Yeee haaaa... Memandangkan aku tengah free yang amat sangat, so aku mahu update lagi blog aku, ini event terakhir untuk minggu ini yea kawan-kawan semua.... Pertandingan Bowling di antar Proton Persona Owners Club (PPOC) bersama kelab-kelab kereta yang lain. Antara kumpulan kereta yang bertanding terdiri daripada Waja Performance Club (WPC), Satria Neo Performance Club, Civic, Kelab Kereta-Kereta Lama dan FLOC.
Perlawanan bowling tersebut diadakan di The Mines Bowl, The Mines Shopping Fair. Awal pagi lagi kami dah terpacak di sana menantikan ketibaan semua peserta dari kelab-kelab yang disebut tadi. Pertandingan bermula sekitar jam 11 pagi.
Sesi warm-up selama 5 minit. Yeahh nampaknya da mula terasa bahang pertandingan bowling tersebut..
Err.. errr.. biasalah aku.... posing iteww wajib okiess.... Haha..
Bf aku nie pun satu hal juga.... Tak tau apa yang dia berangankan... Korang jangan terpedaya dengan gambar ini, dia bukan menang apa-apa pun.. Saja posing lebeyyyy....
Hadiah dan piala yang ditawarkan buat para pemenang.
Sebahagian gelagat yang sempat dirakamkan ketika awal pertandingan bermula.
Senyum dulu kawan-kawan.. Say peace yawwww.....
Okey lepas nie aku akan upload gaya balingan masing-masing... Mesti menarik kan... Jom tengok aksi mereka....
STRIKE!!!
Akhirnya tamat juga perlawanan bowling tersebut. Sementara menanti keputisan diumumkan, masing-masing menjamu selera dan berkumpul bersama kelab yang diwakili masing-masing.
Masa untuk mengumumkan para pemenang...
Kumpulan PPOC menghantar 3 kumpulan untuk bertanding dan ketiga-tiga kumpulan kami berjaya memenangi hadiah sagu hati. Tahniah buat semua...
Ini pula para pemenang yang menjuarai pertandingan tersebut. Juga para peserta yang memenangi anugerah khas seperti Lelaki Terbaik dan Wanita Terbaik. Tahniah buat semua.
Okey cam biasa, masa untuk sesi fotografi beramai-ramai dengan kelab kereta lain, dan juga sesi fotografi sesama ahli PPOC sahaja.. Jom layan aksi semua yang memang suka bergambar nie..
Begitulah sorotan tentang kisah perlawanan bowling di natara PPOC dan kelab-kelab kereta yang lain... Semoga satu masa nanti akan ada lagi pertandingan persahabatan seperti ini... Yang penting semuanya BEST!!!!! Aku suka life sebegini, berada dalam kelompok kelab-kelab kereta. Inilah caraku menghabiskan masa lapangku selain bersama semua yang aku sayangi dalam hidup aku....
Jumpa lagi dalam kisah ku yang seterusnya... Insyaallah... jaga diri yea kawan-kawan semua...
No comments:
Post a Comment