Sunday 21 April 2013

Autoshow @ Senawang

Assalamualaikum semua.. Berusa kita kembali setelah hampir 2 minggu aku menyepi dari berceloteh. Bukan sengaja nak menyepi, tapi lappy buat hal. Ermm sedih, but now lappy aku dah pulih dari sakit, yeyyyy!

Entri kali nie adalah tentang pertandingan autoshow yang berlangsung di Senawang, Negeri Sembilan. Macam biasa, few PPOC members menyertai pertandingan ini. Pemergian aku kali ini pun tidak dirancang, pada asalnya aku dan cik abang sekadar mahu bersiar-siar bersama sahaja, but in the end ada rakan yang mengajak untuk pergi bersama, so why not....

Kami bertolak dari Kuala Lumpur ke Senawang kira-kira jam 4 petang. Autoshow tersebut berlangsung pada sebelah malam, an advantage untuk kereta-kereta yang berhias pelbagai lampu warna-warni.

Jom layan gambar...


Ini kereta geng PPOC kami iaitu Azizan Januari. Cun kan? Dia nie bertanding di bawah kategori VIP.


Ini pula milik salah seorang lagi rakan PPOC kami, Nik Joe. Juga bertanding dalam kategori VIP. Hebat-hebat semuanya...


Kereta Afifi Cobra.





Sekitar berlangsungnya kejadian pada tempoh hari. maaf, tak berapa banyak gambar kali ini...


Dan akhirnya, PPOC berjaya meraih 4 kemenangan iaitu Best Car Club Support, Best Interior, Best VIP dan Best Sticker. Tahniah semua. Proud with u guys..


Selepas itu kami sambung lepak dan minum-minum, macam biasalah di Satay Tulang Senawang. Memang tempat feveret nie. Dan sebenarnya ada surprise birthday cake gitu untuk Mr Pajeli, our Tuan Head of Region PPOC... Happy Birthday Bro.. Juga buat adik-adiknya juga yang join sekali.


Dan macam biasa, kalau dah celebrate birthday, maknanya wajib lah kena tepung yea.. Haha peace yawww! Tahniah kerana sporting dan merelakan diri hehe...

OKEY... SEKIAN! JUMPA KORANG LAGI YA!


1 comment:

  1. Stail la..kereta yang sangat cool..hehehe..jemput la singgah datang yea..jangan lupa isi survey yea..hehe

    ReplyDelete