Friday, 4 January 2013

Autoshow + Countdown New Year Eve @ The 19 USJ Mall

Wah nampaknya tak putus-putus aktiviti aku selama 3 hari berturut-turut ini. Sabtu ke Bukit Gambang, Ahad ke Melaka, dan Isnin pula atas urusan autoshow. Sekali lagi Proton Persona Owners Club (PPOC) dijemput untuk turut serta dalam pertandingan autoshow yang berlangsung di The 19 USJ Mall. Pada awalnya PPOC menghantar sebanyak 14 buah kereta untuk bertanding (termasuk kereta kami). Namun pada hari berlangsungnya pertandingan tersebut, rasanya lebih dari jumlah tersebut yang join sekali. Jom tengok gambar macam biasa.


Masa nie kami semua baru je tiba di lokasi kejadian haha.... Tengok tu, masing-masing dah mula pasang lampu... Kalau korang nak tahu, geng-geng PPOC nie memang suka pasang beraneka lampu kat kereta masing-masing.. And kegilaan itu turut menular dalam diri kekasihku..

Salah seorang team PPOC juga, tapi tak tahu nama. Dia suruh aku snap pic dia and mohon tag padanya. Tapi tak ingat nama la bro.. Haha sape kenal dia?


 Sebahagian jentera Persona yang turut terlibat.


Kereta kawan baik saya, Farhana namanya. Actually dia hadir sebagai penyokong, but at last kena join sama sekali. Hehe tak pe, support PPOC kan...











Ragam masing-masing sekitar malam autoshow tersebut.


 Inilah kereta KAMI.







Perhatikan, semua memang type yang main lampu punya... Itulah kami semua... PPOC Team...


Kesemua yang join auoshow akan dapat sticker nie. Now my dear dah semangat nak join autoshow, dah macam-macam perancangan dalam otak dia untuk memantapkan lagi Black Persona itu.


Smart tak kereta kami? Hehe...


Ini pula kereta berkonsep Hello Kitty yang turut dipamerkan pada malam tersebut. Saja aku snap untuk share dengan korang semua. Pada yang minat Hello Kitty, boleh lah buat kereta berkonsep sebegini ya....

Selepas itu, tepat pukul 12 tengah malam, ada pertunjukan bunga api sempena sambutan tahun baru 2013. Happy New year semua. Tak kuasa aku nak snap pic bunga api tuh, dah puas tengok bunga api hehe...

Begitulah cerita aku tentang aktiviti padat aku selama 3 hari berturut-turut. Samai sakit-sakit badan nie dibuatnya. Itupun aku pergi berurut selepas pulang dari melaka tempoh hari, kalau tidak, alamatnya memang tak larat lah nak join autshow nie. Haihhh busy weekend always..

Okey friends.. Jumpa lagi nanti.

#LEGA RASANYA SEBAB DAH UPLOAD SEMUA CERITA#.

No comments:

Post a Comment