Wednesday, 9 January 2013

Perkembangan Menggunakan Fellina Inchloss

Hai kawan-kawan semua...

Kali nie aku nak bercerita pengalaman menggunakan Fellina Inchloss nie.. Ahaaa seperti yang korang tahu, aku pernah up entry tentang Fellina Inchloss nie pada 29 Disember 2011 yang lalu.. Itulah hari pertama aku menggunakannya. 


Setelah 12 hari berlalu, so apakah perubahannya?



Perubahannya, haaa harus lah meletup u olllsssss!!! Sebab aku dah dapat merasakan bahawa perut aku dah kurang kadar kebuncitannya haha! Best Best! Memang puas hati.. Maka aku bertekad akan meneruskan penggunaan losyen ini, terbukti berkesan, tak sabar rasanya nak hilang segala lemak-lemak tepu kat perut nie, lagipun aku memang nak slimkan badan nie, nanti nak kawen baru cantik pakai baju pengantin kan kan kan...  My dear pun dah berminat nak cuba Fellina Inchloss nie... Katanya tension dengan rakan sekerja yang kutuk-kutuk dia... Alah sayang, dorang tu jeles sebab U makin tembam sebab bahagia dengan I kan haha... Tapi x pelah, bahagia-bahagia juga, tapi kesihatan dan kecantikan tubuh badan perlu dijaga kan.. Barulah meletupppp.....

Sebelum tu aku nak share dengan korang semua.... Actually lotion nie korang jangan terlebih pakai tau... Let say terlebih, then korang lak dok gerak sana sini plus cuaca sekeliling yang panas, mau menggelepar kepanasan beb haha! Sebab ini pengalaman aku.. Masa tu aku tengah holiday kat Bukit Gambang. Lepas puas mandi-manda, so aku dan kawan-kawan aku nak beransur pulang, aku mandi dan bersiap-siap, lepas tu aku terus sapu Fellina Inchloss ni kat perut aku yang tak berapa nak comel ni.. Dijadikan cerita, aku terlebih sapu, kebetulan cuaca di Bukit Gambang amatlah panas teriknya, maka siap lah, menggelepar kepanasan juga lah perut aku nie, haha! Adoiii sabar je lah, lama jugak baru reda kepanasan itu. So kawan-kawan semua, hati-hati yea masa menggunakannya.

Memandangkan nie first time lah aku gunakan produk yang menampakkan hasilnya, so aku semakin taksub untuk menjadi cantik. Haha! Dengar-dengar Fellina pun ada set pil Vitamin C dan Collagen nya sekali kan, dan ramai juga yang berpuas hati dengan produk tersebut. So apa lagi? Nampaknya aku perlu cuba juga...  Ya lah aku kena mulakan penjagaan kecantikan luaran dan dalaman mulai sekarang. Cukuplah sekali badan aku naik dan aku jadi bahan.... Eiiii ni baru naik cam nie, bayangkan lah kalau aku nie gemuk berlipat-lipat berlapis-lapis sana sini, entah apa la jadi ya... Mohon dijauhkan, lagipun aku mahu cantik dan sihat. 

So kawan-kawan semua, jangan lupa untuk mencuba dan mendapatkan produk Fellina Inchloss ini ya. 

Saya sudah merasakan perubahannya, anda bila lagi?


No comments:

Post a Comment