Baca tajuk di atas... Dah faham kan? Yang aku nak tegaskan di sini ialah caption tentang PPOC menang lagi award best Car Club Gathering. Yeyyy! Tambah lagi piala dan penghargaan buat kami semua warga PPOC. Maka posting aku kali ini akan memamparkan banyak koleksi gambar jentera-jentera Persona yang menyertai Karnival WOW di Putrajaya ini. Selain dari booth-booth dari pelbagai agensi dan sebagainya, terdapat juga pertandingan autoshow. Ok lah jom layan gambar dan aku akan terangkan serba sedikit rentetan perjalanan pada hari tersebut.
Antara jentera Persona yang terlibat dalam konvoi ke Karnival WOW Putrajaya ini.
Kalau korang nak tahu, PPOC sahaja yang dah penuhkan parking sekitar kawasan di hadapan Bangunan Kementerian Kewangan ini. Dan aku sangat bangga dengan team work sesama kami warga PPOC bila melihat pic ini.
Perasaan bangga terus menyelinap di dalam diri apabila melihat lautan jentera Proton Persona dibawah PPOC di sekitar kawasan berlangsungnya Karnival WOW tersebut. Ramai pengunjung yang melihat ke arah kenderaan kami semua, memang bangga habis la wehh... Malah ada juga pemilik Persona yang terus sahaja mendaftar bersama kami untuk menjadi ahli PPOC. Welcome semuanya yea.... Jom join aktiviti-aktiviti kami... Korang pasti happy dan puas hati....
Saje aku nak masukkan pic aku sekali.. Muka sebelum aktiviti berlangsung dan selepas bermandi peluh dek cuaca yang tak menentu.. Haha poyo! Abaikan aksi model tembam ini... Hihihi...
Buah hati sayaaaaa... Hurmm dengan patung pun dia nak bergambar.. Patung tu comel yea sayang..... hehe...
Ini kereta Head Of Region - Central yang turut masuk bertanding.. Pajeli nama tuan punya kereta.. Yang warna putih tu kereta Azizan... Tak perlu dikenalkan lagi, memang selalu sangat pic kete dia ni masuk blog aku hohoho...
Cuaca pada hari itu agak tidak menentu.. Mula-mula pans terik dan kemudiannya hujan lebat pula. kalau korang nak tahu, actually ada persembahan akrobat dari pasukan tentera yang digelar The Red Warrior Army. Salute kat dorang sebab walaupun cuaca agak tidak menentu dan jalan raya basah dan licin, mereka tetap kental membuat persembahan akrobat untuk tatapan para pengunjung. Jom saksikan aksi mereka.
Tu diaa.. itulah persembahan dari pasukan The Red Warrior Army. Hebat kan? Korang jangan tiru aksi ini ya.... Hanya yang expert je boleh buat semua nie..
Dan kemuncaknya..... inilah dia... PPOC dinobatkan sebagai Best Car Club Gathering.. dan wakil kami iaitu Pajeli dan Zizan turut mendapat tempat di dalam kategori VIP (aku pun lupa la nama kategori tu.. sorry) untuk autoshow.
Tahniah buat semua. Yang penting kini PPOC semakin dikenali dan semakin dihormati... BANGGA!
No comments:
Post a Comment