Friday, 4 January 2013

OFFICIAL TT PROTON PERSONA OWNERS CLUB PENUTUP DAN PMBUKA TAHUN 2012/2013 @ MELAKA WONDERLAND

Hye semua.. Nampaknya hari ini baru aku berkesempatan untuk update tentang OFFICIAL TT PROTON PERSONA OWNERS CLUB PENUTUP DAN PMBUKA TAHUN 2012/2013 @ MELAKA WONDERLAND yang berlangsung pada Ahad lpas, bersamaan dengan 30 Disember 2012. 

Dalam Official TT kali ini, ada few peserta PPOC yang masuk pertandingan autoshow. Selebihnya sekadar menyertai perhimpunan dan konvoi beramai-ramai ke Melaka atas jemputan dari pihak penganjur yang menganjurkan acara ini.

As usual, hariku bermula lagi seawal jam 5 pagi.. mandi, sarapan, pergi cuci kereta dulu, then pukul 8 pagi dah terpacak di Shell selepas Tol Sungai Besi untuk berkonvoi ke meetpoint pertama dimana semua kereta akan berkumpul di sana iaitu Kawasan Rawat & Rehat Seremban.


Wajib ada pose sebiji.... aha... Al kisahnya nak tunjuk baju korporat tu je...


Berkonvoi bersama-sama untuk menemui yang lain ke Kawasan Rawat & Rehat Seremban.


Ketika di kawasan Rawat & Rehat Seremban.





Masa nie kitaorang dah selamat sampai di Kawasan Rawat & Rehat Seremban. Para marshall bertugas tekun berbincang agar perjalanan konvoi kali ini selamat. Salah seorangnya adalah my boyfriend lah... Kali nie dia ditugaskan untuk lead for the first group.








Yang ini pula koleksi gambar setelah kami semua tiba di Ayer Keroh, Melaka. Mula-mula kami berkumpul di kawasan parking Hotel Seri Malaysia sambil menantikan ketibaan jentera Persona dari Southern Region. Selepas itu baharulah kami bergerak ke parking yang disediakan. Dan selepas itu, menaiki bas pula untuk ke autoshow di Melaka Wonderland... I was like... uhhh naik bas? Adeiiii....


Tengok nie.. mereka pun dah kelaparan dan kehausan sangat-sangat... Hurmm kesian kan....

Lupa nak snap pic bas sekolah yang mengambil dan menghantar kami pulang itu haha!












Sebahagian koleksi foto kereta-kereta yang bertanding dalam autoshow tersebut.

Last but not least, setelah semua pulang dari menyaksikan pertandingan autoshow tersebut, macam biasa kami bergambar beramai-ramai.


Untuk pengetahuan para pembaca sekalian, konvoi kali ini disertai dengan kekuatan sebanyak 107 buah jentera Persona, namun kami tewas 5 mata sahaja pada gabungan 30 buah kelab kereta di Melaka. As for us, tak kisah lah kalah pun, sebab kami hadir dengan 107 jentera Persona sahaja, bukan gabungan dengan kelab-kelab kereta lain untuk mencapai jumlah 107 ini.

Thumbs Up PPOC! Apapun kita semua adalah yang terbaik. Moga akan terus menjadi yang terbaik pada tahun 2013 ini.. Insyaallah.

2 comments:

  1. Sy nak j0in la club pers0na ni..tp mcm mana?fr0m seremban

    ReplyDelete
  2. Macam mana nak jadi ahli? Gempak gila kelab ni. Ramai ahli...




    Bakal PPOC Gombak hahaaha

    TQ

    ReplyDelete