Hye semua... Kali nie aku nak update tentang F1 yang baru sahaja berlangsung pada hujung minggu kelmarin dan semalam...
Dimulakan cerita, actually aku dapat tiket free untuk ke F1 kali ini.. yeyyy.. memang rezeki lah... dan Alhamdulillah juga, Allah makbulkan impian aku untuk menjejakkan kaki di sepang International circuit. memang dah lama aku teringin sangat-sangat nak menonton 'live' F1 di Sepang International Circuit. selama ini asyik tengok kat Grandstand ASTRO jerr haha... pe lagi Sports Channel larrr...
Yeah akhirnya impian aku tercapai. Terima Kasih Tuhan sebab mengabulkan doa ku dan impian ku selama ini. Nampak tak? Allah itu Maha Pemurah, dia akan mengabulkan permintaan hambaNya, cuma bezanya cepat atau lambat sahaja.. Nampak tak?
Aku dapat tiket free untuk 2 hari iaitu untuk race Sabtu dan Ahad. Terima kasih buat Kementerian Belia & Sukan yang bermurah hati memberi kami warga PPOC (Proton persona Owners Club) tiket-tiket percuma yea... Tahun depan bagilah lagi hehehe...
Haa... nampak tak kelebihan bila jadi ahli Proton Persona Owners Club (PPOC) yang semakin dikenali ramai nie? Nampak? Nampak?
Okey lah, aku malas dah nak merepek merapu mengarut dengan lebih panjang lebar lagi, so jom tengok gambar2 untuk Day 1 di Sepang International Circuit. Qualifying Time session yang sebenanrnya.
Walaupun cuma sesi kelayakan masa sahaja, namun jalan menuju ke SIC tetap jem!
Yeahhh.. we are almost there!
Okey, kami sudah masuk ke dalam.... Tiket Hillstand, so ala2 berkelah di tepi pantai gitu.. Cuaca di Malaysia yang agak panas tidak menghalang para foreigners untuk turut melepak-lepak di bukit yang landai.. And I think they love the weather.
Media Shuttle yang membawa para petugas media yang bertungkus lumus menyediakan laporan terbaik untuk semua.
Ini pula aksi-aksi aku dan si dia ketika berada di sana... Posing itu wajib okey!
Semua berpusu-pusu mahu menaiki shuttle bus yang disediakan untuk kembali ke parking kereta masing-masing...
Yeahhh.. tinggal tiket untuk hari Ahad sahaja iaitu keesokannya... Hari perlumbaan sebenar... Wait for my update yeah!
Dan finally.. kami pun bertolak pulang ke KL semula.. Tengok tu, jalan jem teruk.... Hurmmm....
It's a very tiring day, sampai rumah di sebelah malamnya aku telah tertidur dengan lenanya... Zzzzz... krohhh! krohhh! Penat.....
Haishh buruknya, sampai keluar air liur basi... Penat sungguh nampaknya... Yeahh memang penat and aku kena re-charge untuk event esoknya, nak pergi F1 lagi, kali ini with geng-geng PPOC.. Yeyy! Nantikan cerita seterusnya yea....
No comments:
Post a Comment