Hye korang-korang semua... hari ini aku nak update tentang movie yang baru je release last week dan aku telah pergi menontonnya semalam..
It was not planned actually. Biasalah, last minute plan nie selalunya menjadi, tiba-tiba masa sedang berBBM dengan my dear tu, itu yang terpacul idea nak tengok cerita "Sepah The Movie.. Bukan Biasa-Biasa" nie. So kami pun pergi selepas habis waktu bekerja. My dear ajak menonton di TGV Wangsa Walk.
Kami sempat tiba beberapa minit sebelum tepat 6 petang, dan memang ada movie time around 6 pm tu juga, so kami terus beli tiket dan masuk menonton lorr...
So, harapan aku, agar cerita ini memang betul-betul lawak la hendaknya. Fobia rasanya selepas kes menonton filem komedi melayu yang tak lawak langsung beberapa minggu lepas.
.
.
.
.
.
.
.
Okey... aku suka filem ini. Haha lega rasanya. memang kelakar sangat-sangat aksi anggota Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat. Haaa barulah semangat aku nak buat sinopsis untu bacaan korang semua kan....
Jep, Shuib dan Mamat adalah pekerja di kilang PCA Technology (Teringat zaman aku masa di JB dulu, PCA Technology nie customer bank tempat aku bekerja dahulu). Mereka bertiga bersahabat sejak kecil lagi dan kini tinggal serumah serta satu tempat kerja. Abadi sungguh persahabatan mereka kan? Mereka mendapat peluang kenaikan pangkat dan gaji, justeru mereka perlu menghadiri kursus selama beberapa minggu dan dalam kursus itu, Cik Ayu Sofea (lakonan Anzalna Nasir) menjadi tenaga pengajar mereka.
Ketiga-tiga jejaka ini jatuh hati pada Ayu Sofea dan masing-masing berebut untuk memiliki hati Ayu Sofea. Macam biasa, mestilah ada watak jahat iaitu Encik Basir yang merupakan pengurus di kilang tersebut. Basir juga mencintai Ayu Sofea dan mereka membuat pertaruhan berlumba motor di Ladang Selatan. Dalam perlumbaan tersebut, Jep terjatuh dan mengalami kemalangan. Hal ini membuatkan mereka tewas pada Basir dan kumpulannya. So macam biasalah, dah tentulah Jep, Shuib dan Mamat dihina sakan oleh Basir dan konco-konconya. Jep yang patah kaki telah membuat permintaan pada Mamat dan Shuib, agar memikat Ayu buatnya. kelakar sungguh permintaan Jep, namun sebagai sahabat yang setia, Shuib dan Mamat berjanji untuk menunaikan permintaan Jep.
Namun usaha mereka gagal apabila Ayu dan Basir akan bertunang atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Untuk pengetahuan korang, sebenarnya Basir telah mempunyai kekasih lain namun dia memutuskannya demi mahu memiliki Ayu Sofea. Jep yang tahu akan hal ini merasa sungguh kecewa dan nekad ke rumah Ayu dan meminta agar Ayu memutuskan pertunangan tersebut. Sayangnya, Basir turut muncul ketika itu dan disitulah Jep ditolak, dipukul, ditumbuk oleh Basir sambil dihina oleh Ayu. Jep membawa diri selama seminggu dan ini membuat Shuib dan mamat dilanda kerisauan yang amat sangat.
Akhirnya Jep muncul kembali dengan semangat baru. Berbekalkan semangat dan keyakinan diri yang tinggi, mereka kembali ke kilang. Disana mereka terserempak sekali lagi dengan Basir dan konco-konconya dan sekali lagi mereka diganggu mereka. Kali ini mereka mahu berlumba lagi, di Ladang Utara pula.
Macam biasa, Basir telah merancang untuk melakukan pengkhianatan dalam perlumbaan tersebut dan Ayu terdengar perbualan mereka ketika itu. Ayu cuba untuk memberitahu Jep namun dimarahi oleh Jep. Mujur Shuib bertemu dengan Ayu yang ketika itu sedang sendirian di kantin kilang dan Ayu telah memberitahu segalanya pada Shuib. Ayu juga terlalu kecewa kerana telah dikhianati Basir, dan teman wantita Basir sebelum ini telah berterus terang akan kejahatan Basir. Nak tahu apa kejahatannya? Korang kena lah tengok k, tak kan nak cerita semua, hehe...
Perlumbaan tetap berlangsung seperti biasa, macam-macam lah aksi mereka semua, so kena tonton okey.... And as usual, kejujuran pastinya akan membuahkan hasil, maka Jep, Shuib dan Mamat memenangi perlumbaan tersebut.
So that's the end of the story.
Eh yea ke da habis???
Belum habis lah.. Selepas mengetahui yang Ayu sudah putus tunang, Jep masih mahu mencuba namun dia gagal lagi kerana katanya dia sudah ada teman lelaki pula dan akan bertunang bulan hadapan... Haha kesian sungguh Jep kan? Malah Ayu berjanji akan memperkenalkan bakal tunangnya pada mereka bertiga..
Maka pada hari perlumbaan motor cross (Shuib je yang ambil bahagian dan Shuib menjuarai perlumbaan tersebut), Ayu memperkenalkan bakal tunangnya pada Jep dan Mamat.. Haha.. susah-payah Jep dan Mamat berusaha, rupanya Shuib yang punyaaaa.... selama ini Shuib bersahabat dengan Ayu sejak kecil lagi namun Ayu terpaksa pindah ke Kuala Lumpur. Ho Ho...
.
.
.
.
.
.
.
Keseluruhannya cerita ini kelakar, dan aku sukakan nya. Phrase ayat seperti "Sape tuhh?", "Sape nihh?" menjadi ikutan nampaknya... Sepah The Movie ada identiti mereka sendiri dan tidak perlu dibayangi oleh lawak-lawak dari para pelawak negara yang lain. Thumbs Up! Hope lepas nie akan ada lagi movie-movie sebegini yang ada identiti sendiri. Kita ketandusan para pelawak yang mempunya variasi idea yang pelbagai. malah aku rasa macam nak pergi menonton sekali lagi pula. Tak puas dengan lawak dari Kumpulan Sepah ini.
Itu kata saya.. Anda pula bagaimana? Sila ke pawagam berhampiran anda yea...
Haaa bagus2 sebab sharekan review ni. Haritu kawan ade ajak nengok tapi masih dalam dilema nak pegi ke tak sebab takut bosan hahaha...
ReplyDeleteMy latest Entry :)
JJCM: Nasi Kukus Ayam Dara Berempah (Selera Utara)
hehe me pun fobia jugak pas tgk satu filem tu b4 this, x lawak lgsung, nasib baik kelakar and kira smua dalam panggung pun gelak happy je.. g lah menonton :-)
ReplyDelete