Monday, 13 May 2013

Dari Dapur Comel : Resepi Nasi Lemak & Sambal Ikan Bilis Kentang Saya...

Salam semua...

Sementara aku berkelapangan sedikit petang ni, aku nak share dengan korang resepi nasi lemak yang pada aku sukses dalam pembikinannya. Cewah... Ini first time aku buat nasi lemak, iaitu pada tengah hari semalam, tu pun selepas puas aku menGOOGLE resepi kat internet, haha biasalah, budak baru belajar, cam nie lah, nasib baik ada cikgu GOOGLE dan cikgu IPAD yang saling membantu.. Hehe..

Nah ini resepinya... ada jugak bahan-bahan yang aku adjust sendiri..

RESEPI NASI LEMAK DAN SAMBAL IKAN BILIS KENTANG


Bahan-bahannya :-

  • Bahan untuk nasi:-
  • @ 2 cawan beras ( AKU GUNAKAN 3 CAWAN atau 3 POT BERAS
  • @ 1 cawan santan n 1 cawan air( AKU GUNAKAN 2 CAWAN SANTAN PEKAT DAN 2 CAWAN AIR)
  • @ 2 helai daun pandan - disimpul
  • @ 3 hirisan halia
  • @ Secubit garam
  • Bahan untuk sambal ikan bilis dan kentang:-
  • * 6 sudu besar cili kering mesin
  • * 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • * 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • * 1 biji bawang besar -dihiris
  • * 1 biji kentang, dipotong kecil dan halus (INI AKU TAMBAH SENDIRI, SEBAB CIK ABANG NAK SAMBAL YANG ADA KENTANG SEKALI KATANYA)
  • * Segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • * Sedikit air asam jawa
  • * Sedikit belacan (jika suka)
  • * Garam n gula
  • Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.
  2. Untuk sambal, tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan, kentang dan ikan bilis yg ditumbuk..Masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


HASILNYA... Taraaaa....


Jemput tengok je lah yea kawan-kawan semua... So far, sedap, my dear makan sampai tambah 2 kali.. so aku puas hati.. sambal pun warna merah dan cukup rasanya.. Kiranya sambal aku tak berbau busuk tau macam sesetengah sambal.. Oppss.... Bunyi lain macam jerr, ermm apapun maafkan saya kalau ada yang terasa dengan statement ini, sebab memang ada orang yang dahulunya nak tunjuk pandai buat nasi lemak depan aku but sambalnya berbau busuk.. Ermm biarlah kan, cara masing-masing... 

Apapun, Alhamdulillah percubaan kali ini berjaya.. Kira aku ada bakat jugak la eh.. hehehe sempat lah kau masuk bakul angkat sendiri...

Aku makin suka masak memasak nie.. Lepas nie nak try resepi-resepi lain pula..

Untuk kawan-kawan semua, korang boleh ambil pelbagai resepi di www.myresepi.com

Koleksi-koleksi resepi di sini memang TERBAIK dan sesuai bagi yang sedang belajar memasak.

SO APA LAGI... SELAMAT MENCUBA YEA!


No comments:

Post a Comment