Saturday 2 March 2013

JOM LAYAN MOVIE ROCK OOO...


Entry kali ini... short and simple... Aku nak menyeru korang semua, pergilah menonton filem Rock Ooo yang sedang ditayangkan di pawagam di serata tanahair. Memang tak rugi pun kalau menonton filem ini.

Aku memang tak kan buat sinopsis untuk filem kali ini, saja nak kasi korang suspens sikit.. Hehe.. Sebab, kalau aku dah bercerita, tak pasal2 kang panjang lebar jadinya dan korang pun tak nak ke pawagam berdekatan.. Hahaha..

KENAPA AKU KATA CERITA INI BEST?

Dengan pertaruhan hanya satu nama besar dalam industri perfileman negara iaitu Que Haidar, aku rasa gabungan kesemua pelakon memang mantap-mantap belaka walaupun mereka bukan popular mana. Malah lawak yang mereke ketengahkan memang menjadi dan membuat penonton tidak kering gusi dengan telatah mereka. Tanpa perlu bersandarkan pada populariti. Mereka bukan pelawak, bukan juga pelakon popular. Namun watak yang dibawakan menjadi. Malah sepanjang aku berada dalam pawagam, para penonton kelihatan terhibur dan setiap aksi para pelakon di dalam filem ini membuatkan kami ketawa terbahak-bahak.

Selain dari itu, korang2 yang sememangnya meminati muzik rock kapak pastinya akan terbuai dengan lagu-lagu dalam filem ini. Semua lagu rock lama-lama beb.. Antaranya, lagu Teratai (Ramli Sarip), Suci Dalam Debu (Iklim), Cintamu Mekar Di Hati (May) dan sebagainya.. Banyak lagi lah... So kawan-kawan.. sila bawa kawan-kawan anda semua, pergilah menonton beramai2...

Memang TERBAEKKK larrr WA CAKAP SAMA LU!

P/S : My sayang tetiba jeles sebab tak dapat join I tgk movie tadi, so dia ajak tengok malam nie.. Wow ada can nampaknya aku tengok untuk kali kedua hahahaha! Aku sanggup jerr sebab cerita nie MEMANG BEST!

No comments:

Post a Comment