Hari ini... bersamaan hari Sabtu... aku, si dia dan member kami iaitu Shariz telah berkunjung ke Matta Fair yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur.
Memang padat dan sesak dengan kehadiran orang ramai yang membanjiri MATTA FAIR ini.. Hurmm biasalah, pelbagai tawaran dan diskaun menarik untuk pakej pelancongan samada di dalam atau luar negara ditawarkan sepanjang berlangsungnya MATTA FAIR ini.
Aku dan si dia tidak ketinggalan untuk survey tentang pakej pelancongan ke Korea. Insyaallah itu cita-cita kami setelah berkahwin nanti, hajat hati nak berbulan madu di sana... Nampaknya ada pakej yang kami berminat sangat-sangat, so we are going to work out on it. Insyaallah, doakan yea!
Sambil tu, jom tengok gambar, rugilah kalau tak bergambar dan berkongsi kemeriahan sekitar berlangsungnya MATTA FAIR dengan korang semua.
Haa.. sape mau pergi ke Club Med?
Rugi larr kalau tak bergambar dengan model-model yang ada di sana. Ada yang berpakaian tradisional Jepun, ada yang ala-ala Hawaiian dan macam-macam lagi...
KOREA... We are coming to you.... WAIT FOR US YEAHH!
DUBAI dan ABU DHABI... Nie gara-gara drama bersiri Rindu Bertamu Di Abu Dhabi yang sedang hangat ditayangkan di TV3. Menarik juga tempat itu... Insyaallah satu hari nanti, akan sampai ke sana juga. Kalau pergi ke MATTA FAIR nie, kalau ikutkan hati, mahu habis duit tuk melancong je hehehe...
Siapa mahu ke Thailand dan ke Las Vegas pun ada pakej untuk korang di MATTA FAIR ini. So jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke pameran ini yea, esok hari terakhir berlangsungnya pameran pelancongan ini. Banyak tawaran menarik yang perlu direbut sekiranya korang semua memang mencari pakej pelancongan terbaik untuk bercuti bersama yang tersayang.
Selain pakej pelancongan luar negara, pakej pelancongan dalam negara kita sendiri turut hebat tawarannya. Bukit Gambang Resort City... Anyone?
Oklah.. kami pun dah penat berjalan sakan survey2 pakej percutian yang sesuai dengan kami semua... So korang semua, jangan lupa pergi yea... Ada satu hari lagi...
Selamat Malam semua!
No comments:
Post a Comment