Hai... Hai..!
Bertemu kita sekali lagi yea kawan-kawan semua... Kali ini aku tak nak cerita sal apa-apa aktiviti aku berjalan horaaa horeyyy sana sini.. Entri kali nie special sket sebab aku nak bercerita tentang produk-produk kecantikan yang telah aku gunakan selama ini dan keberkesanannya...
Okey, mula-mula sekali kita mulakan dengan set penjagaan muka yang aku gunakan. Aku menggunakan satu set penjagaan muka jenama Safi Rania Gold. Al maklumlah umur pun dah tak berpaa nak remaja sangat (walau muka still nampak muda remaja, whoahahahaha perasan lebey!).. So adalah di sarankan memulakan penjagaan kulit sebaiknya, supaya tidak kedut sana sini dan tampak tua sebelum tiba masanya.
Fist of all, aku menggunakan pencuci mukanya.. Aku pilih PEMBERSIH WAJAH LEMBAPAN MENDALAM.
Haa ni dia produknya.. Memang bagus, bau pun wangi malah korang akan rasa kulit lembap dan terasa segar selepas mencuci muka dengannya.
Selepas itu mcm biasalah, kita akan meggunakan Toner untuk membuang lebihan minyak dan kotoran serta menutup pori-pori kulit yang terbuka. Simple, nie semua orang pun tahu...
Aku juga menggunakan Serum keluaran Safi Rania Gold nie. Memang bagus sebab ia membuatkan kulit kita lembap dan ia juga memperbaiki struktur kulit kita. So far, itulah perkembangan yang aku lihat sendiri pada kulit aku. Yang penting kulit dah tak berminyak lagi, sebab aku mempunyai masalah kulit mudah berminyak terutama di ruang Zon T.
Selepas menggunakan serum, baharulah disapukan pula Krim Pelembap Siang (untuk siang hari) dan Krim pelembap Malam (untuk malam hari). Kedua-dua krim ini pun bagus. Terutama bila aku sapukan Krim Pelembap Malam sebelum tidur, keesokannya apabila bangun dari tidur, kulit lebih anjal dan lembut sahaja. Best kan?
Krim Pelembap Malam ini akan merawat kulit kita dari dalam semasa kita sedang tidur. Korang amalkan lah selalu, Insyaallah korang akan dapat merasakan perubahannya.
Yang ini pula Eye Contour Cream dari Safi Rania Gold. Terus terang aku nyatakan di sini, inilah satu-satunya produk rawatan mata yang paling berkesan buat aku. Aku dah cuba macam-macam produk untuk menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata tapi semuanya menemui kegagalan. Tapi sejak menggunakan Safi Rania Gold Eye Contour Cream ini, lingkaran hitam bawah mata semakin berkurangan.. Memang aku happy lah... Dalam 2 minggu memang dah nampak lingkaran hitam semakin berkurangan. Ingat ayat aku nie..'berkurangan'... bukan hilang terus tau... So, aku memang akan meneruskan penggunaan produk-produk dari Safi Rania Gold nie. Sebab ia terbukti berkesan buat aku... Hehe...
Seterusnya pula, aku nak cerita dengan korang yang aku ada juga membeli Krim Malam Pure Marine Collagen. Krim nie dijual oleh seorang akak nie di facebook... Ia 100% dibuat dari rumpai laut asli dan tiada campuran bahan kimia langsung.
Dan apa yang aku ingin kongsikan di sini, krim nie memang sangat-sangat bagus dan berkesan. Aku beli 2, satu untuk aku, satu untuk si dia. Apa yang aku boleh komen is, wajah si dia yang penuh jeragat dan bekas-bekas chicken pox, mula hilang beransur-ansur. Si dia mengalami masalah kulit berminyak yang amat kritikal, but selepas penggunaan Krim Malam Pure Marine Collagen ini, minyak semakin berkurangan. Malah bahagian kulit di tepi hidung mula bersih. Alhamdulillah kan.... And as for me pula, aku tidak mempunyai sebarang masalah kritikal pada kulit namun hasil pemakaian Krim Malam Pure Marine Collagen ini membuatkan kulit kita merasa tegang dan lembap sentiasa. Let say ada satu hari tu, sebiji jerawat tumbuh di muka aku, dan aku terus menyapu krim ini pada sebelah malamnya. Amazing, keesokan paginya jerawat hilang sebegitu sahaja.. Hebat kan? So kawan-kawan semua, apa lagi yang korang tunggu.. cepat-cepat beli okey....
Ini link Facebook Kak Yatie yang menjual produk tersebut. A very friendly sister too... KLIK SINI.
Ini wajah si dia sebelum ini... Handsome tapi banyak bekas jerawat and chicken pox, dan sangat oily juga, al maklumlah namapun lelaki, mana lah menitikberatkan sangat penjagaan kulit wajah nie...
Ni jerr latest pic yg aku ada but korang leh nampak sendiri kan, parut semakin BERKURANGAN.... Dan tak lah nampak oily sangat walau dia berpanas... Kalau sebelum nie, hurmm pantang berpanas sket, hancur dah muka..... So thumbs up to these homemade product.
Last but not least, sebagai perempuan, kita perlu menjaga dalaman kita juga. Tak guna kalau luaran saja yang di titikberatkan, bagi yang berkemampuan, apa salahnya ambil supplement untuk kesegaran dan kesihatan dalaman badan kita. Satu lagi produk yang aku mahu rekemen disini iatu D'HERBS JUS PERAWAN GOLD.
Khasiat Juice Perawan D'Herbs :
Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
Menegang & mencerahkan kulit.
Melambatkan proses monopous.
Memberikan tenaga dalaman wanita.
Meningkatkan sistem imunisasi.
Mengurangkan senggugut.
Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.
Kandungan Juice Perawan D’Herbs :
Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.
Cara penggunaan Juice Perawan D’Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.
Cara penggunaan Juice Perawan D’Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.
2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.
3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.
Testimonial dari aku :
Produk D'HERBS ini memang bagus, terutama dalam merawat masalah keputihan, yea lah kita nie kaum wanita, kalau ada keputihan kenalah rawat dan cegah ia dari lebih teruk kerana masalah keputihan juga boleh menjadi kronik dan menyerang sistem peranakan kita. Malah dalam kes yang lebih teruk, seseorang itu boleh mandul atau mengalami kesukaran hamil hanya kerana masalah keputihan yang asalnya dianggap remeh. Selepas menggunakan produk ini, masalah keputihan terus hilang, malah aku juga merasa lebih sihat dan cergas tubuh badan. Selain dari itu, minuman Juice Perawan D'HERBS ini juga mampu menegangkan kembali punggung dan payudara kita kerana kandungan Pueraria Mirifica yang terdapat didalam minuman ini. Malah selera makan juga lebih terkawal dan tiada lagi masalah sembelit. So, boleh lah aku maintainkan sahaja badan dan berat badanku.
Yeahhh.. itulah produk kecantikan yang aku ambil demi kecantikan dan kesihatan diri... Tapi kalau dah nama pun beauty freak, mesti ada lagi produk yang sedang bermain-main dalam fikiran untuk dicuba kan? Yeahh.. 10 markah...
Perancangan aku dalam masa terdekat ini ialah aku mhu cuba produk Aura White. Nak biar gebu lagi. Dan keduanya is produk collagen keluaran Rita Rudaini iaitu RS Collagen. Insyaallah aku akan mencuba dalam masa terdekat ini sebagai makanan tambahan untuk kecantikan dan kesihatan kulit pula... Lepas tu aku akan buat testimoni lagi yea.. harap-harap berkesan hendaknya...
I WANT TO BE BEAUTIFUL AND STAY BEAUTIFUL ALWAYS. Aku sangat kagum dengan artis-artis dan mereka-mereka yang cuma insan biasa (bukan siapa-siapa, tak glamour pun), tetapi tetap sentiasa kelihatan cantik, gebu, mulus dan sebagainya. Dan aku mahu menjadi sebahagian daripada mereka satu hari nanti. Insyaallah.
Oh ya... last but not least, jangan lupa 'cantikkan' hati dan dalaman kita juga, barulah kecantikan itu benar-benar terserlah... Luar dan dalam. Selamat mencuba!
ingatkan bapak dia dah.....
ReplyDeleteBapak apa ya cik tak bernama?ada masalah ke?
DeleteRespect and I have a super give: Where To Buy Houses For Renovation contractor for home renovation
ReplyDelete