Monday, 10 December 2012

Football Friendly Match (Proton Persona Owners Club VS Proton Persona Elegance Owners Club)

Hye...

Bertemu kembali dalam event ke-2 yang aku join (tolong sorak je) selepas puas bershopping dan berjimba di 'Buka Bonet HOT FM'.

Kami memulakan perjalanan dari Setiawangsa ke sungai Buloh kira-kira jam 3.30 petang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 45 minit juga. Jalan jem biasalah... KL kan.. dimana-mana pun akan jem teruk. Tambahan lagi di musim cuti persekolahan ini pkus hujung minggu....

Kami akhirnya tiba Padang LGM, Institut Piawaian Getah Malaysia kira-kira 4.15 petang. Ketika kami tiba, permainan sudah masuk separuh masa kedua.

Awalnya, PPOC (Proton Persona Owners Club) ketinggalan 2-0 dengan PPEOC (Proton Persona Elegance Owners Club). Namun akhirnya PPOC kembali mengganas dan berjaya menyamakan kedudukan 2-2 dan menyaksikan kita seri dalam match tersebut. Congratulations yea PPOC. Lain kali boleh bertanding lagi dengan kelab-kelab kereta yang lain pula.

Okey, jom kita jamu mata dengan koleksi gambar yang sempat aku snap. 




 Aksi-aksi para pemain ketika ini...



 Proton Persona megah berbaris panjang.... I am proud to be one of the owner.



Ini sesi penyampaian hadiah pada Best Player dari kedua-dua pasukan. Tahniah!

Now masa untuk bergambar pula... Sesi fotografi memang paling dinantikan oleh semua. 





Sekalung tahniah diucaplan buat kedua-dua pasukan, juga terima kasih buat VERV XCLUSIVES yang menjadi penaja pada perlawanan tersebut.

Lain kali kita main bola lagi! Semoga bertemu lagi di lain-lain event yang akan datang, Insyaallah.





No comments:

Post a Comment