Hye kawan-kawan semua..
Last Saturday sememangnya hari yang amat sibuk buat aku.. 2 events in 1 day... Hariku bermula seawal jam 8 pagi lagi... Mula-mula pergi hantar kereta untuk dipolish (hurmm this is nit what I wanna story actually, K.I.V sal ini okies kawan-kawan), then selepas itu ikut member pergi ke kedai aksesori kereta dan selepas itu baharulah bermula episod bershopping sakan sambil menjengah ke booth-booth di 'Buka Bonet Hot FM'.
Sebenarnya, jualan 'Buka Bonet Hot FM' ini menyaksikan para artis dan penyampai radio Hot FM menjual barang peribadi mereka, dan sebahagian hasil jualan disalurkan buat Tabung Kemanusiaan GAZA. Alhamdulillah, sambil membeli-belah, sambil beramal, kiranya ibarat sambil menyelam minum air.
So macam biasa, jom tengok gambar-gambar yang diambil. Macam biasa lah, setiap gambar ada ceriteranya.. Hehe..
Antara kereta yang digunakan untuk jualan tersebut. Stylo kan?
Ini AKU lerrr....
Ini kereta yang digunakan oleh FIZO OMAR untuk menjual barangan peribadinya.
Abang Kieran menjual barangan bayi...
AG mahu menjual basikal yang dibelinya dengan harga RM3 ribu sebelum ini. Difahamkan beliau mahu melelong namun tidak pasti pula berapa harga yang dibeli oleh para pembeli kerana kami sudah pulang ketika itu.. Kalau ada yang tahu, mohon update yea...
Ini ENOT. Dia menjual kek dan biskut yang dibuatnya sendiri. Memang sedap beb! Caya lah..
Ikhwan HOT FM! Untung larr Zizan dapat beli baju dia... Zizan is 1 of fren ku yang join pergi jualan ini...
Ragam abang AG menjual tudung dan baju kurung Fifi kata nyerr... Peminat Hot FM pastinya sudah tahu bahawa FIFI adalah watak beliau dalam slot Hot FM AM Krew.
Abang AG memang sporting habis... Fifi sukerrrrrr........
Ini pula Kumpulan Forteen yang sedang ditemuramah oleh para penyampai Hot FM.. Kacak-kacak semuanya.... Ohh melting... :-p
Maka begitulah sedikit coretan ku tentang event ini. Sebelum itu kami da shopping puas-puas di Jusco Setiawangsa, tempat berlangsungnya event ini. Sekitar jam 3 petang, kami terus bergegas ke Sungai Buloh pula, ada friendly match yang melibatkan Proton Persona Owners Club (PPOC), so wajiblah pergi. Event kelab kereta kan...
Till then, bertemu kita di episod kisah tentang the friendly match pula...
See ya!
No comments:
Post a Comment