3 minggu yang lepas, aku ke Ipoh kerana ada autoshow di sana. Nothing much to say, kami berada di sana selama 2 hari bersama team PPOC yang lain, kali ini hanya 3 dari Central, selebihnya dari Northern Crews dan Perak Crews sendiri. Central Crews kononnya dah merajuk kerana asalnya autoshow ini dibatalkan di saat-saat masing-masing sudah berkobar-kobar mahu menyertainya. Tup-tup selepas itu, jadi pulak, so masing-masing plan sudah kucar kacir. Tapi tak pe lah, kami yang free ini hadir memeriahkan suasana. Yang penting boleh jalan-jalan di Ipoh, Perak..
Boleh pekena Nasi Vanggey.. Memang terbaik lahhh...
Dan boleh jumpa abang ku... yeyyyy!
Sekitar autoshow tersebut...
Kereta aku dan kereta Khalis pun tetiba di ajak masuk bertanding autoshow.. Alahai kereta kami biasa-biasa saja, but kami join ajerrr, anggap sebagai pengalaman...
Oklah.. jom kita tengok gambar-gambar sekitar autoshow tersebut.. Biarkan gambar menceritakan segalanya....
Sijil Penyertaan Untuk Proton Persona Owners Club (PPOC).
Congrats to Calvin yang menang dua kategori... Apapun kereta lu memang meletup bro! Keep it up!
Last sekali, jom bergambar beramai-ramai untuk diabadikan kenangan bersama PPOC Northern dan PPOC Thundercat Crews... Credit kepada photographer yang bertungkus lumus mengambil gambar ini..
Jutaan ucapan terima kasih diucapkan buat PPOC Thundercats Crew yang melayan kami dengan baik sepanjang kami Central Crews berada di sana. Lain kali kita ketemu lagi yea, pekena Nasi Vanggey hehe.. Dan if korang turun KL, jangan lupa roger2 kami.. Moga ikatan ukhuwah yang telah terjalin akan berkekalan selamanya, Insyaallah... Perak Crews memang terbaeekk dan sangat-sangat friendly.. SL Perak pun terbaik, kepala giler2! Like all of you!
No comments:
Post a Comment