Hai hai.. I am back for good! And of courrse... with more new updates...
Guess aku pergi mana last week... yeahhh kalau dah tajuk nya Festival kenyir, maknanya pergi Tasik kenyir lah.. Yippie! Jalan-jalan lagi.. And untuk pengetahuan korang, Tasik Kenyir adalah salah satu destinasi pelancongan yang aku amat idam-idamkan untuk menjejakkan kaki di sana, dan alhamdulillah... my dreams come true....
Asalnya, tak de apa-apa plan pun, but setelah diajak oleh rakan PPOC yang mahu menyertai autoshow di Festival Kenyir tersebut, maka aku dan kekaksihku turut sama join percutian mengejut kami ke Tasik Kenyir tersebut.
kami memulakan perjalanan di awal pagi Sabtu kira-kira jam 1.00 pagi.. Hurmm.. bercerita tentang perjalanan ke kenyir ini, ada juga dugaan yang melanda kami semua... Aku mengalami kesukaran tidur pada malam tersebut, baru nak lelap mata, mula lah rasa seperti ada yang mengganggu dan mencuit-cuit tubuh ku... Errr seram.. Malah kami turut bertemu dengan burung hantu yang agak besar terbang di lebuh raya... Nauzubillah... Namun alhamdulillah, kami berjaya juga tiba di lokasi.. Semuanya selamat...
Oklah, moh lerr tengok gambar...
Aku tunjuk sedikit dahulu pic keindahan Tasik Kenyir... Cantik kan?
Sebenarnya, terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang berlangsungnya Festival Kenyir 2013 ini. Ada persembahan Upin Ipin, promosi menaiki helikopter, boat ride, dan banyak lagi... Pendek cerita, Tasik kenyir memang BEST!
Upin dan Ipin pun ada....
Lihat lah sendiri keindahan Tasik Kenyir, kebiruan airnya yang masih belum tercemar, diharapkan pemandangan indah ini akan berkekalan hendaknya.
Orang ramai berpusu-pusu untuk naik bot... Aku pun terlibat sama... Bayaran sekali perjalanan adalah lebih kurang RM80 untuk 6 orang...
Masa untuk naik boat... Rasa cam romantik la nyerrr punnnn haha.... Tapi aktiviti berdua sebegini agak bagus juga, kerana ia mengeratkan lagi hubungan dengan yang tersayang di samping dapat menenangkan fikiran bersama-sama sambil menikmati kendahan pemandangan Tasik Kenyir.
Cantik kan? No other words I can describe Tasik Kenyir... It's so beautiful... Thats all.. Korang yang belum pergi, sila lah pergi.. Yang minat memancing, di sini juga disediakan aktiviti buat kaki-kaki pancing semua.... Yang mahu mencuba pengalaman bermalam dan tinggal di dalam boat house, juga disediakan perkhidmatan ini....
Layan autoshow pulak...
Tahniah buat ketiga-tiga wakil PPOC dalam autoshow ini... Tiga-tiga berjaya merangkul 3 piala persendirian, maka jumlah kesemuanya adalah 9 piala. Terbaekkk... dan sangat-sangat berbaloi dengan kepenatan dan usaha yang dicurahkan selama ini. Keep it up, guys! Proton Persona Owners Club (PPOC) makin maju dan semakin dikenali ramai seantero Malaysia....
Dan pada malam itu jugalah kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur... Haha gila tak.... Asalnya memang plan nak stay 1 night kat Kuala Terengganu, yea lah masing-masing keletihan dan tak cukup tidur, namun mengenangkan jarak Tasik Kenyir yang agak jauh juga untuk ke Kuala Terengganu, kami membatalkan rancangan untuk bermalam di Terengaanu. Maka dengan gigih dan cemerlangnya lah, budak-budak PPOC ini meredah jalan pada malam tersebut. Aku apa lagi, berjaya lah tidur dengan secukupnya, sampai aku tak sedar pun yang my sayang drive laju giler haha....
Kami selamat tiba awal pagi Ahad tersebut, dan kebetulan ada aktiviti PPOC central pada hari tersebut - Morning Drive to Genting Highlands. Maka kami yang sememangnya kental dan kuat ni pun join meetpoint mereka di RnR Genting Sempah....
Are you ready to ride to Genting Highlands? Nantikan update seterusnya.....
#PPOC best kan? Jalan sana-sini, dapat ramai kawan seantero Malaysia lagi..... Jom join!
No comments:
Post a Comment