Tuesday 26 March 2013

Day 2 - Formula One @ Sepang International Circuit

Yeahhh kita bertemu lagi seperti yang telah aku janjikan semalam. Pada hari ini aku akan bercerita tentang aktiviti aku bersama si dia dan kawan-kawan menyaksikan perlumbaan akhir Formula One di Sepang International Circuit. Pada hari ini, ramai geng-geng POC turut turun sama, maka rasakanlah kemeriahannya ya!

Sebahagian geng-geng PPOC berkonvoi untuk ke lokasi. Aku dan si dia, Pejal, Zira,Shariz dan Zizan bergerak sendirian dan kami tiba lebih awal dari yang lain. Biasalah.. Semangat Ferrari lah katakan....



Mulakan pagi di Sepang International Circuit dengan senyuman. Nice weather.



Kami memulakan aktiviti kami dengan menjengah ke setiap booth yang ada di sekitar Sepang International Circuit. Memang best! Jom mulakan sesi berposing sakan.





Bersama model-model F1... 



Meriah kan suasana sekitar berlangsungnya Formula One di Sepang International Circuit? I am loving it!









Kalau korang nak tahu, ada aktiviti ala2 bungee jumping kat sini.. So kawan kitaorang, Shariz pun join lah aktiviti nie.. memang best katanya.... Korang tengoklah sendiri gambar yang dapat di snap.. Best kan melambung cam tu...









Pertunjukan motor-motor dan kereta yang digunakan ketika perlumbaan juga ada dipamerkan untuk tatapan para pengunjung.









Slot kebudayaan pun turut ada. Ini semua untuk menarik para pelancong yang berkunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan tarikan utama di negara kita.


Ini pula khas untuk para pengguna Kad Mesra Petronas. Sesiapa yang memiliki Kad Mesra petronas, berpeluang untuk bermain game yang disediakan dan automatik mendapat mata sebanyak 250 yang akan dikreditkan kedalam akaun Mesra anda secara percuma. Best kan? Malah siap dapat free gift iaitu topi Petronas.




Tibalah masa yang dinantikan iaitu kemunculan para pelumba F1 yang akan menandatangani autograf buat para peminat yang setia beratur sejak awal pagi lagi. Ermm, kitaorang memang tak sanggup arr, nak beratur berjam-jam menantikan dorang, haaa.. ni nak snap pic pun kemain susah sebab terlalu ramai yang berpusu-pusu dengan gadjet masing-masing demi mendapatkan shot terbaik.... Apapun, pengalaman ke F1 kali ini memang tak kan aku lupakan dan akan aku kenang selamanya. Memang BEST!




Dua gadis serba biru dan putih ini adalah die-hard fans pada Kimi Raikonnen. Mereka memang amat peramah dan periang, so apalagi, jom snap pic dengan mereka dan rakamkan aksi ceria mereka.


Semua orang dok posing kat sini.. so aku pun nak jugak... Yea saya memang tak slim macam model lain, but tak yah lah nak bahankan yea.. I am not born to be a model... I just like the way who I am...



Sekitar suasana di litar. Memang ramai kali nie.. Terutama foreigners. Sebenranya cuaca agak tidak menentu, mula-mula panas, then hujan.. Terpaksalah kami berpayung sambil menantikan perlumbaan bermula. Namun itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyaksikan perlumbaan berprestij ini. 

Semangat itu penting wooooo!!!



Vroomm! Phewwwww!!! Perlumbaan pun bermula. Litar agak licin, malah ketika sesi ujian, beberapa kereta terbabas. Apapun memang aku suka lah bunyi enjin kereta F1. memang best... I love the sound so much.... Tak yah pakai penutup telinga tu, tak syiok larrr....






Last but not least... INILAH KAMI... GENG PPOC yang berada di Sepang International Circuit untuk menyaksikan perlumbaan Formula One sesi tahun 2013. 

Proud that we are here, sesuai dengan tagline kami, PPOC ada dimana-mana sahaja.

Kawan-kawan semua... U olls memang ohsem! 

Dan dari pihak aku sendiri, aku sangat menghargai peluang kali ini. Dan kalau boleh nak jadikan aktiviti tahunan untuk aku, dia dan family kami nanti, Insyaallah tahun depan kami akan ke sini lagi. 



No comments:

Post a Comment