kami ke lokasi kejadian.. Posing ala-ala Gwiyomi dulu hehe...











Ini ketika di second meetpoint di mana kami menunggu lagi kedatangan crew Kemaman untuk sama-sama berkonvoi ke lokasi autoshow.


Lepas tiba di lokasi berlangsungnya autoshow, kami menjamu selera di gerai berhampiran. Menu kami ialah Nasi Kukus Ayam Dara... Ermmm boleh tahan sedap juga....
























Ini koleksi pic kami sekitar autoshow tersebut...Beribu gaya... bermacam rupa.. haha...


Ok ... now aku nak tunjuk homestay tempat tinggal kami. Kami tinggal di Rumah Rehat Bank Rakyat yang terletak di Kemaman. Memang best tempatnya, rumah banglo yang ada swimmping pool dan memang lengkap serba-serbi. Best!! Kawasan rumah yang kami diami juga berhampiran dengan Pantai Teluk Mak Nik. 










Ini pula aktiviti petang kami setelah masing-masing merehatkan diri selepas pulang dari autoshow... Jalan-jalan di tepi pantai.. Buat kami yang sukakan pantai dan keindahan alam, aktiviti ini sememangnya mampu menenangkan fikiran dan menggembirakan kami semua. Malah, tidak dinafikan bahawa pantai di Terengganu memang bersih dan cantik sekali. Air nya yang kebiruan pasti menggamit hati untuk kembali lagi ke destinasi ini satu hari nanti.




Lepas dah penat berjalan di tepi pantai, apa lagi, jom pekena keropok dan ABC seketika. Memang terbaeeekkkk lahhhh!!! Thumbs up!













Dan aktiviti penutup kami untuk hari pertama di Terengganu ialah BBQ dan mandi-manda bersama PPOC Eastern Crews. So macam biasalah, suasana riuh-rendah dengan suara gelak tawa masing-masing yang sibuk bermandi-manda di dalam kolam renang selain beramah mesra sambil menjamu selera. 

Buat PPOC Eastern Crew, terima kasih kerana melayan karenah kami semua... Next event kita jumpa lagi dan jemputlah ke KL jika berkelapangan.

Oppss... jelajah kami di Terengganu masih belum berakhir.. Ini baru ceritera penjelajahan kami pada hari pertama... Tunggu episod seterusnya untuk penjelajahan hari kedua dan terakhir di Terengganu. Tunggu tau!!

Na na na na na.. Ganu kiterrrr.....








1 comment: