Holiday Time! Mandi-Manda Time! Itulah yang berlaku pada hari Sabtu lepas. Aku bersama 3 rakanku dan keluarga Kak Aja yang sungguh sporting telah pergi ke Bukit Gambang untuk bermandi-manda dan berseronok di sana. Oh ya, untuk percutian kali ini, my dear tak join sebab dia sibuk nak modify kereta dia, al-maklumlah on the next day kami warga PPOC akan ke Melaka pula.. Okeyy yang tu kita cerita di episod seterusnya okey...
Kami bertolak seawal jam 6.30 pagi dan tiba di Bukit Gambang Resort City kira-kira jam 9.30 pagi.
Korang yang nak tahu tentang Bukit Gambang Resort City nie boleh lah klik WEBSITE INI.
Ini di ruang masuk waterpark tersebut. Nampak tak ada banner "We are a CASHLESS park". Maksudnya, di sini korang kena beli tiket masuk dan lepas tu topap berapa sekalipun amaun yang korang nak untuk penyewaan pelambung, kavana, belanja makan minum dan sebagainya. Mereka akan menggunakan mesin pengimbas apabila korang melakukan transaksi pembayaran untuk penyewaan pelampung dan sebagainya. Jangan risau, ada beberapa kaunter untuk urusan topap di sediakan di sekitar taman tema ini.
Siap-siap untuk mandi... Sayangnya gambar kitaorg mandi-manda tiada dalam koleksi. Yea lah sape yg nak snap pun kalau semua sibuk mandi-manda...
Kat sini memang best tau.. Mula-mula kami sewa kabana dulu. RM35. Deposit RM10 but kita akan dapat deposit kita semula... Kabana ni untuk kita berehat-rehat dan simpan barang-barang sambil melepak beramai-ramai.
Inilah dia kabana. Memang ada di sekeliling taman tema ini.
Mula-mula kitaorang mandi di sini. Ada ombak tuhh.. Dia ibarat a journey lah... Namanya Glacier River / Journey of Ice. memang best, walau pada awalnya agak takut sikit, yea lah kawan aku dok main acah-acah kat pelampung aku hehe. Tapi pastu best plak.. Kitaorang siap 3 kali pusing kat sini.. Hehe... Pada yang pernah mandi di sini atau akan mandi disini, nanti korang akan lalui kawasan konon-kononnya berais lah... Akan ada efek kabus gituhh... Best....
Seterusnya, kami mandi di Coco Beach (Wave Pool). Inilah pantai buatan. Haha aku memang suka betul kat sini. Best. Ada ombak juga.. Haha melambung-lambung lah jugak dibuai sang ombak. Memand diaorang cipta exactly cam pantai, cuma ombak tu ikut masa yang ditetapkan lah. Tapi pada aku, it's eciting, memang puas dan terasa hilang segala tekanan selama ini.
Inilah dia pantai buatan itu.. Yang diberi nama Coco Beach. Pada yang rindukan suasana pantai but dalam masa sama nak explore segala permainan yang ada, bolehlah ke sini. Kalau dah nama pun pantai, mestilah ada pasir dan ada yang bermain bola tampar pantai juga di sini. memang lengkap sebagai percutian sesama seisi keluarga atau sesama rakan-rakan.
Seterusnya ialah Family Raft Ride. Yang ini pun best. duduk dilam pelampung yang boleh memuatkan 5 hingga 6 orang daslam satu sama, dan kemudian slide.... Yeahhhhhhhh! Memang drift habis lah, rasa macam nak terkeluar dari landasan pun ada jugak haha... memg thrill habis, hilang segala nerves aku selama ini... Terbaik!
Permainan yang lain is more untuk kank-kanak. Cuma kitorang tak sempat cuba 6 Lane Racer je... Insyaallah, satu hari nanti bila kami sampai di sini lagi.
Kami keluar dari Bukit Gambang kira-kira jam 4 petang, pulang ke homestay yang telah kami book awal-awal untuk berehat seketika, dan kembali meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam. Memag penat sangat-sangat sebab ekesokannya pula ada aktiviti ke Melaka, but kami gembira dengan percutian ini.. Harap lepas nie boleh cuti-cuti lagi macam nie.
Lepas nie plan nak ke Tambun pulak kot. Seronok pulak mandi-manda kat theme park nie yea.. hehehe...
So to all readers, cuba lah ke Bukit Gambang Resort City ini. Harga tiket dan sewaan pelampung dan kabana pun di kategorikan berpatutan, permainan pun best, toilet semua bersih... So u gotta try it ok!
Lepas nie plan nak ke Tambun pulak kot. Seronok pulak mandi-manda kat theme park nie yea.. hehehe...
So to all readers, cuba lah ke Bukit Gambang Resort City ini. Harga tiket dan sewaan pelampung dan kabana pun di kategorikan berpatutan, permainan pun best, toilet semua bersih... So u gotta try it ok!
No comments:
Post a Comment