Wednesday, 6 February 2013

Holiday @ Kelantan.

For past 3 weeks ago, aku follow kawan aku bercuti di Kelantan. Pemergian aku kali ini memang tak ditemani si dia, hehe kesian dia rindukan aku selama 5 hari.Aku just pergi berdua dengan kawan aku iaitu Farhana. Di Kelantan, aku tinggal di rumah familynya sahaja.

Actually aku tak banyak snap pic sepanjang berada di Kelantan nie, entah lah tetiba macam segan pulak nak bergambar sakan. Yea lah cik abang tersayang tak de... Tapi for me, best juga Kelantan nie.. Banyak tempat shopping yang murah-murah, contohnya Rantau Panjang dan Pasar Besar Siti Khadijah. Memang sakan lah kalau shopping kat sini. habis penuh bonet kereta dengan barangan kami berdua berserta barangan yang teman-teman di KL kirim.



Ini ketika di Rantau Panjang. Memang murah-murah di sini. Pakaian pun murah-murah belaka. Kalau kat KL, blaus harga rm39.90, kat sini korang boleh dapat RM20 je, kualiti yang sama.. Kalau di KL, skirt biasanya RM30, kat sini around RM18... Aku beli blaus dan skirt cuma RM38 je.. Best kan? Jeans pun murah-murah, but korang kena faham lah, yang jeans tu made in Thailand punya, kalau basuh confirm 'menurun' warnanya, so sepadan lah dengan kos nya.. But still okey lagi kot, boleh je buat pakai dan tetap selesa. Keropok dan jajan-jajan di sini pun murah-murah belaka. Banyak jugalah aku borong tuk kawan-kawan di KL.




Makan malam kami... sebenarnya banyak juga Kelantan food yang aku makan, so far semuanya sedap-sedap. Contohnya Nasi Kak Wok dan Nasi Tumpang. Ada picnya dalam Blackberry aku. Insyaallah ada kesempatan nanti akan aku uploadkan di sini.




Ini pula masa sesi bershopping sakan di Pasar Besar Siti Khadijah. Kawan aku, Farhana sibuk borong tudung, aku pulak membeli kain ela untuk diri aku, kakak aku dan mama aku. Juga kain pelikat buat abang dan ayah aku. Serius cakap, memang akan rambang mata bila dah sampai sini, semua nak beli. Insyaallah, aku memang dah plan nak ke sini lagi nanti, kali nie nak bawa si dia sekali, nak shopping lagi.. Hehe..


Ini satu lagi makanan unik Kelantan iaitu Laksam. Laksam ini agak istimewa kerana disetakan dengan serunding sekali. But rasanya memang mabeles! Rasa cam tak cukup je satu piring tu tapi malu nak order lagi hahaha! So u olls semua yang ada perancangan unuk ke Kelantan, boleh cuba makanan ini okey, terletak di By-T Corner, jalan menghala ke Pengkalan Chepa. Cubalah!






Ini pula ketika kami ke Pantai Irama, Bachok, Kelantan. Menariknya di sini adalah terdapat banyak gerai yang menjual makanan dan pengunjung bolehlah duduk makan sambil menikmati hembusan angin pantai sambil mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai. Best kan? So kita makan dulu sambil layan kesejukan hembusan angin pantai. Memang cukup menenangkan. Ditambah pula dengan hidangan keropok lekor dan cucuk-cucuk(sebenarnya aku tak tahu apa nama makanan tu, but korang leh pilih macam2 jenis fish ball, sotong ball, udang dan sebagainya yang digoreng bersalut tepung dan dicicah dengan sos istimewa) yang memang amat enak sekali. Delicious, light, and easy.



Last but not least, kami juga ada lepak-lepak di Satay Malaysia. Memang best sate di sini, dan apa yang menarik adalah sate dihidangkan sekali bersama roti. Rotinya pun gebu dan sedap dimakan begitu sahaja atau dicicah bersama kuah kacang yang disediakan. Unik, sesuatu yang lain dari yang lain, dan dalam masa yang sama memang sedap.

Kesimpulannya, banyak makanan Kelantan yang memang best-best belaka. Aku nie dah macam dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pulak haha... Nak shopping kat sini pun best, boleh borong macam-macam. So Kelantan, I will be back.. Hehe...

Kepulangan aku pada hari Isnin disambut oleh my sayang lah.. Hehe kesian dia, rindu tahap gaban dah kata nya.. Kalau lah dia tiada event Kursus Marshall, mau dia dah sampai Kelantan masa hujung minggu itu. Sabar ya sayang, next time kita pergi sama-sama. Promise U.

No comments:

Post a Comment