Saturday, 30 March 2013

Jatuh Bangun Sebuah Perhubungan... AKU SAYANG DIA..

Hye semua.. Hari nie aku tak de aktiviti menarik untuk dikongsikan, so kalau korang dah baca tajuk post nie, so that's it.. Hari nie mood serius sket, aku nak bercerita dan juga meluah tentang isu jatuh bangunnya sebuah perhubungan. Eceh... Ada sesuatu berlaku ke? Lain macam je topik.... Haha.. Kalau nak tahu, kena lah baca aku mengomel dan membebel sampai habis ya.. baru tahu cerita sebenar.

Sebelum tu... baca quotes nie dulu....


Haaa... faham tak? Ia bermaksud, sedalam mana dan sehebat mana sekalipun sebuah cinta antara dua insan itu, pasti tidak akan lepas dari dilanda masalah. Yang membezakan cuma kekuatan kedua-dua insan itu untuk menghadapi dugaan yang telah tersedia buat mereka.. kalau sama-sama kuat mempertahankan cinta itu, diiringi doa restu dan takdir sememangnya menyebelahi mereka... Insyaallah, pasti kekal selamanya. begitu juga sebaliknya. Kalau kita tidak kuat menghadapinya, dan jodoh kita juga bukan ditakdirkan untuk sesama kita, maka berakhir jugalah ikatan tersebut. Ada juga kes di mana kedua-dua pasangan kuat menghadapi dugaan mereka, namun takdir telah tertulis mereka bukan untuk bersama.. So sad right? tapi tulah dia... Masam manis, pahit maung sebuah percintaan.

Macam mana pula dengan aku? Tak kan happy sokmo je kan? Ramai cakap kami nie pasangan ideal, bahagia dan happy sentiasa, sampaikan ramai teman-teman rapat turut tumpang gembira melihat kebahagiaan kami... Alhamdulillah.. Thanks kawan-kawan semua... Yea aku kenal semula erti bahagia sejak aku bersama dia.... 

Tapi.. macam aku cakap tadi... Setiap perhubungan pasti ada jatuh bangunnya.. Dan aku sedang alaminya...

Yea.. aku tetap tersenyum... Senyum macam biasa.... Urmm.. kebelakangan nie, si dia cepat bad mood.. Selalu marah-marah. Entah lah. Aku tahu dia ada masalah (maaf, aku tak boleh kongsikan masalah beliau di blog ini), tetapi aku berharap sangat agar dia bersabar hendaknya. Itu dugaan buat dia. Sabarlah wahai sayang. Jangan selalu marah-marah. Kadang-kadang aku pun rasa sedih, sakit, bercelaru bila dia terlalu emosi dengan masalah yang menimpanya...

"Sayang, I will always be with you.. Always and always... Jangan risau, saya tak kan pernah berubah, setiap hembusan nafas ini hanya ada namamu seorang.. Biar apa juga dugaan melanda, saya akan tetap setia di sisi awak, menemani awak, tak kira apa jua keadaan ketika itu. Sebab saya sedar, saat saya tiada apa-apa dan hampir kehilangan segalanya, hanya awak yang sudi membela nasib saya dan mempertahankan saya biarpun awak dicemuh, dimaki dan dihina, namun awak bertahan demi saya. Saya tahu awak sakit hadapi semua itu tapi awak tetap bertahan untuk saya. Kini giliran saya pula. Tak kira apa jua yang melanda awak, saya akan pertahankan dan akan hadapi segalanya biar sesusahmana sekalipun. Love you till the end... Nor Azman Sulaiman."



Sedih pulak aku lepas buat ucapan cam tu.. Huhu... Korang yang baca, sedih tak?  

"Awak, saya sayang awak, tau tak... Janganlah tension-tension yea... Jom kita pergi jalan-jalan pusing-pusing Kl, senyum lah sikit... "

Haha.. ucapan lagi... Rasa macam nak tuju lagu lah pulok.... 

So begitulah kisah aku... Aku kini didalam fasa dimana hubungan kami sedang diduga... Masalah kecik jerr, cuma biasalah, kadang-kadang kita tetap akan rasa tertekan kan? Doakan aku dan dia tabah sentiasa mengharungi dugaan hidup. Aku percaya pada kekuatan cinta kami berdua. 

Selebihnya biar ALLAH tentukan jalannya.. Aku cuma berharap agar aku dan dia sentiasa dibawah lindunganNya dan kami kekal bahagia selamanya. Insyaaalh, kita merancang, dan kita buat yang terbaik.

Kadang-kadang, aku selalu berharap dia membaca blog ini... Supaya dia tahu macammana dalamnya kasih aku buat dia... Agar dia mengerti, betapa aku amat menyintai dirinya... Dan semoga dia faham bahawa dialah pujaan hati aku, dari dulu, kini dan selamanya... Malah aku juga mahu dia tahu, betapa bertuahnya aku dikurniai lelaki seperti dia, yang setia menjaga aku, sepertimana ayah aku pernah menjaga aku dimasa kecilku.

HANYA DIA...





No comments:

Post a Comment