Friday, 8 February 2013

INI CELOTEHKU : KISAH TENTANG JODOH.

Assalamualaikum semua...

Entry kali ini lebih kepada luahan perasaan aku sendiri... tentang kisah diri aku dan sebuah kisah benar yang aku baca di Majalah EH! edisi bulan Februari 2013 ini. Untuk pengetahuan semua, Majalah Eh! sememangnya majalah feveret aku sejak di awal zaman remaja ku lagi. Menjejakkan kaki di Kinokuniya Book Store KLCC, mengheret aku untuk membaca Majalah Eh! dan sekaligus aku terjumpa sebuah kisah benar yang pada aku memang banyak persamaannya dengan diri aku. Topik kali ini akan berkisar mengenai jodoh.



Yeah... Membaca kisah si penulis membuatkan aku terfikir, wahhh kita serupa beb. Penulis merupakan seorang lulusan universiti tempatan, bekas graduan dalam bidang kewangan dan kini bekerja dengan sebuah bank antarabangsa terkemuka dunia ( WELL, INI DAH CUKUP SAMA.. AND I AM WONDERING ARE WE WORKING IN THE SAME PLACE BEFORE?). Difahamkan penulis bekerja mengikut waktu United Kingdom, well dahulu aku pun bekerja seperti ini sebelum aku mendapat peluang di tempat lain.. Are we colleagues before? Maybe.. who knows...

Penulis kini berusia sekitar 28 tahun, dan masih sendiri. Yang ini berbeza sedikit dengan aku, as I have someone now. Tapi kisah kami sebenarnya sama. Dilema tentang gadis berkerjaya yang sehingga kini masih belum menamatkan zaman bujang lagi. Penulis dikelilingi rakan-rakan sebaya yang seusia kami kebanyakannya sudah berumahtangga dan sudah punya anak seorang dua. Yea.. aku juga mengalami situasi sebegini. Seorang demi seorang rakan menamatkan zaman bujang dan bergelar ibu sedangkan aku? Hurmm.... 

Penulis banyak menghabiskan masanya dengan ramai lelaki yang dianggap sekadar 'teman tapi mesra' dan enggan menerima cinta di awalnya kerana mahu memberi komitmen sepenuhnya pada peajaran terlebih dahulu. Diringkaskan cerita, pada usia lewat 20-an ini, dia juga perlu menerima hakikat bahawa kesemua 'teman tapi mesra' nya telah move on dan mempunyai kehidupan baru masing-masing, semua sudah berpunya dan sebagainya sedangkan dia terusan sendirian. Itu cerita beliau...

Cerita aku???

Aku mengenal cinta sejak usia 18 tahun, sejak aku di bangku universiti lagi. Dan walau aku punya pacar ketika itu, aku juga ada ramai 'teman tapi mesra' di sekeliling aku. Yeah pastinya mereka mengharapkan sesuatu dari aku...  Tapi dek kesetiaan aku pada si dia-si dia aku yang dahulu ( I THINK I AM STUPID TO WAIT FOR THEM AND WASTING MY TIME FOR THEM), banyak cinta lain yang aku tolak... Dan seperti biasa, kini semuanya sudah berteman, sudah punya kehidupan sendiri, ada yang sudah berkahwin dan punya anak, ada yang dalam perancangan untuk berkahwin, ada juga yang sudah berteman. Hurmm... menyesalkah aku kerana menolak mereka dahulu?

Jawapan aku... Aku tidak menyesal kerana aku ada si dia. Korang pun tahu siapa si dia yang aku maksudkan. 


Jejaka yang sentiasa terpapar wajahnya di blog aku ini, yang sentiasa menemani aku dalam setiap aktivitiku, yang tidak pernah jemu menyokong aku saat susah dan senangku... Maka tiada erti penyesalan dalam hidup aku, biarpun aku bertemu dengannya lambat, tapi akhirnya doa aku selama ini dimakbulkan ALLAH. Yea, adakala ALLAH lambat memakbulkan doa kita, dan adakala doa kita cepat dimakbulkanNya, semua bergantung padaNya, hanya Dia tahu sebab kenapa lambat atau cepat doa kita dimakbulkan. Aku pernah terseksa dengan cinta-cinta aku yang dulu, usah ditanya kisah lampau itu kerana aku sendiri sudah melupakannya, namun aku bersyukur kerana semua itu mematangkan aku dalam menempuh kehidupan seharian. kalau difikirkan, terasa bodohnya juga aku kerana banyak melepaskan peluang cinta yang lain semata-mata mereka namun percayalah semua itu ada hikmahnya. Barangkali aku juga akan bermasalah sekiranya aku menerima cinta lain ketika itu. Kerana takdir sebenar aku belum muncul lagi ketika itu. So buat penulis di ruangan majalah Eh! itu, aku harap kau tidak kecewa, sudah tersedia jodoh untukmu, cuma masanya belum tiba untuk dia menjelma dihadapanmu. Percayalah.  Kau tidak salah kerana menolak cinta-cinta terdahulu yang pernah menjengah dalam hidupmu, semua itu ada hikmahnya. You deserve someone better, girl. Sabarlah, usaha lah dan sentiasa berdoa padaNya, ya?

Namun, gadis seusia kami sebenarnya tetap ada dilema kami sendiri. Dalam usia lewat 20-an, dan masih belum berumahtangga, kadang-kadang tercuit juga hati ini apabila seorang demi seorang menamatkan zaman bujang mereka. Ditambah lagi dengan desakan kaum keluarga yang mahu melihat kami segera berumahtangga. Dan kadang-kadang tercuit juga hati kecil bila ada yang berdialog seperti ini - "alah kita nie tak lawa pun, tapi kawen jugak.. tu tak kawen tu... tak laku lah tu... at least kita laku...."

Hurmm.. serius terasa beb... Ni bukan sebab lawa and laku lah.. Adeyaiii.... Kalau nak cakap sal cantik, bukan aku nak mendabik dada, but yes, I have the look. Aku ada rupa, ada kerjaya, ada semuanya.. Walau tak perfect, sebab tiada manusia yang sempurna.... Tapi aku ada semua kriteria itu. Adalah sungguh tidak adil untuk menghukum kami sebegini rupa. Kononnya mereka yang kahwin itu "laku". Kami yang lewat jodohnya ini "tidak laku"... Dan macam-macam lagi lah... Sedarkah kalian, semua ini kerja ALLAH... Kalau sedap sekalipun berkata-kata, jangan lah sampai melukakan hati orang lain dan menafikan takdir ALLAH itu.. Hidup kita bukan selamanya indah, kita bukan selamanya di atas. Hidup umpama roda, adakala di atas, adakala di bawah. 

Itulah serba sedikit coretan via luahan hati aku kali ini. Apapun, nasihat aku buat semua especially yang masih belum bertemu jodoh, korang jangan risau yea.. Kita wanita masa kini, adalah lebih baik kita lengkapkan diri kita dengan ilmu pengetahuan, ilmu agama dan kerjaya untuk bekalan di masa hadapan. Kahwin jatuh nombor dua. Insyaallah jodoh itu ada. Setiap kita sudah ditetapkan kisahnya dan jodohnya sejak kita dicipta oleh Pencipta kita lagi.

Dan...

Aku redha dengan ketentuan aku ini. Mungkin jodoh aku lambat. Aku lewat menemui kebahagiaan aku. Aku tidak berpeluang menikmati indahnya kahwin muda itu. Tetapi itu adalah lebih baik lagi daripada menemui jodoh seawal mungkin dan kemudiannya sengsara, sebagai contoh digantung tidak bertali dan sebagainya. ALLAH tahu apa yang terbaik buat diriku. Dia juga tahu kekuatan dan kelemahan aku. Dia menguji aku seadanya biarpun aku pernah rasa ia terlalu berat dan sukar sekali. Kita punya tahap kekuatan kita yang tersendiri, dan diakhirnya, aku percaya aku kuat menempuhi segalanya. Dan hasilnya, inilah AKU... Alhamdulillah...

Terima Kasih Allah Kerana Pertemukan Aku Dengan Si Dia. Semoga Jodoh Ini Milik Kami Akhirnya Setelah Masing-Masing Antara Kami Pernah Mengalami Saat Sukar Dalam Hidup Kami. Insyaallah. Amin.

JODOH ITU RAHSIA ALLAH. 

PERCAYALAH.. SESUKAR MANA SEKALIPUN IA, ANDAI DIA DITAKDIRKAN BUAT KITA, KITA TETAP AKAN BERSAMANYA BIARPUN TERPISAH DEK LAUTAN SEKALIPUN. DAN ANDAI DIA BUKAN UNTUK KITA, APA JUA BISA MEMISAHKAN KITA.

JODOH ITU AKAN HADIR JUGA. TIDAK KIRA SAMA ADA AWAL ATAU LEWAT, APA SEKALIPUN CERITANYA, TERIMALAH DENGAN REDHA. KERANA ITULAH TAKDIR KITA YANG SUDAH TERTULIS DI LOH MAHFUZ LAGI.

YANG PENTING, TERUSLAH BERDOA YANG TERBAIK BUAT DIRI KITA. 


4 comments:

  1. hehe yeah... tul shahirah... dlu tension jugak but now, da x kisah dah.. insyaallah kan... everything happen 4 a reason :-)

    ReplyDelete
  2. kawan sebaya sya 19 dah kawen.. sya masih menyendiri.hahaha.. tp tak apa lambat ke cepat mmg Allah dah rancang utk kta. :)

    ReplyDelete
  3. Ni ada web cari jodoh.. Boleh cuba..

    https://baituljannah.co/jodoh/R9DYR-MY

    ReplyDelete