Tuesday, 9 April 2013

Terjah Ipoh Lagi With PPOCnians From Central, Eastern & Northern

Pada hari Jumaat yang lepas, telah diadakan TT lah di Ipoh, melibatkan kami-kami warga PPOC nie.. Sebenarnya event ini selain untuk mengutip derma buat mangsa peperangan di Lahad Datu, ia juga bagi meraikan kedatangan crew-crew Eastern yang telah datang ke Perak. Maka krew PPOC Perak telah membuat event menyambut mereka dan dek kerana itu, crew-crew dari Central dan Northern turut dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut. So kami yang sememangnya kaki jalan nie pun bertolak lah ke Ipo pada petang Jumaat tersebut.

Untuk pengetahuan korang semua, PPOC satu-satunya kelab kereta yang diberi kebenaran untuk mengadakan aktiviti di Dataran Ipoh berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Ipoh. So maknanya hanya kami crew-crew PPOC yang dibenarkan berada di kawasan tersebut. Kelass ko!





Ini gambar sekitar konvoi kami ke Dataran Ipoh. Konvoi kali ini memberikan satu pengalaman baru buat aku, sebab ia agak berbeza dengan cara Marshal Central bertugas selama nie. Marshal Central lemah lembut sket haha, berbanding Marshal Perak yang lebih agresif. Kali ini Marshal Central, Northern dan Eastern bergabung sekali, dan dapat disaksikan cara Marshal Northern dan Eastern yang lebih agresif. Tapi aku suka cara dorang, memang professional dan terbaekkkk... Hope pas nie Marshal Central pun boleh belajar dari mereka, yang baik kita ambil jadikan pelajaran, betul tak kawan-kawan semua?








Ini pula gambar sekitar berlangsungnya event tersebut. Sebenarnya tak banyak aktiviti yang dapat dijalankan kerana hujan yang turun tanpa henti sepanjang malam itu. Tapi walau apapun, kami tetap gembira kerana dapat bertemu rakan-rakan lama dan baru. 


Difahamkan lebih dari 100 lebih jentera Persona menyertai TT kali ini.. Memang terbaekkk lah semuanya.. PPOC United kan!




Ini antara birthday boy yang menyambut hari lahir mereka samada di bulan March atau April. Biasa lah, PPOC dan tepung memang tak kan dapat dipisahkan kalau ada antara crew yang menyambut hari lahir mereka.. Haha so redha je lah yea.....





Crew-crew PPOC bersurai sekitar jam 12 malam ke 1 pagi. Selepas itu, kami dibawa ke I-City Ipoh oleh rakan-rakan PPOC yang sememangnya warga Ipoh.

Haaa jangan ingat Shah Alam je ada I-City okey? Ipoh pun ada juga... Malah F.O.C lagi tau.... dan siap ada jambatan untuk menyeberangi sungai yang dihiasi dengan lampu-lampu yang indah-indah belaka.






Ini pula gambar keesokan harinya, ketika kami semua mahu check out dari hotel yang kami diami. Hahhh apa lagi... jom posing dulu....



It's our lunch time dan masa untuk berposing-posing. Kali ini kami tak pekena Nasi Vanggey. Kali ini kami dibawa ke satu-satunya restoran dim sum yang halal di Ipoh, namanya GreenTown Dim Sum Restaurant. Makanan di sini memang sedap sangat. Next time boleh pergi lagi. 

Pendapat peribadi aku, nampak Ipoh memang banyak kedai makan yang best-best belaka.


Lupa nak tanya apa nama makanan nie hehe sorry...


Ini adalah Jade Pow. Inti kaya pandan.. Sedappp...


Rice and sweet sour chicken... memang sedap... kenyang beb.. Air tu pulak is air strawberry, tapi apa yang uniknya tentang air ini ialah ada bebola didalamnya yang hanya akan pecah apabila dimasukkan di dalam mulut... Dahsyat seyhhh!


Ini pula ialah fried prawn dumpling, pun sangat2 sedap. Sampai order 3 sets tu hahaha... Wei jangan ingat aku melantak sorang pulak yea, ni konsi dengan my dear and kawan-kawan lain...


Last but not least, jom kita pekena Fried Jade Pow pula.... Sama macam pau tadi juga, inti kaya pandan, tapi bezanya ia digoreng pula.. Nama pun 'fried' kan.... Okey lah, best juga, but kena makan masa ia masih panas saja... Kalau dah sejuk, it will be a bit oily and tak berapa best.


Last but not least, aku up pic aku.. Nie muka happy dan kenyang sebab dapat makan sedap-sedap before balik KL semua.. Thanks kawan-kawan kat Perak semua... sebab bawa ke kedai yang best... Oh ya, abang aku turut hadir menjengah adik-adiknya ini, thanks abang, we will meet again in Kuala Lumpur this coming weekend, Insyaallah..

Orait then, till we meet again, love u all!

No comments:

Post a Comment